Friday, March 22, 2019

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Campur Kacang Buncis

Hi korang

Hari Selasa lepas SA sempat masak lauk Udang Masak Lemak Cili Api, SA masih bercuti walau penat sampai dari Cameron Highland lambat..aik..Cameron Highland? ye..lajak ke Cameron Highland dari Perlis. Dah alang- alang kan..kata nak bawak Mak Abah berjalan..cuma tak puas la bercuti..next time boleh pergi lagi..kali ni explore lebih banyak tempat..

Hari ni SA nak kongsi dengan korang resepi Udang Masak Lemak Cili Api ni..buat pedas- pedas sedap...



Udang Masak Lemak Cili Api Campur Kacang Buncis

Bahan2 nya
1-2 kg udang sederhana besar
1 1/2 kg santan pekat
*2cm kunyit hidup
*Cili api ikut kepedasan
20 batang kacang buncis potong menyerong
2 keping Asam gelugor
3 biji cili besaruntuk hiasan

Bahan bertanda * di tumbuk lumat..nak kasi cili cepat hancur letak sikit garam kasar masa tumbuk..

Cara2 memasak
Campurkan bahan yg ditumbuk lumat bersama santan dlm periuk,then masak dengan api perlahan hingga kuah agak pekat...dh menggelegak..masukkan kacang buncis dan cili besar...biarkan seketika.. kacau selalu takut bertahi minyak, masukkan udang dan jangan lama sangat..keras kejung udang korang nanti dah tak best kan....perasakan garam dan tutup api...letak asam keping 2 Keping dan sedia di hidang. 

Selamat mencuba!!!

16 comments:

  1. adoiiii kak..fav ni kak oiiiii...sedapnyaaa..dan2 rasa nak beli udang japgi..haihhh

    ReplyDelete
  2. huishh..memang sedap lauk ni. Ada plk ulam mmemang bertambah tanpa sedar ni. Thanks kak sharing resepi..:)

    ReplyDelete
  3. of course kena cuba ni SA,,kadang buntu dah nak masak ape..nasib baik bukak blog ni..thanks SA

    ReplyDelete
  4. Sedapnye udang masak lemak 😂

    ReplyDelete
  5. rasa macam nak masak lemak udang juga lah nanti.

    ReplyDelete
  6. kak ana tak pernah lagi masak dengan kacang buncis tapi boleh agak dah rasanya dia lemak2 manis kan SA :)

    ReplyDelete
  7. Alahai sodapnye.
    Biaso masak dongan robung

    ReplyDelete
  8. Yeah!! Masak Lomak Cili Padi... Den memang la fevret ni.. Hahaha..

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaa.. boleh try nanti ni

    ReplyDelete
  10. Sedap tu kak.. lama tak makan udang maska lemak cili api kacang buncis ni

    ReplyDelete
  11. sedap ni !! fevret. kalo yang ni pedas sikit xpa. kalo x pedas x sedap..

    ReplyDelete
  12. sedap ni terliur..confirm makan bpeluh2

    ReplyDelete
  13. alahai ngences saya tgk lauk akak ni

    ReplyDelete
  14. Sedapnya.. tapi kalau Sha, sha kurangkan cili.. hehehe.. tak boleh nak makan pedas pedas sangat..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah