Tuesday, January 8, 2019

Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna Dengan Safi Balqis Oxywhite

Hi korang...

Punya la lama entry produk Safi Balqis OxyWhite yang SA belikan untuk Dania tahun lepas elok tersimpan dalam draft blog ni...pelik betul perangai mama ko ni Dania..Ye seawal usia Dania 10 tahun memang SA ajar anak dara SA tu untuk menjaga kulit especially kulit muka. Masa tu pihak Safi Malaysia ada keluarkan product Safi Balqis OxyWhite yang pada SA sangat sesuai untuk remaja seperti Dania.Dania merupakan remaja aktif bersukan di sekolah. Bila sangat aktif bersukan maka kulit muka automatik menjadi gelap dek panahan cahaya matahari. Lama jugak SA survey produk kecantikkan yang sesuai untuk Dania dan alhamdulillah sampai sekarang Dania masih disiplin gunakan product Safi Balqis OxyWhite ni. Sesuai untuk kulit muka dia yang adakala senang ditumbuhi jerawat. Takde la kulit dia terus smooth tapi kulit muka dia makin cerah dan sihat la. Memang dia selalu merungut kulit muka dia nampak gelap dan kusam. Sebagai remaja yang dah akil baligh memang hormon dia tak menentu kan...


Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.




Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.

Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri

Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.

“Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap”





1. SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek : 50g/ 100g
RCP : RM7.30/ RM12.30 
Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
  • Membersih jauh ke dalam liang pori
  • Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
  • Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

2. SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan
Saiz Pek : 200ml
RCP : RM17.40 
Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak:
  • Menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna
  • Mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

Menambah keceriaan dalam legasi kecantikan keluarga SAFI, SAFI berbangga untuk memperkenalkan Sarah Hildebrand, pelakon, model serta pengacara program televisyen sebagai duta SAFI BALQIS OxyWhite.“Bagi kami, Sarah merupakan epitome gadis masa kini.Beliau mempunyai personaliti yang bersahaja, namun penuh dengan kecantikan dalam setiap aspek. Raut wajah yang manis, tutur kata yang lembut, perwatakan yang ceria dan penuh jenaka tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dalam tingkah laku. Sikapnya yang aktif dan sentiasa kelihatan segar di lapangan kerjaya, meniup nafas baharu dalam industri. Setiap gerakannya yang mempesona menjadikan Sarah individu yang paling sesuai sebagai Gadis Balqis terbaharu kami,” terang Puan Mahsuri.

Mengulas tentang kredibiliti Sarah mempromosikan SAFI BALQIS OxyWhite, Puan Mahsuri berkata, “Dengan personaliti down to earth Sarah, beliau akan membawa SAFI BALQIS untuk lebih dekat dengan pengguna, khususnya para gadis yang mengimpikan kulit wajah cerah sempurna. Dengan pengalaman sendiri beliau sebagai pengguna dan duta SAFI BALQIS OxyWhite, Sarah akan menjadi contoh, dan ‘sahabat sejati’ dalam membantu gadis-gadis seusia mencari solusi pencerahan wajah yang terbaik. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati membawa keyakinan terhadap produk kami bagi menyampaikan mesej kecantikan kepada semua wanita”.

Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis.




3. Masker Pencerah Balqis OxyWhite
Bangun pagi dengan wajah yang sihat berseri dan cerah sempurna.

  • Diuji secara klinikal
  • Bebas Alkohol
  • Bebas Minyak
  • Bebas Pewarna

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.
Gigih SA pergi pantai amik gambar masa ni..cuma tak amik gambar Dania ngan product je..masa tu kulit muka dia belum ok macam sekarang..dia segan katanya...ini bukan review berbayar ye...ini personal review ikhlas dari SA..Korang yang ada anak yang usia 10 tahun keatas, dah boleh ajar dah cara nak jaga muka dan kebersihan diri..habis duit sikit takpe asalkan kulit muka dan peribadi anak ok..

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Info product Safi SA dapatkan dari Google.com

35 comments:

  1. saya pun guna yang ni kak. Best sgt..:)

    ReplyDelete
  2. saya pernah pakai pencuci muka yg oxywhite tu... memang best. kulit tak berminyak..tapi tak mengeringkan

    ReplyDelete
  3. saya pakai juga pencuci muka, toner dan pelembab dia. Harga agak murah mampu milik

    ReplyDelete
  4. Kita pun pakai Safi tau. Kita suka barang Safi. Tak rasa mcm pedih sangat kulit mcm sesetengah produk lain tu. Kulit pun rasa lembab2 just nice je.

    ReplyDelete
  5. mostly safi balqis ni sesuai untuk kulit remaja kerana kandungan bahan-bahannya. dulu masa muda remaja guna gak safi balqis ni, memang sesuai untuk kulit kombinasi kita ni

    ReplyDelete
  6. Yaya pun pakai safi..serasi dengan kulit.

    ReplyDelete
  7. memang dulu masa sekolah guna safi balqis ni jee.famous betul.sekarang je tak guna dah sebab macam2 produk nak cuba

    ReplyDelete
  8. Eh..baru tau Safi dah keluarkan mask jugak. Bagus info ni kak. Actually barang-barang camni bagus sebab tak ada bahan-bahan cam terkandung dalam produk timbang kilo tu

    ReplyDelete
  9. Pernah guna safi oxywhite ni sebelum ni. Memang best. Harga pun murah. Lagipun safi memang dah terkenal dr dulu sesuai utk kulit mencerahkan kulit secara selamat kan. Yang penting halal lagi.

    ReplyDelete
  10. Wah produk baharu safi ke? Macam macam produk emreka keluarkan. Yang ni pun nampak ok. Saya kalau produk Safi, pakai ubat gigi dia je. sebab murah..hehe

    ReplyDelete
  11. kita sekarang pakai safi beetox hahahahha..
    tapi SAFI brand yang sangat ok

    ReplyDelete
  12. Safi memang bagus dari dulu lagi. Dulu saya ada masalah jerawat teruk ,alhamdulillah Safi yang selesaikan masalah tu. Sampai kawan kawan kat U tanya pakai apa muka jadi bersih dan licin. Tapi saya pakai Safi lama tu. Sekarang Safi dah upgrade kan Macam macam ada. Safi memang tak perlu ragu lahi nak pakai .

    ReplyDelete
  13. safi ni i pakai zaman sekolah dulu tau... which is 30 tahun yang dulu. memang elok sgt kulit muka masa tu. i believe kualiti produk dia memang akan maintain dari dulu. nanti p drug store memana boleh check it out jugaklah nanti... tq for sharing..

    ReplyDelete
  14. Cx pon pernah pakai safi balqis oxywhite ni. Alhamdulillah ianya okay dengan cx ketika jtu. Tapi memang betul, penjagaan kukit sejak dari remaja itu memang penting supaya kulit tidak kekal sihat dan cantik. Safi balqis sangat sesuai untuk para remaaj dengan formulasi hang diciptakn dalam setiap produknya. Safi balqis pon harga dia mampu milik dan tidak mahal. Senang juga ntk didapati. InshaaAllah

    ReplyDelete
  15. Safi antara produk terbaik yang Nina pernah guna. Bukan saja ianya berkesan, Halal malah Harganya juga mampu di beli oleh semua golongan. Nina paling suka SAFI Rania Gold. Best sangat pakai... Kulit muka lembut lembab jer...

    ReplyDelete
  16. Wah da remaja sangat dah anak dara akak... Kejap ja da besar kan.. .
    Anak ngn mak boleh share skincare la kan.. .Safi ni memang bagus produk2 dia. Macam2 produk diorg ada sekarang ni

    ReplyDelete
  17. ena suka produk safi. lama kan produk ni bertahan di pasaran. sebab keberkesanan dia dan dipercayai ramai. wahhh hebat sis jaga kulit anak. hehe.. dania pon pandai ye nak jaga muka. hehe.. zaman sekolah dulu tak pikir nak jaga muka memang gelap. bila habis sekolah tu barulah reti nak melawa.

    ReplyDelete
  18. Leya dulu masa sekolah pun pakai jenama safi ni. Memang dipercayai dan berkesan untuk kulit remaja. Tetiba teringat zaman sekolah dulu..hehe..

    ReplyDelete
  19. Prices of this products are really affordable, great for those who wanna start giving their skin some care. Will recommend this to those who needs it.

    ReplyDelete
  20. Laaa sis pun ada produk ni, tak pakai2 lagi. Tengok SA upkan pasal produk ni baru sis teringat. Nampak gaya kena suh Aeysha pakai gak ni..muka dia pun dh berjerawat banyak dah

    ReplyDelete
  21. Produk safi ini memang sudah lama diketahui umum kan. Saya juga tahu produk safi ini walaupun tidak pernah guna. Kalau brand yang sudah lama masih ada, maksudnya produk-produk mereka masih bagus dan relevan. :)

    ReplyDelete
  22. Wahh, dania dah besar. Anak2 dara dah sangat. Waktu umur2 macam dania ni la dulu emi baru duk rancak cuba skincare. Masa tu dua jenama yang emi duk guna iaitu Clean&Clear dan Safi. Jenama2 ni memang sesuai la utk kulit remaja.

    ReplyDelete
  23. SAFI days to days memang banyak produk yang dikeluarkan, tapi i sangat suka dengan safi derma safe... safi balqis currently tak sesuai untuk i.. safi gold pun i suka... nampak macam menarik pula oxy punya ni, nanti nak try la cleanser nyaaa

    ReplyDelete
  24. seems like a good brand with different types of product for different skincare. the price seems very affordable too, good for the pocket especially given current market condition! haha

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  25. Uishhhhh, Safi pun dah ada face mask sekarang. Nak cuba la nanti, btw Safi ni best. Onie sendiri oernah pakai masa zaman belajar dulu. Ramai tengok member2 onie ounya kulit berhasil. Nanti la nak cuba face mask dia 😊

    ReplyDelete
  26. Patut lah kulit sis cantik dan mulus. Bagus la ye produk ni. Lelaki boleh cuba jugak nini. Hehe he. Safi ni bagus sebab banyak produk. Dari segi penjagaan wajah sehingga ke penjagaan diri, semua ada

    ReplyDelete
  27. Pernah guna produk safi tp rangkaian lain..yang ni tak pernah try ...

    ReplyDelete
  28. Mouse mommy suka Safi Balqis punya makeup remover, dapat membersihkan sisa-sisa makeup dengan berjaya.

    ReplyDelete
  29. anak-anak sekarang cepat membesar dan klau yang girl nak melaram je.
    anak liez yang qaseh pun macam tu.. sibuk nak berfacial bagai..

    ReplyDelete
  30. Wahh SAFI sekarang dah ada macam macam produk keluaran dia orang kan. Nanti nak try jugak lah.

    ReplyDelete
  31. Wahhh dah macam-macam produk dah keluaran safi ye sekarang. Pernah cuba juga produk safi tapi jenis yang lain la

    ReplyDelete
  32. ika dr sekolah pakai safi. dari ada satu dua produk sampai dh ada mcm mcm dh. hee. maju dh safi hee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah