Sunday, March 24, 2019

Seafood Segar Di Pasar Parit Jawa Muar

Hi korang...

Selamat berhujung minggu...SA bersiaran dari Muar..semalam SA sampai sini berkunjung ke rumah adik lelaki SA. Pergi melawat mak mertua dia yang tak sihat dan melawat dia satu family juga...gerak dari Seremban dalam pukul 9 pagi dan sampai pukul 11am. Perjalanan lancar cuma banyak kereta...selalunya kalau datang ke Muar ni memang tak sah kalau tak pergi Pasar Parit Jawa..rasanya dah banyak kali SA share kat blog pasal ni...SA suka pi sini cari ikan yang fresh...walau harga ikan yang baru naik ni agak mahal tapi sangat-sangat berbaloi sebab fresh ..jangan tak tau ramai Singaporean beli ikan fresh kat sini...sekali beli sampai beberapa box diorang bawak balik..compare currency kita ngan diorang for sure murah bagi diorang kan....

Eh jom la tengok gambar yang sempat SA snap...


Aktiviti peraih ..memang kat mana-mana pasar di tepi kuala memang macam ni situasinya..ikan-ikan di lambak atas lantai dan dipilih serta ditimbang...lepas setuju dengan harga..peniaga akan ambil ikan bawa ke gerai mereka untuk di jual..so jangan fikir bukan-bukan kalau nampak ikan tu semua di lambak atas simen


sayur-sayur fresh


Ikan pari besar


Ikan mayong & ikan duri


ikan yg di jual sepiring2


Ikan bawal putih seekor RM58


sotong kecik2


Ikan sebelah atau ikan sisa nabi..


Udang fresh


Sotong besar

Best kan...

Untuk kaki masak macam SA ni..bila tengok semua seafood fresh mcam ni sure teruja..kalau pergi sini memang kena bawak duit banyak-banyak...paling best tgok orang Singapore borong seafood...berkepuk2 bawak duit ..rupanya kat sini memang jadi tumpuan orang Singapore...aebab tu harga boleh tahan mahal..setakat ikan2 biasa yang kita selalu tengok kat pasar besar tu murah la kat sini...Udang, Sotong or Ketam memang mahal...tapi kalau dh teringin...pejam mata je la beli....

10 comments:

  1. mak aii..segar2nya ikan..suka tgk sotong yang besar tu. Buat sambal sotong.mkn ngn nasi lmak sdapnya..:)

    ReplyDelete
  2. mmg port kami cari seafood. Kdg2 sengaja pi Melaka sbb baliknya akan singgah ke sini. Sbenarnya tmpat fav Pak Inche, bukan Sk, hehehe. Yang best bab dia bungkus dgn suratkhabar lama, terus terkenang semasa dulu, kannn

    ReplyDelete
  3. bestnya tengok semua ikan ni! Memang gedik tangan nak memborong

    ReplyDelete
  4. Uiiii kita geram nengok sotong tuuu..
    Kalau ke pasar, Suami memang suka ajak Sis, kadang tak beli, tapi dia suka tengok reaksi Sis tengok ikan dan seafood segar kat pasar hahahahhaa macam orang jakun...

    ReplyDelete
  5. nampak fresh semua tu kak, bestnya kalau dapat shopping barang basah tempat macam ni

    ReplyDelete
  6. kat sini mmg menjadi pilihan mencari seafood murah dan segar.. murah kan

    ReplyDelete
  7. Bab makan memang kena pejam mata kan kak SA.. bukan selalu pun.. tambah seafood fresh..

    ReplyDelete
  8. Wah.. Harga bawal tu agak pricey jugak.. Tpi klu sesekali dpt ikan / bahan basah fresh camni best.. Rasa dia pun sedap lagi...

    ReplyDelete
  9. wah nampak fresh semua ikan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah