Friday, May 10, 2019

Ikan Cencaru Goreng Kunyit Resepi Bonda

Hi korang..

SA nak share dengan korang satu lagi menu simple yang sangat mudah dan sedap selain berkhasiat..hahaha...pepandai jer kan..sebab apa SA kata simple? Tak banyak bahan pun..bahan pun mudah je nak dapat..kos pun murah...Biasa SA suka masak time nak berbuka dan sahur..berselera masing-masing makan..

Resepi ni mak SA yang ajar dan memang menjadi kegemaran kami sekeluarga..kalau Mak buat lagi sedap kot..sebab dah Mak tak sihat so SA jer la yang masak..jom kita tengok resepi bergambar dan bahan- bahan yang SA gunakan..ini yang paling mudah tau...

Bahan- Bahan
  1. Ikan Cencaru - 4 ekor
  2. Kunyit Hidup - sejengkal
  3. Bawang Putih - 7 ulas
  4. Garam

Cara masak
  1. Tumbuk kunyit sampai hancur
  2. asingkan suku dari kunyit yang ditumbuk untuk lumur pada ikan
  3. then tumbuk pula 7 ulas bawang putih sekali dengan kunyit hidup baki yang ada dalam lesung batu


Lumurkan separuh kunyit tadi pada ikan..jangan lupa campur garam sekali


Goreng ikan dalam minyak yang panas, dah masak ikan angkat dan ketepikan


Bawang putih dan kunyit hidup tadi di goreng garing dan perasakan garam juga


then gaulkan pada ikan macam dalam gambar..

Dah siap...

Mudah kan? makan panas- panas..anak dara SA suka la ni...kalau dapat lauk ni memang makan bertambah...tapi tak boleh la buat selalu nanti muak..dalam sebulan tu buat la 2 kali..memang laku lauk ni...kalau dicicah dengan budu pun memang laju jer bertambah nasi...sedap....eh nak pi cari stok budu la....

Selamat mencuba ye..


15 comments:

  1. mudah sgt tu tp biasa mkn ikan cencaru sumbat cili belah belakang ikan tu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. rupanya buat macam tu ye nak dapat yang hancur hancur tu.. TQ kak SA..

    ReplyDelete
  3. hi bab ikan memang saya tak tahu lah nama nama ikan ni tapi apa pun nampak sedap (^_^)

    ReplyDelete
  4. Boleh bayang sedappp...
    Nak try jugaklah nanti hihi..TQ kak SA

    ReplyDelete
  5. Simple tapi buat bertambah nasi. Terbayang dah budu dengan ikan ni...

    ReplyDelete
  6. Boleh la try buat macam ni nanti...

    ReplyDelete
  7. Wahh simple tapi nampak sedapp

    ReplyDelete
  8. mudah dan sedap ni. mek baru sempat try cencaru sumbat je. heehe

    ReplyDelete
  9. resepi menarik ni. tak penah tau pun sebelum ni. hehe. pasni bila ada ikan cencaru, boleh buat ikut resepi ni ^_^

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kak.. nanti nak try jugaklah

    ReplyDelete
  11. Sedapnya SA.. nanti nak cuba juga..

    ReplyDelete
  12. wah..boleh cuba ni. mudah dan sedap resepi akak ni..:)

    ReplyDelete
  13. pestime tengok resepi camni...boleh cuba ni, kalo makan, agaknya ada bunyi kriuk kriuk tak...

    ReplyDelete
  14. ikan cencaru ni husbnd pun suka digoreng..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah