Friday, May 31, 2019

Antara Adab- Adab Dan Tips-Tips Berhari Raya...

Hi korang...

Tak lama je lagi kita semua nak sambut hari raya kan..pejam celik pejam celik lagi 4 hari kita puasa..sementara tu SA nak share la beberapa tips berhari raya yang sememangnya kita perlu dan ambil tahu dan jangan sesekali buat. Ada masa memang semua yg tersenarai tu orang tak endah sangat sebab pada mereka..hari raya adalah untuk ziarah menziarahi. Tapi kena fikir penerimaan tuan rumah jugak.. SA x sabar ni nak tengok siapa plak tahun ni yang hebat membawang dikalangan sedara mara SA...hahaha...


Gambar dari google


1. Jangan datang rumah org awal sangat. Orang masih solat raya. (hari pertama syawal)

2. Pastikan anak² x ambik angpau sampai 4 5 kali.. pengsan tuan rumah.

3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar.

4. Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengann langsir. Barang sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit.. tau tak?

5. Jangan sibuk tanya org bila nak kawin. Kalau dah kawin sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan org nak jawab. Lain kali bawak je recorder.

6. Jangan pandai² tukar channel tv rumah org. Dah diorang sefamily minat Hindustan, jangan pandai² nak tukar astro ceria.

7. Jangan pakai baju sedondon sangat ramai2,  nanti macam kumpulan dikir barat.

8. Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya, dapur macam tongkang pecah.

9. Budak² jangan buka angpow depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah sama dengan warna duit RM1.

10. Orang hidang, air terus minum tak payah nak cakap banyak.

11. Jangan tumpang berhadas kecik/besar kalau tak pandai nak flush.

12. Kalau termakan kuih basi or berkulat, telan ja. Jangan cuba nak selit kuih tu kat sofa atau pasu rumah org. Tak baik. Tau tak?

13. Jangan mintak password wifi rumah orang.

14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.. makan je sudah.

15. Dah tu jangan tanya kuih tu beli kat mana.. berapa ringgit..jangan sibuk sgt ok.

16. Jangan tinggal pampers anak dlm bilik air umah orang. Dah tuan rumah lak nak kena kutip buang. Amik buang terus dlm tong sampah...paham ke ni ?

17. Jangan duduk lama sangat beraya rumah org tu... Org lain pun nak raya gak ok.

18. Jangan lupa tambah lagi apa yang anda rasa sesuai..

19. Jaga adab anak-anak, jangan sesuka nak berlari2 dalam rumah orang, usik barang-barang orang..paling x leh blah biar anak melompat-lompat kat sofa orang...

20. Didik anak-anak bersalam dengan orang lebih tua

Ikutkan ada banyak lagi kan..panjang plak entry ni kang...dah mood raya ni macam x ramai je jenguk blog..ye tak..nak schedule entry pun rasa malas sangat..x tau la kenapa tahun ni makin tebal penyakit malas ni..maybe sebab kurang aktif kot kan...

7 comments:

  1. ada baca adab2 ni org share..kdg2 ada org xbrp paham kan..nk2 kalo soklan sensitif time raya

    ReplyDelete
  2. Bagus perkongsian ni SA...
    Sekarang pun masuk je rumah orang terus hilang sesetengah adab bila nampak ada connecting wifi...ermmmm....

    ReplyDelete
  3. betul tu SA, cuma no 7 tu... kira ok kot heheheh

    ReplyDelete
  4. mood raya dah mari dah haha

    ReplyDelete
  5. Tumpang toilet dan tinggal pampers anak2 tu selalu berlaku.

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang bagus👍🏻.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah