Monday, May 27, 2019

Wangi - Wangi Dengan Penyegar Fabrik Dan Udara D'menc Afy Haniff

Hi korang....

Afy Haniff jenama yang tidak asing lagi di pasaran dan semakin mendapat sambutan orang ramai. Produk bumiputera yang dipasarkan setanding dengan jenama yang sedia ada. SA sendiri sangat- sangat berpuas hati dengan produk keluaran Afy Haniff dan sering repeat beli di hypermarket berdekatan dengan SA. Kalau sebelum ni SA berkongsi product Afy Haniff di SINI. Sekarang SA nak kongsi pula produk yang juga keluaran mereka iaitu Penyegar Fabrik dan Penyegar Udara D'menc. First time SA guna dah jatuh cinta dh..mana taknya, rumah SA berbau wangi..hari-hari sembur langsir, Sofa dan kain baju SA..wangi sangat..bau pun segar aje..semua ke empat-empat penyegar fabrik SA suka...

Produk penyegar fabrik D'Menc ini mempunyai 4 jenis wangian:


  1. Lavender
  2. Vanilla
  3. Lemon Tree
  4. Strawberry

Kelebihan yang korang semua kena tahu berkenaan penyegar fabrik D'Menc ini adalah:


  1. Terdapat 4 variasi  wangian yang berbeza iaitu Lavender, Vanilla, Lemon Tree dan Strawberry.
  2. Menggunakan molodour counteractant technology yang menghapuskan bau kurang senang dengan segera dan mengandungi anti bakteria 
  3. Meresap ke dalam fabrik dan menghilangkan bau hapak dan menyegarkan.
  4. Menyegarkan tanpa perlu dibasuh
  5. Menghilangkan 99.9% kuman penyebab bau busuk
  6. Tidak meninggalkan kesan pada fabrik

Cara nak guna penyegar fabrik D'Menc ini seperti:



  1. Putarkan trigger kepada 'ON'
  2. Goncang dan sembur dengan jarak 20cm dari fabrik
  3. Putar ke trigger OFF selepas guna
  4. Boleh disembur pada semua jenis fabrik seperti langsir, sofa, kasut, carpet, cadar dan kerusi
Size botol : 650ml

D'menc Air Freshener

Satu lagi product Afy Haniff yang SA suka adalah penyegar udara. Serius kesemua wangian ini sangat wangi...segar aje udara dengan wangian ni. Bagus kita guna penyegar udara untuk menyahkan bauan-bauan yang kurang enak di sekeliling kita. Bau pun tahan lama dan menyenangkan.




Kelebihan Penyegar Udara D'Menc ini adalah seperti:
  1. Terdapat 8 jenis wangian yang berbeza iaitu Autumn, Pandan Leaves, Lavender, Vanilla, Green Apple, Sparkling Lemon, Honeydew dan Tutty Fruity.
  2. Pewangi ini mengandungi 100% pati minyak wangi /kepekatan minyak
  3. Terdapat wangian buah-buahan dan bunga
  4. Wangian ini kekal segar sehingga penghabisan minyak atau titisan yang terakhir
  5. Penyegar udara ini sesuai digunakan di kereta, pejabat, almari, bilik, laci, ruang tamu dan juga dapur.
  6. Selamat dihidu oleh semua golongan dari pelbagai peringkat umur.


Cara Penggunaan Penyegar Udara D'Menc :






  1. Buka stopper sepenuhnya atau cucuk bahagian atas penutup
  2. Pasangkan penutup kayu dan terbalikkan dengan kadar segera
  3. Terbalikkan semula sekiranya bau telah hilang

Size botol : 60ml

Penyegar Udara D'menc ni SA dah letak dalam kereta, dalam bilik air, dalam bilik tidur dan dan juga kat workstation SA kat office..bau semua best-best..kalau korang nak tahu..bau penyegar udara ini tahan dan boleh diguna sehingga 60 hari. Jimat kan? SA sangat-sangat rekomen pada korang. Harga pun sangat berpatutan.. Korang boleh dapatkan kedua-dua product Penyegar Fabrik dan Penyegar Udara D'menc  di hypermarket berdekatan dengan korang seperti Giant, Tesco dan AEON Big. 

Nak Beli Produk Afy Haniff Di Online:

LAZADA | SHOPEE | 11 STREET | EZBUY

Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke laman sesawang Afy Haniff di:

FACEBOOK PAGE | INSTAGRAM | WEBSITE

Pesanan khidmat masyarakat Produk Afy Haniff dibawakan oleh Suria Amanda untuk Anda

Selamat Mencuba!!!

9 comments:

  1. Boleh bagitau kat husband ni..dia suka beli wangian macam ni ni letak atas kereta..

    ReplyDelete
  2. oh produk afy hanif... nk tryla yg bau stoberi tuh

    ReplyDelete
  3. terus klik lazada menarik ni saya suka wangi2 ni kak

    ReplyDelete
  4. kita memang pengguna tegar serai wangi keluaran Afy Hanif ni. dan baru tau Afy Hanif dah keluarkan prdoduk baru, bolehlah beli nanti supaya rumah wangi macam rumah SA

    ReplyDelete
  5. Nak cari jugakla perfume kereta tu. Macam best je

    ReplyDelete
  6. wah..mesti best bau dia kan? sy skarang guna perfume kereta yang beli kat mr. diy jer..hihi

    ReplyDelete
  7. yg spray tu senang..bau hapak je spray2

    ReplyDelete
  8. vanilla...saya suka! manis aje baunya...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah