Tuesday, March 26, 2019

Permulaan Lebih Kuat Dengan Dutch Lady +Protein

Dutch Lady +Protein baharu dengan protein berkualiti dan kandungan kalsium yang tinggi untuk otot dan tulang yang lebih kuat1,8




Kini, kebanyakan keluarga di bandar dengan gaya hidup yang sibuk sukar untuk meluangkan masa untuk menyediakan dan menikmati sarapan yang bernutrisi pada waktu pagi. Jangan risau – susu Dutch Lady +Protein BAHARU yang penuh dengan nutrisi lagi lazat dapat memberikan keluarga anda permulaan pagi yang lebih kuat dengan protein berkualiti tinggi dan kandungan kalsium yang tinggi!

Protein merupakan asas pembentukan badan manusia, bagi menghasilkan rambut, kulit, mata, otot dan organ kita2. Nutrien tersebut bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan kita, membantu membina otot yang kuat yang kita perlukan untuk setiap aktiviti rutin dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik sama ada ketika berada di sekolah atau di tempat kerja.

"Minum Dutch Lady +Protein pada waktu pagi merupakan cara yang mudah untuk membekalkan tenaga dan nutrisi untuk sepanjang hari. Yang paling penting, ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, berkalsium tinggi, dan penuh dengan nutrien penting, untuk membantu membina otot dan tulang yang kuat," kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Ramjeet Kaur Virik.

Ramjeet menekankan hanya dengan dua gelas Dutch Lady +Protein, ia dapat membantu memenuhi 40% keperluan protein untuk membantu anda dan keluarga3 menjalankan aktiviti seharian. 

Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition – The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam menyatakan, bukan semua protein itu sama. Walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi protein, terdapat sesetengah protein mempunyai profil asid amino yang lebih lengkap berbanding yang lain, menjadikannya lebih bernilai untuk diet kita.

"Sumber protein haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi, atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan4. Akan tetapi, makanan tersebut memerlukan masa untuk disediakan atau dimakan pada waktu pagi yang sibuk. Daging dan ikan yang terlebih masak boleh memusnahkan nutrien penting sekaligus menghalang penyerapan nutrien untuk badan4,” kata Indra.


Indra juga berkongsi bahawa susu sedia diminum adalah pilihan sumber protein yang amat baik kerana tidak memerlukan persediaan yang sukar. Indra menambah: “Ramai tidak menyedari bahawa susu juga mengandungi protein berkualiti tinggi seperti daging di mana kedua-duanya kaya dengan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita."

“Protein daripada susu mudah dihadam, bermakna badan dapat menggunakan nutrien dengan efisien untuk meningkatkan kesihatan kita,” nasihat Indra.

Garis Panduan Pemakanan Malaysia mengesyorkan dua hingga tiga hidangan susu dan tenusu dalam sehari; satu hidangan susu bersamaan dengan 250 ml segelas5.

Malah, pengambilan protein yang tidak mencukupi, bukan sahaja boleh membantutkan peningkatan berat badan dan ketinggian malah kita boleh mengalami kehilangan berat dan jisim badan tanpa lemak yang tidak sihat6.

Indra mengesyorkan keluarga untuk merujuk kepada “Pinggan Sihat Saya” yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai panduan semasa menyediakan makanan.

"Isikan satu perempat daripada pinggan sarapan anda dengan karbohidrat, satu perempat pinggan dengan makanan kaya dengan protein, dan separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan7. Terdapat pelbagai jenis makanan yang kaya dengan protein, seperti daging tanpa lemak, ayam, makanan laut, kekacang, kacang dal, tauhu, tempe, dan telur, atau anda boleh memilih alternatif yang lebih mudah iaitu dengan hanya menambah segelas susu untuk sarapan bernutrisi anda," kata Indra.


“Susu Dutch Lady +Protein mengandungi protein berkualiti tinggi untuk pembinaan otot. Ia juga mengandungi kalsium yang tinggi, yang penting untuk tumbesaran tulang yang kuat untuk kanak-kanak di samping membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang8 yang sihat untuk menyokong gaya hidup yang sibuk dan aktif. Selain itu, susu juga mengandungi nutrien penting seperti Vitamin A, Vitamin B2, dan Vitamin D yang penting untuk menjaga badan kita berfungsi dalam keadaan yang terbaik,” kata Ramjeet.


Oleh itu,  tingkatkan pengambilan protein dan kalsium keluarga anda semasa sarapan untuk otot dan tulang yang kuat dengan susu Dutch Lady +protein mulai hari ini untuk permulaan hari yang lebih kuat!  Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau http://www.dutchlady.com.my/plusprotein


11 comments:

  1. Nieyl suka minum dutch lady strawberry tu je...yg lain x minum kekeke

    ReplyDelete
  2. best susu dutch lady ni. tambah2 klu buat bekpes,minum susu ni + roti 2 kping kenyang sampai ke tgh..:)

    ReplyDelete
  3. Eh macam susu baru ke tu..cantiknyaaa kotak diaa...
    Kita tak berapa susu putih...tapi kalau dah tercabar sedap dan khasiatnya, memang Sis ko minum hahahaha

    ReplyDelete
  4. Pak Inche baru belikan lagi susu dutch lady ni sebab dia tau SK suka minum, hehe

    ReplyDelete
  5. Wahhh dutch lady dah ada susu baru. Ke lama dah tapi ai yang tak tau?

    ReplyDelete
  6. kena beli ni...Yan memang peminat susu...

    ReplyDelete
  7. Bestnya Susu Dutch Lady +Protein byk protein berkualiti tinggi

    ReplyDelete
  8. Ala.. aritu ada nampak.. dah ingat nak beli.. kalut2 terus lupa.. nantilah cari..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah