Thursday, May 9, 2019

Resepi Ikan Bilis Goreng Berlada Campur Petai Sesuai Untuk Sahur

Hi korang....

Bercerita bab sahur adakala tekak kita agak payah nak terima makanan kan...sendu je nak makan bagi berselera..pada SA kalau waktu sahur nak makan laju dengan berselera kena la gigih masak lauk pembuka selera. SA ada je  beberapa lauk simple yang buat selera SA  dan keluarga terbuka. Biasanya buat telur goreng kicap, goreng ikan masin tenggiri jeruk ataupun buat sambal ikan bilis goreng berlada. So hari ni SA nak share resepi Ikan Bilis Berlada campur petai untuk sahur. Tapi ni versi SA la...dah banyak kali SA share sebenarnya..tapi hari ni nak share lagi la...



Resepi Ikan Bilis Berlada Campur Petai

Bahan- bahan
  1. 100 gram ikan bilis di belah 2..( takkan dibelah2 plak kan)
  2. Bawang putih 4 ulas
  3. Bawang kecik 3 ulas
  4. Cili Api 20 biji
  5. Bawang besar 1 biji dihiris
  6. Petai 1 papan 
  7. Garam
  8. minyak ( pandai korang la sukat)

* Bahan 2-4 tumbuk hancur

Cara- Cara Masak
  1. Ikan bilis goreng garing , angkat dan ketepikan
  2. Dengan minyak yang sama korang tumis bahan 2-4 sampai naik baru dan cili betul2 masak
  3. Masukkan bawang besar yang dah dihiris,biarkan seketika
  4. Masukkan petaI
  5. Gaul dan perasakan garam
  6. Tutup api
  7. Masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaul mesra
  8. Sedia dihidang
Selamat mencuba!!!!

14 comments:

  1. Memang makanan paling ohsem untuk sahur..

    ReplyDelete
  2. Waaaa sedapnyaa...nanti nak jugalah buat Sahur nanti, kebetulan petai pun ada....selera sungguh nengokk

    ReplyDelete
  3. #telanailio
    ye SA.. pagi2 kalau nak telan nasi tu adoiii hai
    dapat lauk2 kering mcm ikan masin mmg sodap. gaul2 dgn naik.. mak oiii sodap eh

    ReplyDelete
  4. fevret ina ni.Thanks yea kak SA. Sedap ni,lagi-lagi ada petai..ya allah.. busuk pun busuklah mulut.Janji sedap.

    ReplyDelete
  5. Cari gak petai kat sini, tak nampak pulak time bulan puasa ni. Memang best kalau dapat makan sambal petai ikan bilis .. membuka seleraaa

    ReplyDelete
  6. Memang pembuka selera betul ni kak SA. Sodapp. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Tak cukup sepinggan buka nasik ni

    ReplyDelete
  8. Ohhh...sedapnya ikan bilis goreng sambal petai ni.. yumm..yum...

    ReplyDelete
  9. saya terus beli che nor sambil bilis. senang. hahahaha

    ReplyDelete
  10. lauk ni mmg pembuka selera sungguh..pagi2 nak makan time sahur, tekak tak lalu..boleh jadi lalu nampak ni..haha

    ReplyDelete
  11. alahai lazatnya tgk gambar je

    ReplyDelete
  12. Masak ringkas macam ni memang sedap. Saya tak makan petai. Selalu saya buat kentang +cili padi+telur+ikan bilis. Memang sedap

    ReplyDelete
  13. Ada lauk nie pun cukup dah kan SA.. silap-silapenambah-nambah makan..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah