Wednesday, March 27, 2019

Percutian Family - Cameron Highland

Hi korang..

Masih lagi bab percutian family SA dan kali ini diteruskan lagi ke Cameron Highland...dah alang-alang kan..so seawal pagi lepas check out dari homestay di Chuping menuju ke CH..perjalanan smooth sebab hari Ahad kan...alhamdulillah kereta tak banyak pun...dan kami sampai area Perak dalam pukul 12 tengahari...check in pukul 3 petang. sempat la singgah kat rumah mertua adik SA di Simpang Pulai..lepas dh rehat sekejap baru naik ke CH ikut Simpang Pulai... Di CH SA sewa apartment untuk percutian kami..muat 3 family malah boleh muat 5 family jugak..cuma kena bawak extra toto la...


kiri kanan pemandangan gunung ganang...cantik je menghijau..


Hampir dah Simpang Pulai


best je cuaca terang benderang masa naik CH


Pencinta alam memang suka pemandangan macam ni


Ni la apartment yang SA sewa


Bilik pertama


Bilik air


ruang tamu


bilik kedua


bilik ke 3


Dapur


Sinki


tv area


rules & regulation


pemandangan Brinchang waktu petang..cuaca panas tapi sejuk

Masuk-masuk je apartment cecah kaki kat lantai..ya allah sejuknyaaa..tapi xde ekon pun...memang sejuk betul..bilik air kat bilik utama tu heater macam problem..merasa la memasing mandi air sejuk yarabbi....


si Lisa posing kat beranda


pemandangan dari beranda


cuaca cantik sangat


Petang tu kami keluar pergi makan...makan kat area Brinchang je...okey la makan kat sini..xde la mahal sangat


pose jap 
sambil tunggu makanan


Lupa plak nama kedai tu...tapi more to kedai tomyam la...nak explore cari kawasan lain masing-masing dah penat...so layankan aje...ada kedai Dobi..adik SA cuci baju dulu...SA teruskan mencari extra makanan untuk malam nanti. Takut mak abah lapar plak nanti...SA lapar takpe..haha..esoknya pagi-pagi lepas mak dialysis kami semua keluar sarapan kat Abang Strawberry...nanti SA update next entry ye.....

16 comments:

  1. cantik apartment nya SA, lama betul tak pergi CH lah... ingat tahun ni nk jln2 sana lah... aiyan pun dh bsr dh

    ReplyDelete
  2. bersih dan luas homestay nya...mana tau kot kot nak pergi CH juga nnt

    ReplyDelete
  3. alahai..bestnya g CH..lama dah g CH..best tgk bunga2 dan sayur2 kat CH..segar2 semuanya..:)

    ReplyDelete
  4. selesa tinggal di homestay kan dari sewa bilik hotel kalau ke CH ni, seronok SA di bawah panas di atas dingin je bayu Cameron Highland

    ReplyDelete
  5. Best jln2 kak, CH memang tenang je tptnya

    ReplyDelete
  6. Luas ya apartment yang SA sewa nie.. boleh lah lain kali pergi CH lagi sewa sini..

    ReplyDelete
  7. musim2 panas ni bestnya lepak cameron highland...

    ReplyDelete
  8. kita belum pernah cuti sefamili ke CH, nasib baik ada kursus pejabat kat CH kalau tak, tak merasa lagi sejuk CH

    ReplyDelete
  9. bestnya teringin nak pegi lagi tapi takut dgn cerun2 dia masa nak turun naik tu kak

    ReplyDelete
  10. Cantiknya apartmen dia.. Pemandangan pun lawa.. Masih sejuk ye cuaca dia kak SA..

    ReplyDelete
  11. belum ada rezeki lagi nak ke CH...teringin juga..

    ReplyDelete
  12. seronok cuti2 cameron...kita last pegi cameron sebelum kawin...ada ajak husband pegi..katanya tk suka...bertabah je la

    ReplyDelete
  13. seronok la hai..bila lah dapt pergi bercuti gini

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah