Thursday, October 11, 2018

Rendang Kerang Campur Pucuk Pegaga - Sampler Untuk Jualan

Hi korang....

Maybe ada antara korang yang mengikuti blog SA lama dulu korang maybe tau yang SA sangat cenderung dengan dunia masakan..bila dah hobi memasak tu SA takde la biarkan bakat yang ada tu kat takuk tu jer...alhamdulillah SA dah buat satu perubahan dari tahun lepas dimana masakan SA tu SA jadikan jualan...alhamdulillah..boleh la menampung sedikit belanja SA..zaman sekarang tak boleh nak harap gaji je..apa yang ada dan boleh mendatangkan hasil yang lumayan..kita start buat..ye SA jual lauk pauk kat opis setiap minggu..hari Isnin je SA deliver..caranya ambil order siap2...dan bawak ke opis mengikut order yang dah diambil minggu sebelum tu...seronok sebenarnya meniaga ni..nak meniaga produk kecantikkan tak pandai..so kita meniaga lauk pauk jer..alhamdulillah dapat sambutan..Kenapa SA deliver seminggu sekali je...kenapa tak hari- hari atau selang 2-3 hari sekali...ye la..SA bekerja..dan duduk KL pun menyewa bilik je kan..bila kala plak SA nak masak..lagipun perkakas dapur SA tak banyak..so tak complete..sebab tu kena buat kat rumah Seremban.

So Isnin lepas SA bawak sampler rendang kerang campur pucuk pegaga..alhamdulillah mereka yang dapat sampler tu ramai yang order...so bermula la Ahad nanti SA sibuk buat persiapan nak masak rendang waktu malam..Sabtu dah kena cari bahan dah..kena pergi pasar tani cari...SA beruntung sebab Mak Abah banyak membantu..kalau SA tak sempat cari bahan diorang tolong belikan...so SA cuma sediakan bahan basahan aje dan masak sendiri....


Serai adalah a must dalam resepi rendang kerang atau mana- mana rendang


Pucuk pegaga


Cili padi


Kerang yang segar



Video SA share last week


Rendang kerang dah siap masak...

Bila kita meniaga masakan atau lauk pauk ni kena buat dari hati dan penuh kasih sayang...insyaallah masakan kita tu sedap segala rasa..hati kena ikhlas untuk meniaga sebab kita nak bagi orang makan sedap2..ini kita charge agak mahal tapi tak sedap dan tak betul deliver nya susah la kan. Elok dah ada customer tetap nanti lepas sorang...sorang ..diorang lari nanti...sebab tu dalam meniaga lauk pauk SA tak berkira..kadang- kadang Sa lebihkan sikit..pesan Mak Abah...selain dari meniaga kita niatkan sedekah sedikit..semoga rezeki kita lebih meluas..Kalau korang nak tau..SA pun amik individual order..macam rendang daging, rendang itik , Masak lemak cili padi, Paru sambal, Paru goreng berlada..dan apa sahaja la yang SA boleh masak. Kadangkala ada nak 1kg, 2kg..kan...so SA ambil jugak order macam tu..of course la harga siap masak mahal. Bahan basah ikut harga pasaran..kadang SA pandai2 adjust sendiri ( kurangkan harga)..as long as customer puas hati.

Apa yang SA harapkan agar usaha SA ni dapat membantu SA dan keluarga..macam yang SA cakap..kalau nak bergantung pada gaji semata memang tak cukup so SA kena ada plan lain nak naikkan ekonomi..adalah SA dapat komen sebelum ni..apalah sangat nak kejar dunia katanya..SA bukan kejar dunia atau nak hidup mewah..SA cuma nak membantu kewangan sekarang. Nak harap blogging bukan hari2 duit masuk dalam akaun. Insyaallah SA nyer cita-cita nak buka perniagaan nanti lepas dah pencen..of course meniaga makanan la kan...korang jangan lupa doakan SA tau...

37 comments:

  1. Kak.. pos kak.. kalau akak buka jualan untuk pos bagi tahu ye.. sedapnya kalau dapat makan.. sha memang suka rendang kerang.. campur pegaga ini tak pernah rasa lagi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pos tak berani la yunk..kang sampai basi plak..hahaha...

      Delete
  2. Nanti pencen bolehlah bukak restoran

    ReplyDelete
  3. Rendang kerang ni fav husband nieyl kak tapi itu laa...
    masih x lepas tahap SOP yng dia nak..hehehe

    ReplyDelete
  4. bestnye...kalu kt opis rietta ada org masak mcm ni...rietta pun order....

    ReplyDelete
  5. sebaik jauh je kalau tak nak order jugakkk

    ReplyDelete
  6. sdapnya kak..kna blajar buat jgk ni..:)

    ReplyDelete
  7. Pandai akk msk, moga jualan byk tempahan kak

    ReplyDelete
  8. nanti nak try lah letak pegaga dalam rendang kerang tu..

    ReplyDelete
  9. aida sokong.
    ada konsep sedekah.
    setiap sedekah tu in shaa Allah dikembalikan dlm bentuk keberkatan, kan.
    lagipun, kita bagi org makan. something good, SA.
    tahniah. pandai masak, boleh buat duit ekk. terbaik.
    one thing aida nak tanya, raya SA buat tak bisnes ni.
    aida boleh oder, amik kat seremban la.
    mak mertua aida kat ampangan jer hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  10. wow! it's really a great way to cook kerang... let's eat rendang kerang with pucuk pegaga... yummy!

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Rezeki SA dalam bidang masakan. Kalau Qiss Lepas masak untuk diri dan family ajelah. Sedap pulak tengok resepi rendang kerang dengan pucuk pegaga ni. Qiss nak try la nanti.

    ReplyDelete
  12. Ahhhh...Its my favorite meal Rendang + Kerang...I wish I can try it again...

    ReplyDelete
  13. waa first time sebenarnya qeela dgr rendang kerang, terbaik lah Kak SA! Suka tgk dan ikuti Kak SA punya sharing bab2 masakan especially, sbb mcm2 yg qeela boleh belajar especially psl mskn nogori sendiri haha. Qeela tak pernah ada kampung & mmg membesar di persekitaran bndr je so mmg jarang2 mkn & tau mskn kg. Best bila dpt belajar & tau mcm ni hehe. Nampak sedap jugak tuu rendang kerang tuu hehe 😁

    ReplyDelete
  14. setuju denga apa SA tulis..kita nak niaga lauk/makanan kena ikhlas dan tak boleh buat lebih kurang je.. nanti lama-lama orang lari

    ReplyDelete
  15. Ya Allah akak kalau jual ni kita orang pertama kena rasa hehehe tunggu akak nak masak untuk kita tak tahu bila buat lah open house akak nak rasa akak masak macam ni mesti sedap...

    ReplyDelete
  16. Sedapnya kak SA.Rendang ni mmg feberet Amni.Tapi kerang tu xleh telan sbb xsuka hahah.Pegaga plak mmg byk khasiat dia.

    ReplyDelete
  17. Marsha suka baca resepi resepi akak. Rendang kerang ni nampak menyelerakan lah kak. Nanti Marsha cuba buat. Tak pernah masak kerang lagi. Harap menjadi nanti dengan sentuhan aura dari akak...cewahhhh

    ReplyDelete
  18. Aduii kecur air liur tengok rendang kerang akak. Rendang kerang biasa kinah selalu juga makan, yang ada pegaga ni tak pernah cuba. Kinah setuju dengan konsep akak tu, kekadang bila kinah beli lauk kat luar, macam kureng je, jual semata-mata nak untung. Nanti akak share ye resepi ni. Teringin jugak nak cuba.

    ReplyDelete
  19. Dapnya lahai tengok rendang kerang ni, memang fav sis tapi tak pernah lagi makan gan pucuk pegaga. Bolehlah nanti sis ikut resepi ni.

    ReplyDelete
  20. Lia xpenah rasa lagi pegaga dengan kerang ni. Nampak menyelerakan je sis . Kalau dekat memang lia dah order makan kat sis .

    ReplyDelete
  21. Betul tu kak. Bila kita ada ilmu memasak, tak salah kalau kita gunakan tuk kita jadikan sumber pndptn pulak. Kita teringin jugak nak buat jualan hasil masakan. Tapi tu la. Kat sini sambutan kurang je.

    ReplyDelete
  22. Ya Allah terliur saya tgok rendang kerang ulam pegaga tu. Nampak sedap betul. Semoga terus sukses ye kak SA utk business nya. Untunglah mereka yg dpt sample tu. Mesti hari2 dok terbayang rendang kerang nie

    ReplyDelete
  23. wah cili api tu yum yum yum, tapi I tak pernah try lagi rendang kerang nampak macam basah sikit final look... tapi konpem mesti sedap kan, nak pula ada campuran pegaga mesti memang sedap gila ni... yum yum yum ;)

    ReplyDelete
  24. Liez tak suka kerang tapi bila tgk rendang SA nk mula la terliur. Sebab ada pegaga yu kira macam 1st time nampak. Klau nak cuba pun Liez akan tolak twpi kerang tu.. sedap pulak tengok

    ReplyDelete
  25. Sedapnyaaa rendang kerang , lama tak makan , kerang mahal sekarang ahaks nnt boleh cuba resepi

    ReplyDelete
  26. Good luck ! Bestnya pandai memasak dan boleh pula dijadikan part time job untuk dapat income.

    ReplyDelete
  27. Ya ampun kak, terliur tengok..tak pernah makan rendang kerang dengan pegaga tu kak, tapi tengok nampak sedap tu..alahaii..kalau la dekat boleh rasa

    ReplyDelete
  28. Ya allah, sedapnya menu rendang kerang nI. Dah la tengah lapar time baca ni. Hahaha. Mang faveret juga ni. Sedap makan dengan nasi lemak

    ReplyDelete
  29. Sedap tuh kak SA.. Geram je duk usha dr jauh hah

    ReplyDelete
  30. suka rendang kerang tp pucuk pegaga tk mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegaga aida buat ulam.
      lom pernah makan yg masak gini, SA.

      Delete
  31. Wah, resipi yang tak penah saya lihat sebelum nie.. Nampak sedap aje kak Suria, boleh pos ke Salak Tinggi tak..? hihihi

    ReplyDelete
  32. Macam menarik je ni. Tak pernah try dan mkn.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah