Tuesday, January 15, 2019

Dari Alam Maya Ke Alam Reality

Hi korang..

10 tahun SA berhijrah ke KL, duduk sini, kerja kat sini..SA akui SA dh jumpa ramai sangat orang. SA mengaku SA takde kawan rapat, kawan macam tu je ada la...bila SA rapat dengan kawan perempuan..ada yang ambil.kesempatan. Ada yang jenis entap tak boleh bergurau, ada yang yang tak boleh tengok kelebihan orang lain malah ada yang dengki kalau SA rapat dengan seseorang..kawan perempuan la selalunya...payah kan..perit...sampai satu ketika hingga lah sekarang SA tak nak terlalu rapat. Bila terlampau rapat terus SA akan di tikam dari belakang. Bahaya orang macam ni dan slowly SA elakkan...sebab tu la kat KL ni SA takde kawan rapat.

Itu di tempat kerja tau...tetapi tidak dalam dunia blogging...dunia media sosial..walau kita tau ada yang tak telus, tetapi SA banyak diperkenalkan dengan mereka-mereka yang di luar jangkaan SA..ada beberapa orang yang SA rapat dan SA senang berkawan. Dan yang paling rapat buat masa ni si cantik manis ni la..kami bertegur sapa melalui media sosial, beramah mesra, bertukar-tukar pendapat akhirnya menjadi rapat walau tak pernah bersua muka. Kami boleh berkongsi apa sahaja cerita, masalah malah boleh bergurau senda. Kata orang senang masuk la...

Paris Asyiqin...figura hebat yang mewarnai hari-hari SA. Adakala kami sama-sama mengadu masalah demi masalah. Apa yang berlaku di tempat kerja, kalau dia stress SA tenangkan....begitu la sebaliknya kalau SA mengadu apa2 kat dia..baru-baru ini allah temukan kami yang dh sekian lama bermesra dalam alam maya...kami bersua muka buat pertama kali selama 1/2 jam...itupun sebab komitmen kerja kami...kebetulan Paris meeting kat area office SA..SA pun tgh meeting dan sibuk dengan tugas.. mulanya nak cancel...tapi teruskan juga...akhirnya kami bertemu...macam mana kami dalam alam maya begitu juga la kami di dunia luar....




Happy?

Giler tak happy..banyak kali plan asyik bertangguh..akhirnya..dapat jugak jumpa..x tau nak cakap betapa seronoknya kami berbual..tergelak sana sini..satu je Paris ni..tak tinggal dengan buah tangan dia...dibelikan SA donut Big Apple..macam tau-tau SA suka..mana dia skodeng pun x tau la...apa yang boleh SA described tentang kami...kami berdua sama je..happy go lucky person...mudah mesra...semoga lepas ni ada la pertemuan demi pertemuan lagi...semoga persahabatan ini kekal selamanya...sebenarnya tak cukup corumn...ada lagi sorang...nanti kami keluar bertiga..maybe lagi havoc...kita  nantikan agenda seterusnya nanti...kalau sihat nanti nak plan pi short vacay plak..sure gempak..cuma awal tahun ni masing- masing sedikit busy..lepas tu nanti baru la boleh plan short vacay..

25 comments:

  1. first time tgk muka paris ashikin.. biasa dgr nama dia jer. Cantik orgnya..:)

    ReplyDelete
  2. Semoga persahabatan kekal. :)

    ReplyDelete
  3. Best nya. Saya buat blog pun sebab terpengaruh dengan rakan sekerja. hujung minggu Kami akan pergi keluar sama-sama. Selalunya rakan saya tu la yang akan jadi jurufoto untuk gambar blog. ^-^

    ReplyDelete
  4. biasa lah..kalu ada tak orang dengki, jelous, sakit hati tak meriah la hidup. retis awak ada hater. nampak sangat ada orang selalu follow up apa aktiviti sis suria buat.. orang macam ni bagus kalu kita take advance untuk viral marketing

    ReplyDelete
  5. Paris memang cam tuh, perangai giler-giler semedang tapi baik hatinya selalu sangat tolong orang.. lama jugak kite kenal dengan Paris ni kenal kawan atas kawan hah.. sekarang ni terus jadi kawan hehehhee

    ReplyDelete
  6. Dedua Min sangat seronok berdampingan.. Semoga ikatan persahabatan korang berkekalan sampai bila-bila.. Best tengok happy macam ni.

    ReplyDelete
  7. Semoga ukhwah kak SA dan Paris berkekalan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  8. Nice. It is good if we can make good friends because nowadays very difficult to find geniune friends. All the best both of you.

    ReplyDelete
  9. Bukan setakat itu tapi muka cam ada iras sikit la Sa dan Paris ni. Pernah jumpa Paris ni sekali je masa event kat Bangi. Sekarang ni payah nak cari kawan yang betul2 kawan. Saya ada kawan seUni dulu. Masih contact di whatsapp.

    ReplyDelete
  10. Kak Paris memang the best. Suka sangat buat lawak. Selalu wassup saja. First time jumpa dia masa dekat butik Bangi .Gila kentang lawa Kak Paris ni. Dalam gambar nampak lain bila face to face amik ko ,kemain cantik dan slim gitu .Macam anak dara okey .Dia dengan anak dara dia pun nampak macam kakak adik je .

    ReplyDelete
  11. It is good to have friend whom you can hang out with. Real friends are hard to come by. Glad that you finally had the opportunity to meet up with her. :)

    ReplyDelete
  12. Cx pon tak ada kawan rapat. Dulu ada tapi tula, semuanya terkubur gitu sahaja. Cx tak suka ada commitment dengan org kata bff sebab mcm akak cakaplah, tikam belakang, hasad dengki swmua tu tapi kdg² rasa jeles dgn org yg ada bff tp tkpelah drp byk dosa dok gaduh dengki sesama kita kan? Best tgk org share psl kwn ni. Happy tgk

    ReplyDelete
  13. Paris is one crazy girl that really appreciates who appreciates her. I love her for her attitude - FIERCE babe. Dan yang penting, dia nie walaupun ganas, baik hatinya lain dari yang lain. Love you Paris. Pasni jangan lupa bawa kita plak dating ye SA

    ReplyDelete
  14. Its better to have a quality friend rather than havin bunch of monkeys n morons as friend kan kak... Saya mmg pantang jenis2 friend mcm ni

    ReplyDelete
  15. hahaha SA you know there's a saying that the older we get, the lesser friends we have. and yeah i understand how you feel, but time tells, it takes time to find the right person that share the same values like you to become best friend.

    ReplyDelete
  16. Nampak cute je sis paris asyiqin ni. Friendly je orang nya kalau tengok airmuka dia.
    Kadang kadang macam tu la kak SA. Kawan alam maya lagi rapat dari kawan kerja.

    ReplyDelete
  17. Lama dah tak jumpa Paris..memang suka gan dia, dengan gila-gila dia tu tapi hati dia baik sangat. Teringat dulu..bukan sis je dpg baju tapi dengan anak sis pun dia bagi..murah hati betul

    ReplyDelete
  18. hi kak paris, lama tak jumpa kakak paris sorang ni. part yang onie suka dengan kak paris bila time dia speaking,phewwwww sukanya kita dengar :D

    ReplyDelete
  19. best kan ada kawan rapat yang nak dengar masalah kita, yanga da waktu kita happy atau sedih..lagi dpat kaan yang gila-gila dan belash je nak ckp ape dia gelak sekali..hahaha...semog ahubungan eprsahabatan akak denga apris kekal sampai bila-bila

    ReplyDelete
  20. Its good to have fren to be wirh us especially when we are unhappy...they can help to comfort us and be a good lostener...sometime we just need friend around to help us..happy to know u found a good fren

    ReplyDelete
  21. Aamiin .. semoga berkekalan selamanya.

    ReplyDelete
  22. tak semestinya ada kwn sikit tu kita ni mcm tak bersosial la apa la. bukan kuantiti yang dicari tapi kualiti kawan tu sendiri hee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah