Thursday, July 12, 2018

Yale Locks Meraikan Penubuhan Lebih 175 Tahun Dan Masih Mengungguli Pasaran

Diasaskan  sejak  175  tahun  lalu  –  masih  menjadi  perintis  


● Yale  maju  ke  hadapan  dengan  menghubungkan  dunia  dengan  produk  inovatif  

● Kunci  Pintu  Pintar  dan  aplikasi  Pautan  Yale  menyediakan  kemudahan  kepada  pemilik                rumah.      


Yale  meraikan  penubuhannya  lebih  175  tahun  lalu  dengan  penyelesaian  boleh  dipercayai  yang  amat  relevan  dengan  keperluan  pasaran  hari  ini.



Sebagai  salah  satu  jenama  antarabangsa,  Yale  sememangnya  nama  yang  dikenali  dalam  industri  kunci.  Sejarah  kami  bermula  sebagai  sebuah  perniagaan  keluarga  di  Amerika  Syarikat  (AS)  oleh  Linus  Yale  Jr.,  yang  membuat  eksperimen  dengan  mekanisme  berasaskan  kunci  digunakan  oleh  bangsa  Mesir  kuno  lebih  4,000  tahun  lalu.  Ia  adalah  cara  bagaimana  dia  dapat  mencipta  mekanisme  pin  pasak  terkenal  yang  digunakan  secara  meluas  dalam  industri  keselamatan  hari  ini.

Menjelang  abad  ke  20,  syarikat  berkenaan  berkembang  di  seluruh  dunia  dan  mempunyai  lebih  12,000  kakitangan.  Pada  Ogos  2000,  Yale  telah  dibeli  oleh  Kumpulan  ASSA  ABLOY.




Ketika  produk  inovatif  kami  bertahan,  perkembangan  jenama  ini  sentiasa  didorong  oleh  komitmen  terhadap  kualiti,  reka  bentuk,  kebolehpercayaan,  keselamatan  dan  kepercayaan.

Dalam  memastikan  kami  mengikuti  aliran  terkini,  salah  satu  kunci  yang  mempengaruhi  terhadap  keperluan  keselamatan  rumah  yang  moden  adalah  automasi  rumah  dan  sambungan  meluas  terhadap  rumah  pintar.

Konsep  rumah  pintar  mungkin  dikatakan  sebagai  tidak  masuk  akal  beberapa  dekad  lalu  apabila  objek  di  dalam  rumah  boleh  dikawal  menerusi  alat  kawalan  jauh  dan  arahan  suara.  Idea  berkenaan  dianggap  tidak  meyakinkan  dalam  tempoh  beberapa  tahun  lalu  memandangkan  dianggarkan  hanya  lebih  80  juta  peranti  pintar  dijual  setiap  tahun.

Angka  itu  dijangka  meningkat  dengan  bilangan  peranti  yang  berhubung  di  seluruh  dunia  yang  dianggarkan  mencecah  26  bilion  menjelang  2020*!



Dengan  perkembangan  pesat  terhadap  penggunaan  peranti  pintar,  Yale  telah  memperkenalkan  rangkaian  pintar  penyelesaian  baru  seperti  Kunci  Pintu  Pintar  untuk  disesuaikan  dengan  keperluan  pemilik  rumah  hari  ini  menerusi  kualiti  produk  yang  memudahkan  dan  memberi  ketenangan.

Kunci  Pintu  Pintar  Yale  memberi  kebebasan  kepada  pemilik  rumah  untuk  menjaga  keselamatan  harta  tanpa  perlu  membawa  kunci  yang  banyak.  Ia  juga  mengurangkan  risiko  pemilik  rumah  menghilangkan  kunci  ketika  melakukan  tugasan  harian.

Demi  kemudahan  pemilik  rumah  yang  sentiasa  sibuk  dengan  urusan  harian,  Yale  telah  membangunkan  aplikasi  Pautan  Yale  yang  boleh  diselarikan  dengan  Kunci  Pintu  Pintar  Yale.  Aplikasi  Pautan  Yale  dibangunkan  teknologi  internet  saling  berhubung  atau  (Internet-of-Things)  yang  membolehkan  pengguna  mengakses  dan  membuka  kunci  pintu  digital  menggunakan  telefon  pintar.



Aplikasi  Pautan  Yale  memberi  ketenangan  kepada  pemilik  rumah  pada  waktu  sebenar  memandangkan  mereka  boleh  memantau  aktiviti  yang  diakses  di  rumah  melalui  telefon  pintar.  Pemilik  rumah  boleh  mengetahui  segera  sama  ada  pintu  mereka  dikunci  atau  tidak  dan  boleh  memberi  akses  kepada  tetamu  dan  pelawat.  Aplikasi  Pautan  Yale  juga  mempunyai  fungsi  amaran  penceroboh  yang  boleh  dikesan  dan  dipantau  menerusi  perkhidmatan  Percubaan  Audit.

Pengarah  Urusan  ASSA  ABLOY  ASEAN,  Aravind  Karthigesu  berkata: "ia adalah  saat  paling  teruja  bagi  Yale  apabila  kami  berusaha  mereka  bentuk  dan  membangunkan  produk  terbaru  demi  keselesaan  dan  ketenangan  kepada  pemilik  rumah  dalam  menjaga  keselamatan  hak  milik  mereka"

Kami  terus  mengukuhkan  penawaran  mekanikal  yang  menjadi  tulang  belakang  jenama  ini  dan  kami  sedar  pasaran  kini  semakin  berubah  dan  berharap  dapat  mengembangkan  penawaran  Kunci  Pintu  Pintar.  Industri  ini  memerlukan  inovasi  untuk  terus  kekal  relevan  dan  ia  adalah  matlamat  kami  di  Yale  yang  melakukan  pembangunan  produk  menarik  dalam  tempoh  beberapa  tahun  akan  datang.

Kunci  Pintu  Pintar  Yale  kini  berada  di  pasaran  Malaysia  dan  aplikasi  Pautan  Yale  terdapat  di  Google  Play  store  dan  App  Store. 


Untuk  mengikuti  perkembangan  terbaru  daripada  Yale,  sila  lawati  laman  sesawang  kami  di  www.yalelocks.com.my  atau  ikuti  kami  di  media  sosial.


**  STAMFORD,  Conn.,  12  Disember  2013  oleh    Gartner,  Inc.  (NYSE:  IT),  adalah  syarikat  penyelidikan  dan  penasihat  terkemuka  dunia  dan  ahli  S&P  500 


Mengenai  ASSA  ABLOY

ASSA  ABLOY  adalah  peneraju  dunia  dalam  penyelesaian  pembuka  pintu  dalam  menepati  kepuasan  pengguna  akhir  yang  inginkan  keselamatan  dan  kemudahan.  Sejak  ditubuhkan  pada  1994,  ASSA  ABLOY  telah  berkembang  dari  sebuah  syarikat  serantau  kepada  kumpulan  antarabangsa  dengan  kira-kira  47,000  kakitangan  dan  beroperasi  di  lebih  70  negara  serta  jumlah  jualan  mencecah  hampir  SEK  71  bilion  (RM32  bilion).  Dalam  segmen  keselamatan  elektromekanikal  yang  bergerak  pantas,  Kumpulan  mempunyai  kedudukan  paling  hadapan  dalam  bidang  kawalan  akses,  mengenal  pasti  teknologi,  automasi  pintu  dan  keselamatan  hotel.

17 comments:

  1. first time dengar pasal yale locks

    ReplyDelete
  2. Pintu rumah saya .. banyak dah rosak lock .. ada tak yang nak sponsored? hehehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tukar lock yang canggih macam Yale Lock ni HH, tapi sediakan ongkosnya laaa

      Delete
  3. wah...bagus ada yale locks ni rasanya.takdelah terdedah kepada penjenayah kan...

    ReplyDelete
  4. Yale lock pernha dgr,,tapi yang kunci mcm nampak moden gila dri yg biasa tu..

    ReplyDelete
  5. Memula baca ingat kunci apa tadi. Sekali jenama Yale, baru perasan guna untuk mangga pintu pagar atau grill. Yang terbaru nie lagi canggih kan SA..

    ReplyDelete
  6. Makin lama makin canggih jenis kunci nie..

    ReplyDelete
  7. uih..mesti mahai ni..mahal tap berbaloi sbb kualiti kan..tp kite mampu tgk je sis haha

    ReplyDelete
  8. jenama yang bertahun di pasaran

    ReplyDelete
  9. Bonde kalau masuk Mr. Diy macam hilang ingatan sekejap! suka sgt... baru ni dapat voucher RM 5 untuk shopping on line dah sudah mengadap pc jer koje ha ha ha

    ReplyDelete
  10. Kunci Yale ni nampak safety sekali!...

    ReplyDelete
  11. JEnama di percayai dan lama di pasaran. Saya suka brand ni

    ReplyDelete
  12. masih dunia canggih, revolusi kunci pun lain mcm dah.. ada duit ngan takde je yg mampu nak pakai lock rumah terkini

    ReplyDelete
  13. wow first time tengok kunci rumah macam ni

    ReplyDelete
  14. Nampak menarik dan boleh dipercayai.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah