Tuesday, March 5, 2019

Lagi Koleksi Masakan SA Sepanjang Weekend..

Hi korang...

Selamat tengahari...dah makan ke tu...memang saje je SA pilih tengahari untuk publish entry ni...at least daru pukul 11am- kul 12.30pm korang yang tengan pening tak tau nak masak apa tu boleh dapat idea kan nak masak apa..hehehe...bukan tujuan nak buat korang terliur ye..sebab dah faham sangat masalah ibu- ibu atau kita orang perempuan ni adalah bab memasak...selalu takde idea nak masak apa..mana taknya dah hari - hari masak kan...kalau tak masak tu bukan SA la namanya..nak plak kalau kat rumah Seremban..memang hari- hari kena masak..ni dah makin sihat ni aura memasak tu bukan main lagi...

Last week adik lelaki SA balik rumah tengok mak abah, dia bawak 2 kilo siput sedut..apa lagi..SA sampai jer Sabtu tengahari tu tengok wife dia tengah gigih potong montot siput..dah nak abih plak takde la SA tolong..SA tolong masakkan aje..nak plak anak- anak dia suka makan lauk Siput Sedut Masak Lemak Cili Api...haaaaa...jom tengok gambar...


Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Kari Ayam..


Menu Ahad, Ikan Parang Masak Lemak Cili Api campur tomato


Sambal sotong


Ini lauk dinner malam tadi..Ikan cencaru goreng kunyit & bawang putih..

Haaa...itu aje lah menu yang SA masak...semua amsak weekend kecuali ikan cencaru tu lauk malam semalam..SA dah makan brown rice..pas tu korang tau jer la nasi beras perang ni memang takde rasa kan...ntah macam mana leka masak SA lupa letak garam kat lauk ikan cencaru tu...erm...tapi dah masak kan..malas plak nak repair..nasib masa goreng ikan tu dah lumur kunyit dan garam...ada la rasa skit..

So..dengan publish nya entry SA ni harap2 korang yang takde idea nak masak apa tu dah ada idea dah erk....


23 comments:

  1. nak buat siput sedut payah nak jumpa siput sedut kat kedai ni. Kena pi market baru ada.

    ReplyDelete
  2. siput sedut lauk kegemaran juga ni..tapi kat rumah ni saya sorang je yg makan.sedih..kalau nak makan just beli yang dah siap masak,mmg xpuas makan..

    ReplyDelete
  3. i pun suka makan siput sedut tu. nak masak sendiri macam alang kepalang sangat.
    makan kat kedai pulak mahal nya lahai. Semangkuk RM5 dichargenya.
    but once awhile ok la.. nampak sedap semua lauk2 SA masak tu.. yummehhh

    ReplyDelete
  4. siput sedut masak lemak cili api tu..sedapnya..Tapi kita tak pernah masak ni tau.Kalau teringin je cari kat kedai ..

    ReplyDelete
  5. wahhhh.. sedap2 semuanya :)

    ReplyDelete
  6. siput sedut kalau tak terer susah juga nak keluarkan isi dia tu..

    paling-paling pun hirup kuah jelah

    ReplyDelete
  7. siput sedut tu kalo kat kedai makan, 1 mangkuk kecik pun da RM8..rezekii SA dan family dapat menyedut puas2 khennnn

    ReplyDelete
  8. lauk berasaskan ikan yang biasa jadi pilihan..ikan cencaru tu sedap makan dengan nasi panas-panas..

    ReplyDelete
  9. kak ana duk follow IG masakan SA, terliur memanjang tengok menu2 SA :)

    ReplyDelete
  10. hamboi meriahnya lauk semu sedap-sedap bila nak berjiran kita ne ye hehe

    ReplyDelete
  11. SA ni mmg rajin naw2 tau... siput sedut tu lahai, sutun pulak.... ikan parang lg...
    dana tak pernah msk sndiri siput tau, mls nk membuang bontot dia

    ReplyDelete
  12. aduiii sedapnya paling win sambal sotong...siput sedut tu pun sungguh menggoda

    ReplyDelete
  13. dah berhari-hari nak masak siput..sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  14. umphhh sedapnya semua lauk-lauk tu.. makan dengan nasi panas, fuhhh mau bertambah 2-3 pinggan hihi

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Ok lapar .. nak pergi cari makanan lah ni 😂

    ReplyDelete
  16. sedapnya.,...saya ni lama jugak tak amsak. Aduiii tak tahu la busy apa ntah skrg ni

    ReplyDelete
  17. menu-menu semuanya menarik kalbu.. lauk-lauk yang liez suka tapi jarang dpt masak dkt rumah...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah