Friday, March 29, 2019

Verity Plus Online, Platform Pertama Di Malaysia Untuk Semakan Dan Pengesahan Latar Belakang Syarikat Dan Individu 'Bermasalah'

Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat telekomunikasi daripada negara Skandinavia pada 2016 mendapati Malaysia merupakan negara paling berisiko tinggi apabila membabitkan kes penipuan dalam talian (Online) di rantau ini. Kajian itu mendedahkan 30% daripada kes penipuan 'online' itu adalah  berkaitan dengan ‘peluang berkerja dari rumah’, 22% adalah berkaitan ‘lelong di Internet’ dan 20% lagi penipuan berkaitan percintaan dalam talian . Pada bulan Oktober 2018, Menteri Komunikasi dan Media, Gobind Singh Deo juga mendedahkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman mencatatkan sebanyak 8,319 kes penipuan siber yang mengakibatkan kerugian bernilai hampir RM300 juta di negara ini .




Menyedari keperluan mendesak bagi masyarakat untuk mendapatkan pengesahan latar belakang secara mudah dan segera, Verity Intelligence Sdn. Bhd., sebuah syarikat berkaitan saringan dan pengesahan latar belakang terkemuka di Malaysia dan Singapura, melancarkan Verity Plus Online (www.verityplusonline.com), sebuah platform untuk membantu mana-mana syarikat atau individu untuk mengesahkan latar belakang seseorang. Antaranya termasuk  untuk membolehkan majikan memeriksa latarbelakang bakal pekerja sebelum diambil bekerja atau juga untuk orang ramai memeriksa latar belakang mana-mana syarikat sebelum menggunakan perkhidmatan atau membeli produk mereka.

Pengasas platform Verity Plus Online, Mark Leow membangunkan platform  ini dengan harapan supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih selamat. “Seringkali kita melihat dan membaca laporan media tentang penipuan di internet, kecurian identiti, penderaan kanak-kanak di pusat asuhan dan terbaharu, golongan profesional yang menggunakan kelayakan palsu. Dengan pelancaran VPO, ia akan membolehkan mana-mana pihak termasuk juga syarikat kecil dan sederhana (PKS) dan individu membuat semakan latar belakang terhadap seseorang individu atau sesuatu pihak lain dengan kos yang minima iaitu  RM140 sahaja,” katanya.



Syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 2010 ini sudah mempunyai lebih 500 pelanggan dan telah berjaya menjalankan semakan latar belakang ke atas 100,000 individu. Daripada jumlah tersebut, 90% daripada semakan adalah dijalankan oleh golongan majikan untuk memeriksa dan mengesahkan latar belakang bakal pekerja mereka bagi mewujudkan suasana bekerja berisiko rendah atau lebih selamat.

Antara lain Platform VPO yang telah dibangunkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia ini juga berhasrat membantu syarikat PKS menyaring bakal pekerja manakala pemilik premis memeriksa  latar belakang bakal penyewa mereka.  Malah menurut Mark, platform ini juga boleh digunakan secara berkesan oleh golongan ibubapa  untuk memeriksa latar belakang penjaga atau pengasuh anak mereka sebagai langkah keselamatan sebelum menghantar anak mereka ke sesuatu tempat asuhan. 

Semakan VPO antara lain mampu memberikan maklumat bagi pengesahan identiti seseorang, rekod jenayah, rekod kredit, dan sebarang maklumat lain berkaitan kes litigasi dan semakan integriti. 

Menggunakan VPO, orang ramai juga boleh membuat semakan ke atas diri sendiri secara berkala untuk memeriksa rekod kewangan masing-masing bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian kecurian identiti. VPO mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan menyediakan laporan lengkap seawal 1 hingga 5 hari bekerja.

Bagi syarikat korporat yang besar, Verity Intelligence (www.verityintel.com) merupakan sebuah syarikat yang diyakini oleh lebih daripada 500 syarikat di Malaysia dan Singapura serta menawarkan penyelesaian semakan latar belakang yang boleh diselaraskan untuk memenuhi pelbagai keperluan syarikat. 


5 comments:

  1. Bagusnya platform ini.. Nak periksa diri sendiri pun boleh..

    ReplyDelete
  2. Bgus info Ni Boleh Lah Cuba nanti

    ReplyDelete
  3. eh bagusnya ada servis macam ni...bukan aje majikan dan ibu bapa boleh manfaatkan, pihak berkuasa pun boleh guna untuk siasatan kan...nicee..good job verity plus!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah