Thursday, March 21, 2019

Percutian Family Ke Perlis Part 3



Hi korang...

Yeay dah sampai part 3 dah...kepada yang belum baca part 1 & part 2 klik je link yang SA sediakan tu..dari gambar kat bawah pun korang boleh tau betapa panasnya cuaca kan...ni dalam pukul 6 petang panas giler lagi..selalunya time- time ni sure dah redup kan....tapi tidak di Chuping Perlis ye..dalam senarai tempat-tempat paling panas Chuping adalah dalam senarai paling panas kan..So hari ni SA nak cerita bab homestay..alhamdulillah dapat homestay yang sama sebelum ni...so far rumah besar takde masalah cuma takde aircond je la..panas betul. Panas pun sebab cuaca..kat sini tak perlu risau bab bilik..bilik ada 4 dan cukup besar..so satu family boleh duduk 1 bilik ..ingat panas- panas ni nak lepak dalam bilik? memang family adik SA tido berlambak kat ruang tamu...situ je selesa..hahaha..SA memang tido dalam bilik la...


Pandangan dari luar homestay


anak dara SA nyer keja


Bilik 1


Ruang dapur


Bilik 2


bilik 3


ada fridge


anak dara iolls


Mak dia


pelik dia ni..panas2 buta boleh tahan pakai sweater


Dida dah 2 minggu demam...badan pun dah susut, suara dah bertukar jadi husky..batuk..kesian tengok dia..selera makan takde..


Si kembar dan dida main layang- layang


macam bagus- bagus je..padahal first time main ni


rumah owner homestay sebelah tu je..


takde keja amik gambar daun dan ranting kayu


Pokok asam jawa depan rumah...Tok wan ada bagi banyak asam jawa pada kami...


Kat luar rumah ada pokok Longan...besar- besar buahnya..petang tu Tok jamu kami makan buah Longan


Musim kot ni...buah macam ni memang berbuah time panas
  

Opick ngan ayah dia


SA pegang Tiara si debab


Petang tu lepak kat luar rumah...mengharapkan angin sepoi- sepoi bahasa...mencabar betul musim panas ni...sambil- sambil melayan anak- anak main layang- layang...sabar jer la anak orang bandar tak pernah main layang- layang...kalau main kat sawah bendang ok la jugak kan...ada part best yang SA x sempat nak rakamkan..anak- anak buah SA tak pernah jumpa ayam in real life...depa semua pi kejar ayam tu siap ketawa terbahak- bahak..ini la jadinya bila mak ayah sibuk kerja takde masa nak kenalkan anak- anak ngan haiwan- haiwan peliharaan

Masuk rumah Dania cakap malam ni dia nak pakai baju apa...SA kata pakai la tshirt..apa masalah? eh..eh...dia bleh cakap takde t-shirt..x bawak...aduhai anak......terpaksalah kami keluar semula pergi pekan cari t-shirt apa yang patut. So merayau la kami...


Anak- anak pau mak2 diorang permainan


sebenarnya nak amik gambar latarbelakang langit yang cantik dengan sunset tapi tak masuk plak sunset tu dalam gambar...


Subhanalllah....indahnya



cantik kan?

Lepas tu kami balik rumah...nasib baik ada makanan untuk makan malam dari rumah kenduri..hehehe...so lepas makan kami pakat rehat...esok nak ke kenduri plak kan....petang kami nak terjah Padang Besar plak...

Bersambung next entry ye......

15 comments:

  1. Ohhhh SA pi Perlis sebab ada kenduri ek... Teringin gak nak pergi Padang Besar lagi. Bila anak dah tak belajar sana nampaknya semakin tak jejak Perlislah gamaknya.
    Tulah.... mmg musim panas sekarang ni, apa lagi kat belah utara yg sememangnya panaskan...

    Pergi reramai mmg sesuai duk homestay kan SA. Tempat pun nampak luas dan selesa

    ReplyDelete
  2. bestnya homestay dia luas dan selesa. Xpernah sampai lagi perlis.hihi.. bila la gamaknya nak sampai sana..hehe

    ReplyDelete
  3. wah.. best.. selesa tempat ni :)

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, memang cantik langit tu. Macam lukisan pun iya gak

    ReplyDelete
  5. belah sana mmg panas lit3 skrg ni SA, tp kwn yg dr kedah kata, skrg mmg sana musim pns lain mcm, perlis lg lah panasnya...

    bestnya ada buah2 tu, buah mata kucing tu best betul

    ReplyDelete
  6. Cantiknya sunset tu, subhanallah..
    Laa, tak pernah nmpak ayam .. Tp kat bandar mmg tak boleh nak pelihara ayam kan .. Rumit nak jaga..

    ReplyDelete
  7. Perlis memang panas. start dari Sungai Petani ke Gurun terus ke Perlis ya rabbi lit lit panas. cucuk2 muka. ingatkan pokok asam jawa tu pokok semalu =P

    ReplyDelete
  8. masya Allah cantiknya sunset tuuu terlindung di sebalik awann...itu lah dia punca kepanasan di chuping...tiberrr..hahahahah

    ReplyDelete
  9. Besor umahnya.. Selesa sgt klu dtg beramai2 camni.. Kesian dida.. Gws dida...

    ReplyDelete
  10. Panas lit-lit sana tu kak.. Apa-apa pun memang cantik pemandangan matahari terbenam tu..

    ReplyDelete
  11. Kalau singgah Kuala Perlis boleh naik feri pulak

    ReplyDelete
  12. Cantiklah kak homestay ni. Besar dan selesa

    ReplyDelete
  13. Ya Allah cantik nya pemandangan petang tu

    ReplyDelete
  14. Cantik homestay dia..
    Alahai.. cian Dida, deman ye.. get well soon ye Dida..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah