Thursday, May 16, 2019

Cendawan Tiram Pertama Dari Bongkah Cendawan SA Beli Di Shopee

Hi korang...

Sebenarnya tak tau la nak gelak ke nak apa sebab SA ni sebenarnya jenis cepat terpengaruh..nampak kawan- kawan update pasal cendawan tiram dan betapa senang nak jaga so SA pun beli jugak. Beli 5 bongkah cendawan di Shopee pertengahan bulan lepas..lepas tu SA ikut guide yang orang tu bagi..ikut betul- betul tips tu..tapi memang nampak la hari demi hari untuk 10 hari lepas keluarkan dari kotak memang ada perubahan..perubahan ketara yang bongkah pertama ni...yang lain- lain walau dah matang dan bertukar warna putih masih blom keluarkan hasil...hari- hari SA belai time wekend, time hari SA kerja SA mintak samada abah atau Dania tolong spray dan basahkan tuala yang SA balut pada bongkah cendawan tu...Sebenarnya takde tempat gelap kat rumah SA tu..letak atas almari depan tu je sebab situ ada udara dan cahaya matahari..cuma SA siram 5 kali la sebab cuaca agak panas dan humid kan...Sekarang SA dah ada hobi baru yang berfaedah...best kan?


Hasil sulung semalam..SA perasan dah keluar kecik je...


Menjelang petang dia bertukar jadi besar...eh..eh...


Bongkah sebelah dia pun keluar si kenit ni


Subuh pagi tadi tengok dah besar betul dah hasil sulung cendawan tiram SA, sikenit tu pun dah besar gak..cepat betul


Hasil tuaian pertama, ni dah cukup besar dah...seronok betul...


Jom SA share cara- cara penanaman cendawan tiram ni...senang je nak jaga..yang penting kena sabar...dan ikut tips...

CARA PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU


*Tips menjaga bongkah matang*


🍄Letakkan di kawasan teduh dan mempunyai pengudaraan (ada udara keluar dan masuk)

🍄Jangan biarkan bongkah terdedah pada cahaya yg panas terik.Ini akan menyukarkan  pertumbuhan cendawan.

🍄Siram dan spray bongkah 3x sehari.Jika cuaca panas 5x sehari...(siram di atas bongkah)

🍄spray air di bahagian mulut bongkah(jarakkan)..

🍄Jangan bagi air bertakung di dalam bongkah kerana akan menyebabkan tumbuhnya kulat hijau😢

🍄Anda juga boleh membalut bongkah dengan tuala basah (ia bertujuan utk mengekalkan suhu sejuk pada bongkah)

🍄Setelah cendawan tumbuh dan boleh dituai..anda perlu mencabut cendawan tersebut.(goyang pastu cabut)

🍄keluarkan sisa akar sekiranya masih lagi  tertinggal.

🍄Jangan potong kerana ia akan menyukarkan cendawan untuk tumbuh kerana saluran muka bongkah tersumbat.

🍄Selepas tuaian...tutup bongkah selama 10 hari..dan buka semula penutup bongkah. Selepas seminggu cendawan akan tumbuh lagi.

🍄Pengeluaran sebanyak 3-4 kali..hasil cendawan mungkin lebih bergantung kpd tahap penjagaan.

Semoga cendawan anda membesar dengan sihat..

So korang kalau berminat boleh beli kat Shopee, bagus nya sebab orang tu respon laju..barang pun sampai cepat..lepas raya nanti SA nak beli lagi..nak beli 5 bongkah lagi..lepas tu nak jaga betul- betul bagi dia keluarkan hasil serentak..senang nak tuai..kalau satu bongkah je yang keluar cendawan jenuh la kan..sikit sangat..takkan 2-3 helai nak buat masak untuk berbuka kan? hahaha...best betul bila nampak hasilnya..so..tangan SA takde la panas kan? Dah memang SA yang monitor cendawan tu dari awal..ye tak?

Korang kalau nak beli search Bongkah Cendawan di Shopee....

Selamat mencuba...

12 comments:

  1. Wah rajinnya akk...seronok dpt tuai

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaaaa..tadi tengok kat IG..ni tengok kat blog pulak..hahhahaha! Cepat betul dia membesar!

    ReplyDelete
  3. Wah kat shopee pun ada jual ye. Seronok pulak tengok cendawan akak ni

    ReplyDelete
  4. Ehh benda camni pun leh beli kat shopee yer. Menarik laa plak nak tanam ni, kalau budak budak mesti excited hasil tanaman sendiri gini.

    ReplyDelete
  5. Bolehlah buat perusahaan menternak cendawan tiram.

    ReplyDelete
  6. Wah shopee semua ada. Boleh try hobi menarik ne ala sejenis mudah terpengaruh jugak macam kak sa😅

    ReplyDelete
  7. Boleh jimat duit sikit lepas ni. Tak perlu beli cendawan tiram kat kedai dah. Hobi yang bermanfaat👍.

    ReplyDelete
  8. Wah... Ada tengok kat Shopee tadi.. Terus teruja plak nak beli gak...

    ReplyDelete
  9. Suami Yan ada juga ajak beli....terpengaruh dgn kawan2 fb dia agaknya...
    Terus yan cakap tak kuasa...kang bininya ni juga yang kena belai menda alah tu...

    ReplyDelete
  10. hobi yang memberi hasil.. rajin akak..

    ReplyDelete
  11. Sis,tunas disekeliling leher bongkah tu cmne? Ke buang ke lepaa tuai?

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah