Thursday, April 12, 2018

Katakan Selamat Tinggal Kepada Kerusi Sofa Konvensional Dengan Teknologi Revolusi OSIM Terkini

OSIM Memperkenalkan Smart Sofa Yang Pertama Di Pasaran – uDiva 2 Smart Sofa Dilengkapi Dengan Tiga Manfaat; Sofa, Kerusi Urut Dan Kerusi Baring.


Sesebuah rumah tidak akan lengkap jika tidak mempunyai sofa. Sofa memberikan keselesaan kepada penggunanya dan membolehkan keluarga dan rakan-rakan untuk bersosial, berehat dan menonton televisyen selain aktiviti-aktiviti yang lain bersama-sama. Oleh itu, sofa merupakan satu pelaburan yang amat penting, dan sebagai pembeli, mereka selalu hendak memastikan sofa yang dibeli oleh mereka dapat memberikan keselesaan dan berfungsi seperti yang diperlukan dengan nilai yang berbaloi.

Revolusi Smart Sofa




Praktis untuk mewujudkan inovasi adalah sesuatu yang telah diamalkan oleh OSIM selama ini. Dengan peningkatan keperluan reka bentuk pelbagai guna pengguna, OSIM telah mencipta OSIM uDiva 2 Smart Sofa untuk memenuhi permintaan peminat-peminatnya. 

Dengan penggabungan teknologi urut yang unik dan terkemuka, uDiva 2 Smart Sofa yang telah dilancarkan dapat membantu pengguna untuk berehat, memulihkan tenaga dan juga meringankan tekanan yang disebabkan oleh jadual kerja yang sibuk setiap hari. 

Smart Sofa OSIM uDiva 2 telah berjaya dicipta untuk memenuhi keperluan ini. Ia didatangi di dalam pakej yang sesuai digunakan untuk setiap ruang di rumah. 



Smart Sofa yang serba boleh ini bukan sahaja menyenangkan keperluan secara estetika, akan tetapi ia juga juga boleh membantu menjimatkan ruang yang sedia wujud di dalam rumah. Apabila ia tidak digunakan, ia boleh disimpan untuk menawarkan lebih banyak ruang rumah untuk kegunaan-kegunaan lain, selain itu, ia boleh menjimatkan sehingga 34% ruang rumah.

Satu lagi kejayaan Smart Sofa uDiva 2 adalah backrest dan footrest yang boleh digunakan secara berasingan. Dengan gabungan patent ͞Hybrid Power-ball Massage Ball Technology dan patented ͞Hyper-power Foot Massage Technology Smart Sofa ini boleh membawa kenikmatan gaya hidup yang maksimum kepada pengguna. Dengan bezanya daripada sofa konvensional yang lain, uDiva 2 Smart Sofa mempunyai 8 ciri-ciri serba-boleh yang sesuai untuk semua mood. uDiva 2 Smart Sofa akan memberikan pengguna 3 kali manfaat sofa seperti; Sofa, Kerusi Urut dan Kerusi Baring, semua di dalam satu pakej.




1. Sofa: uDiva 2 Smart Sofa boleh memberikan keselesaan seperti sofa biasa, dan ia membolehkan pengguna untuk meluangkan masa untuk diri sendiri (masa peribadi).



2. Sofa dengan ͞Ottoman -  Manjakan diri anda dengan uDiva 2 Smart Sofa sambil melibatkan diri di dalam rutin kecantikan kegemaran anda



3. Urut Kaki: Menyediakan sesi refleksologi yang lengkap yang melibatkan lutut, pergelangan kaki yang akan meringankan kesakitan. 



4. Urut Belakang: Untuk menghilangkan sakit urut belakang semasa anda membaca platform media social.


5.Urut Belakang dengan Ottoman: uDiva 2 Smart Sofa boleh membantu untuk melegakan dan mengurangkan kesakitan belakang serta memberikan postur yang baik

6.Urut Penuh Badan: Dapatkan urutan otot untuk menyenangkan otot anda sementara  menonton drama kegemaran anda.


7.Kerusi Baring: Satu kerusi baring yang membolehkan anda baring dengan selesa semasa membaca buku atau menggunakan facial mask



8. Urutan Penuh Berbaring: Menyenangkan seluruh badan anda dengan program urut yang direka khas untuk menyenangkan anda dari kepala ke kaki.


Di samping itu, uDiva 2 Smart Sofa adalah dilengkapi dengan reka bentuk pengawal yang anggun dimana ia disertakan dengan pengawal lampu, direka dengan wayar tersembunyi untuk kemudahan pengguna walaupun di bawah cahaya yang rendah. 


"OSIM uDiva 2 Smart Sofa adalah sofa yang unik" kata Chia Sook Fun, Pengurus Besar. 









Smart sofa bukan sahaja adalah object untuk digunakan dengan fungsi mekanikal sahaja, manakala ia dicipta untuk tujuan yang lebih besar. OSIM uDiva 2 Smart Sofa adalah satu contoh yang baik kerana ia bukan sahaja Smart Sofa tetapi ia menawarkan reka bentuk yang terbaik, teknologi inovatif dan relaksasi yang diperlukan oleh semua pengguna" 

"Lagipun berehat satu hari selepas bekerja keras di dalam tempat kerja atau rumah, adalah kemahuan yang badan kami sangat diperlukan. Kami berharap uDiva 2 Smart Sofa OSIM dapat mengisi jurang ruang untuk kesemua Smart Sofa mahu pun sofa biasa yang dapat memenuhi kehendak pengguna pada masa kini"

uDiva2 Smart Sofa adalah edisi yang sempurna dimana ia boleh melengkapi ke semua ruang di rumah sama ada ruang tamu, bilik tidur atau tempat kerja, tidak berkira reka bentuk Modern, Scandinavian, Industrial, Contemporary, Retro atau Chic. Ia boleh didapati di dalam 4 warna yang berbeza. Pengguna boleh memilih warna OSIM uDiva 2 Smart Sofa yang sesuai menurut citarasa masing-masing.

Bersempena dengan Hari Ibu, sudah tibanya masanya bagi kami untuk menghadiahkan ibu kita sebuah Smart Sofa yang mampu melegakan keletihan mereka apabila mereka berehat. uDiva 2 Smart Sofa telah direka dengan ciri-ciri yang luar biasa. Ia adalah hadiah yang tetap tidak dapat dilupakan oleh ibu-ibu!  

uDiva 2 Smart Sofa 

Harga Runcit @ RM 8,988 

  • Harga pelancaran @ RM 7,388 dengan ansuran 24 bulan, untuk hanya RM 308 sebulan. 
  • Sah sehingga 15 April 2018

19 comments:

  1. bestnye, kalo ade kerusi ngurut ni kan rumah kan....bole wat installment jugak tuu

    ReplyDelete
  2. kalau lah dapat sebiji letak kat rumah kan best...hilang segala stress bekerja...ada ke orang nak bagi free..hehehe

    ReplyDelete
  3. Menarik.. kalau ada dekat rumah confirm berebut dengan anak2.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. seronoknya kalau dapat bawa balik satu ni.. badan tgh penat sure segar semula

    ReplyDelete
  5. cantik color ngn bentuknya... dpt lak ddk time2 pnt balik keje... msti bestkn

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau ada satu dekat rumah. Boleh duduk relax sambil pakai mask.

    ReplyDelete
  7. Bestlah bila balik kerja penat-penat dapat duduk atas kerusi tu. Boleh terlena dibuatnya. Kena penuhkan tabung la mcm ni.

    ReplyDelete
  8. Kerusi urut Del tertinggal dekat Mall. Selalu masuk RM1 untuk 3 min. Hehehe tak mampu nak beli. Tapi menarik gak kerusi urut baru ni

    ReplyDelete
  9. Fuhh syoknya kalau dapat satu ni dekat rumah :)

    ReplyDelete
  10. Oh..ingatkan recliner masa mula-mula tengok gambar, rupanya kerusi urut. Seronok letak kat rumah ni..hari-hari kena massage

    ReplyDelete
  11. fuuh..balik kerja duduk atas sofa urut memang padu!

    ReplyDelete
  12. kanapa lawa snagat kaler pink tu hehehehe ... bestnya dapat sebijik kan

    ReplyDelete
  13. Mcm best jaa krusi ni heheh kaler pink tu menarik,bg kt ma abh 😂

    ReplyDelete
  14. seronoknya kalau ada kerusi urut macamni kat rumah..lagi2 time pregnant yang memang asyik sakit belakang jea..

    ReplyDelete
  15. barangan OSIM mmg terbaik
    design lawa..color lawa

    ReplyDelete
  16. bestnya kalau pt 1. hehehe. rasa ringan terus 1 badan . dah la cantikkk!

    ReplyDelete
  17. aida simpan impian nak ada kusi gini tau, SA.
    selesa. balik keje kena urut sekejap. aduhai.... lega!
    tapi tu la. mahal bebeno. tunggu hingga abis projek renovate rumah & beli brg rumah.
    then ada peluang, nak join instalment 0 interest kusi gini.
    yes!!!

    ReplyDelete
  18. Kalau ada satu kat rumah nie bestnya SA, penat-penat balik keja ke,buat keja rumah ke boleh relaks kat kerusi urut macam nie. Bahagianya rasa.. hehehe..

    ReplyDelete
  19. Alamak lawa la pulak warna kerusi nya hee pink gituww i like. Oh kerusi mcm ni hanya pasang impian saja utk beli sebab masih tidak mmpu hee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah