Tuesday, June 18, 2019

Resepi Rendang Udang Adik SA..

Hi korang....

Lama dah tak share resepi kat blog ni kan..penuh citer personal sambut raya jer...so hari ni kawan- kawan semua SA nak share resepi rare dan jarang orang buat untuk juadah hari raya..Tapi adik SA buat sebab husband dia x makan ayam and daging..ikan pun ada certain ikan yang dia makan dan tak makan..so agak susah nak sediakan makanan kalau mac tu kan..orang tua2 cakap senang kalau ada ada husband x makan ayam ke daging..takdenya makin susah ada la kan...pening x tau nak sediakan untuk dia juadah apa...so rendang udang ni korang boleh la masak untuk juadah hari raya atau rumah terbuka..memang sedap..manis je sebab udang kan manis kan?Ada yang tanya tak keras ke udang tu kalau di buat rendang..petuanya senang jer korang..masakkan santan dan bahan- bahan tu sampai betul2 pekat baru masukkan udang....masak rendang ni pun bukan lama macam masak rendang ayam atau daging...


Jom tengok resepi

Bahan- bahan
600 ml pati santan
1 kg udang size besar
1 keping asam gelugur
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
Sedikit garam dan gula


Bahan-bahan dikisar:
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
3 batang serai
5 biji buah keras ( tak letak)
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
10 biji bawang merah ( bawang kecil)
5 ulas bawang putih

Cara-cara

  1. Jerang santan bersama bahan-bahan kisar hingga mendidih dan pekat.
  2. Masukkan udang dan asam gelugur. Kacau hingga udang masak.
  3. Masukkan kerisik, daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula. 
  4. Kacau lagi dan biar hingga masak.
  5. Dah siap
Selamat mencuba!!!

9 comments:

  1. menu rare ni kak, saya tak pernah buat lg nampak sedap

    ReplyDelete
  2. haa.. baru nak tanya waktu bila masukkan udang tu kak.. dia macam masak rendang kerang jugak la kan?

    ReplyDelete
  3. nyums nyums lama tak masak rendang udang... weekend ni nak buatlah kalau sempat...ha ha ha... baca tu kak long...kalau sempat...

    ReplyDelete
  4. Rare ni. Saya tak pernah lagi nampak rendang udang.

    ReplyDelete
  5. 1st time tgk menu udang masak rendang...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. First time tenfok udang masak rendang.. Nanti nak try

    ReplyDelete
  7. sedapnya rendang udnag.. memang tak noleh dah nie kalau ngadap..

    ReplyDelete
  8. First time dengar rendang udang. Boleh lah try buat next time.

    ReplyDelete
  9. Wah, rendang udang. Macam best ja. Boleh try resepi ni nanti.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah