Thursday, October 11, 2018

Langkah Pencegahan Penyakit Di Kolam Renang...

Hi korang...

Percaya tak kebanyakkan penyakit mucul tanpa kita sedari tan tak pernah kita duga dengan akal kita? Percaya tak penyakit yang menimpa kita dan juga anak- anak kita adalah dari sikap kita sendiri..untuk itu SA terpanggil untuk share tips atau langkah pencegahan Penyakit Di Kolam Renang...

Jom baca...



[PERHATIAN] Jangan Biarkan Anak Mandi Di Kolam Renang Dengan Lampin Pakai Buang.

Cuti sekolah ini pasti ramai ibu bapa yang merancang untuk membawa anak anak bercuti di taman tema air atau berenang di kolam renang.

Berikut, merupakan langkah pencegahan penularan penyakit yang boleh di amalkan.

Rotavirus, virus penyebab penyakit AGE boleh di sebarkan melalui pencemaran kolam renang dengan NAJIS yang mengandungi virus tersebut.

Virus ini amat stabil di persekitaran menyebabkan sesiapa yang termakan, terminum, tersentuh objek yang telah tercemar akan di jangkiti.

Menurut kajian yang dilakukan oleh CDC,60% sampel air dari 160 kolam renang awam mengandungi pencemaran najis serta positif untuk bakteria E. coli.

Berikut Merupakan Langkah Pencegahan Jangkitan Penyakit Di Kolam Renang.


1. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala AGE (cirit, muntah, demam, sakit perut) ke kolam renang.

2. Ibubapa juga dinasihatkan untuk memastikan anak-anak kecil tidak memakai lampin pakai buang apabila mandi di kolam mandi.

3. Lampin pakai buang yang telah digunakan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

4. Orang ramai juga dinasihatkan agar makan makanan dan minum air yang bersih dan selamat.

Penyebaran penyakit berlaku akibat tindakan ibu bapa sendiri yang tidak bertanggungjawab membiarkan anak mandi di dalam kolam renang dengan lampin pakai buang serta tidak mengutamakan kebersihan.

Untuk makluman, terdapat sejenis lampin pakai buang khas yang di gunakan untuk aktiviti berenang.

Ingat, kesihatan tanggungjawab semua. Tindakan sambil lewa anda mungkin mendatangkan bahaya kepada individu lain

Sumber

https://kpkesihatan.com/2016/10/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-oktober-2016-status-terkini-kluster-jangkitan-rotavirus-berkaitan-resort-bukit-merah-perak/
http://www.cbsnews.com/news/cdc-finds-public-swimming-pools-rife-with-fecal-contamination/

Semoga artikel ini membantu kita semua mencegah...mencegah lebih baik dari mengubati kan....jom sama- sama kita memainkan peranan untuk mengelakkan penyakit ini merebak....

25 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini kak..:)

    ReplyDelete
  2. tq atas perkongsian yer sis..baru plan nak bawak anak sedara mandi kolam..hihi..

    btw, jemput singgah blog kite yer sis.. :) http://julsjulie80.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. kdg2 ada je parent yg biar ank mandi ngan pampers...

    ReplyDelete
  4. thanks for all the tips.. very much needed for parents whom like to bring kiddos to the swimming pool... the kids will enjoy to maximum with all the tips...

    ReplyDelete
  5. ini yang parents kene alert ni, nasib baik anak sedara kita kalau masuk pool guna pampers yang untuk swimming punya, ikut protocol la kan

    ReplyDelete
  6. Yang ini paling takut Sis, bukan kata anak-anak, Sis sendiri pun takut nak mandi kolam. Pernah dulu sekali, kena gatal-gatal..adeii memang fikir dua tga kalilah kalau nak mandi..

    ReplyDelete
  7. Actually kalau nak guna pampers mmg kena guna yg khas untuk mandian dlm kolam. Sebab klu guna yg biasa mmg pampers akan kembang dan memudahkan kuman untuk tersebar. Mak ayah mmg kena prihatin lah kan

    ReplyDelete
  8. Ni memang satu masalah ni SA. Ada ibu ayah yang tak prihatin masukkan anak yang pakai lampin pakai buang masuk sekali dalam kolam renang. Ishhh....Huggies ada lampin untuk berenang ni.

    ReplyDelete
  9. Thanks for the tips. Definitely agreed with you to reduce the contamination of the pool water.

    ReplyDelete
  10. Setuju sgt tu..ibu bapa jangan selfish kalau nak berhibur di swimming pool..belilah seluar bby untuk renang tu kan senang.

    ReplyDelete
  11. Rotavirus is the commonest virus causing AGE from water and pool. Thus its important to always maintain hygiene. Your tips are superb

    ReplyDelete
  12. Adoi..sapa yg bawa ank mandi kolam renang dgn pempes...kena fikir org lain sekali

    ReplyDelete
  13. Thanks for heads up, I always bring my kids to the public pool in PJ but thank god no one has worn pampers in it since it's controlled by guards.

    ReplyDelete
  14. Makasih infonya ya, jadi banyak tahu nih trik menghindari jangkitan penyakit di kolam renang.

    ReplyDelete
  15. Bagus perkongsian macam ni, memberi kesedaran tentang pencegahan penyakit di kolam renang. Susah kenkadang nak menyedarkan masyarakat ni tentang kebersihan dan penjagaan kesihatan, sesuka hati je depa nak buat apa..tak pikir org sekeliling

    ReplyDelete
  16. adush, kalau nak bawa anak kecil masuk ke kolam renang pastikan yang mereka sudah buang air kecil dan air besar supaya tak payah bawa masuk pampers ke dalam kolam.... nanti kembung je pampers tu sebab serap air kolam hehehhe... apa pun swimming pool tu sebolehnya yang nak mandi ke berenang bersihkan diri terlebih dahulu yeee... dah keluar pun kena mandi juga...

    ReplyDelete
  17. Ada pernah nampak ibubapa mandikan anak di kolam renang dengan anak pakai pampers. Sepatutnya pakaian baju mandi . Sekarang penyakit boleh tular dengan pelbagai Cara kan .

    ReplyDelete
  18. sekarang ni penyakit senang sangat nak berjangkit terutama kanak-kanak. So, parents kena extra carefull. Tapi tu la, masih ada ibu bapa yang ambil jalan mudah dan masih menggunakan pampers ketika mandi..

    ReplyDelete
  19. kolam renang memang kena bersih.
    kekadang anak kita boleh terminum air nyer.
    so sama2 kita jaga. terutama jgn kencing!
    apatah lagi anak yg tak sihat. penyakit mudah di bawa dgn air.
    pastu ramai yg mandi dlm kolam renang kan.
    pampers tu, tak patut la kan. jelas & nyata ia kotor.

    ReplyDelete
  20. Good sharing SA. Actually klau swimming memambg tak boleh pakai diaper sebab satunya kotorkan..klau dekat kondo liez ni memamng kena ikut rules klau nak swimming.. security akan memerhati sorang-skrang if tak ikut rules.. memang bagus sebab nak elakkan penyakit, kotor dan keselamatan

    ReplyDelete
  21. Sekarang ni dekat mana-mana mudah terjangkit algi-lagi anak kita. Sebab tu kalau anak sakit, janganlah bawak keluar..huhu..kesian kang budak lain kena..Kalau masa mandi memang nad tak pakaikan pampers.

    ReplyDelete
  22. Bagus kak perkongsian berbentuk ilmiah macam ni. Maklum lah skarang banyak betul penyakit yang tersebar tanpa kita sedari. Contoh macam ni la..kita tak sedar pun kadang-kadang dengan berseronok mandi kat kolam pun boleh mengundang penyakit

    ReplyDelete
  23. Perkongsian SA kali ini benar2 menarik perhatian AM.. AM suka topik yg cuba diketengahkan SA.. bagus SA dan terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah