Tuesday, June 25, 2019

Sambal Belacan Kundang....

Hi korang...

Semalam blog ni senyap sunyi je kan...semalam malas nak update..SA EL semalam ada hal..mood pun kelaut dalam semalam..badan masih sakit-sakit sebab urut satu badan kan...alhamdulillah SA dh rasa ok..kurang dah berangin badan..best betul badan sekarang...

So hari ni SA nak share ngan korang sambal belacan kundang. Kat kampung SA sekarang tengah musim buah kundang...merata-rata orang jual buah kundang ni...SA duku memang suka makan buah2 asam macam ni...Kundang, mangga muda ke..tapi sekarang dah kurang..sejak ada gastrik, ada gerd ni...memang dh jarang makan walau keinginan tu ada...jeruk-jeruk atau asam ke memang kurang makan dah..tak tahan perut SA...

Jom SA share cara-cara buat sambal belacan kundang


Buah kundang fresh yang abah SA petik dari pokok kat kampung



Bahan-bahan


  1. Belacan (dibakar dahulu)
  2. Cili api - 20biji
  3. Cili besar - 1 biji
  4. 10 biji buah kundang ( dihiris)
Cara2

  1. Tumbuk cili api dan cili besar
  2. Masukkan belacan tumbuk sampai mesra dengan cili
  3. tumbuk sekali hirisan buah kundang sampai hancur
  4. Tidak perlu limau kasturi sebab buah kundang dah masam..
  5. Siap!!!!
Ada yang tanya..sedap ke? of course la sedap...kalau guna belacan melaka lagi best..SA guna belacan Tanjung Dawai..pun sedap gak...kalau tak tahan pedas boleh kurangkan cili api..tapi SA suka pedas-pedas. Lepas tu korang goreng la ikan apa2 pun..cicah sambal belacan kundang...makan ngan nasi panas-panas...confirm terangkat....masa tu jangan salahkan SA ye kalau korang nyer diet rosak....hahaha.....

10 comments:

  1. perghhh dia tayang pulak fav food saya ni . Ada jugak pi cari weekend ni kang hehehe buah kundang atau pelam buat sambal belacan

    ReplyDelete
  2. Uish.. sedapnya kak SA.. makan bertambah ini..

    ReplyDelete
  3. adoihh...tengok gambar kundang aje dah boleh terbayang kemasaman nya..pecah ailio

    ReplyDelete
  4. Macam sedap je... first time dengar buah kundang buat sambal... nak try buat juga laa...

    ReplyDelete
  5. lama tak makan sambal kundang ni, lawan nasi panas, sayur bening dengan ikan masin sedap oiii

    ReplyDelete
  6. alahai sedapnya sure makan bertambah2 ni

    ReplyDelete
  7. Terliur dibuatnya. Nak jugak makan dengan nasi panas panas. Sedapnya

    ReplyDelete
  8. melaka dan belacan, takkan boleh berpisah :)
    aduhai. sedap!!!

    ReplyDelete
  9. buah kundang.
    kuini.
    mangga.
    nenas.
    semua di atas sgt sedap jadikan sambal belacan :)
    ohsem.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah