Sunday, May 12, 2019

Mantai Masak Rendang Itik NS Style...

Hi korang....

SA terlupa nak share SA beli itik salai kat Terachi  Kuala Pilah masa Mantai hari tu..beli 2 ekor nak buat rendang..biasa la kalau kat NS ni..nak sambut puasa mesti ada Mantai, lepas tu nak sambut raya dan Aidiladha..meriah..cuma untuk beberapa tahun  ni SA x sempat nak pi ikut mak abah pi beli daging ke apa sebab SA kerja. untuk raya nanti la SA pergi sebab SA cuti...sure korang ada yang tertanya-tanya Mantai tu apa..Mantai tu orang jual daging lembu fresh setiap kali nak sambut puasa, raya or aidiladha..masa ni siapa-siapa yang bela lembu akan sembelih lembu tu untuk dijual dagingnya...kadangkala peniaga akan beli lembu/kerbau untuk dijual dagingnya..masa ni best la beli daging ke dan tulang..dapat beli tulang gearbox pun best...


SA suka beli itik salai yg warnanya macam ni..fresh dan d kering keringnya


memang biasa beli bulat2 macam ni dan balik nanti abah akan siang sendiri


Abah memang suka siang sendiri dari suruh orang tu yang siangkan


Itik yang dh siap siang


Dah siap rendangnya..masak seekor dulu sebab tak ramai...

So itik salai tu SA buat rendang NS campur daun puding..seekor tu siap SA bleh bawak balik rumah sewa untuk berbuka..kawan serumah pun suka rendang itik..sebenarnya SA memang biasa beli itik untuk buat rendang masa raya. Tahun ni cadangnya nak beli 3 ekor itik dan buat rendang. tahun ni x ramai kat rumah sebab diorang beraya kat rumah mertua masing-masing. Nasib SA xde mertua dan blom ada rasa nak ada mertua..boleh la beraya ngan mak abah lagi...

13 comments:

  1. Ya Allah sedapnyaa....kita rindu masakan Mak Ngah kita...tiap kali tahun baru cina, inilah menu yang akan dia bawa makan beramai-ramai...tiber tak sabar nak CNY hahahaha

    ReplyDelete
  2. Teringin makan itik salai pulak tengok entri ni..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi nampak rendang itik sebelum ni. Selalunya orang masak rendang ayam atau daging je.

    ReplyDelete
  4. fuh itik salai masak rendang..yummy

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. rindu rendang itik arwah ibu.. Tahun nie nak try carilah.. nak masak rendang itik juga..

    ReplyDelete
  6. hari tu baca jugak kat blog kawan ni cite pasal mantai kat negeri sembilan...seronokkk, meriah macam nak sambut raya kannn..

    sedap tuu itik salai, buat masak apa pun, ada smoky2 rasanya tu...

    ReplyDelete
  7. Kuala Pilah mmg banyak jual itik kan kak SA. Hehe. Dedulu zaman stdy kt matrik Pilah, selalu juga makan itik member bawak, mak dia masak. Hehe. Lembut daging itik ni. Sedap juga.

    ReplyDelete
  8. wah nampak masak elok je..sedapnyaa masak rendang

    ReplyDelete
  9. baru tau pasal mantai ni kak.. best juga kan

    ReplyDelete
  10. baru tau pasal mantai ni kak.. sedap tu tapi saya x penah makan lagi rendang itik

    ReplyDelete
  11. Dulu masa kerja dengar budak budak NS cakap mantai mantai.... ingat masak masak hahaha. Tak pernah beli itik salai SA, rasa lebih kurang ayam je kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah