Friday, November 13, 2020

Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa

Hi korang...

Siapa follow citer Perempuan Tanpa Dosa lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose kat Astro Ria slot MegaDrama? SA memang x pernah ada novel ni dan mula- mula tertengok kat Astro. Terus rasa best dan nak follow citer ni sampai sanggup beli novel. Ingatkan novel dia tebal macam biasa SA beli..rupanya tak tebal mana pun novelnya dan SA beli online je...kata oang novel ni novel lama tapi dah diulang cetak memandangkan mendapat sambutan di tv...

Perempuan Tanpa Dosa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 mulai 6 Oktober 2020 arahan Micheal Ang dibintangi oleh Kamal Adli,Uqasha Senrose,Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin .Adaptasi novel yang sama ditulis oleh Fatinilam Sari Ahmad.

Jom baca sinopsis.


Sinopsis

LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya. Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang hamil anak tidak berayah. “Sekarang, cakaplah... Berapa yang kau mahu? Sejuta? Dua juta? Tiga juta? Aku mampu bayar. Aku mampu!” – DATUK  MAJID

Selepas menikahi Lily, Rizal membawanya pulang ke kampung. Dia sengaja menyeksa Lily dengan tinggal di rumah pusaka emaknya yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. Tanpa pengetahuan Lily, Rizal mempunyai kekasih lama di kampungnya itu. Kekasih yang juga adik angkatnya. Mereka pernah tinggal sebumbung semasa ibu Rizal masih hidup.

Mengapa Rizal balik membawa seorang isteri bersamanya? Oh Tuhan! Tabahkanlah hati ini. Mengapa aku diuji begini? Sia-sia penantianku selama lapan tahun ini. – USU SAKINAH. Lily berbaik-baik dengan Usu Sakinah dan mula belajar mencintai Islam daripada wanita muda itu. Mereka bersahabat baik sehinggalah rahsia perhubungan Rizal dan Usu Sakinah pada masa lalu terbongkar. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Lily jatuh cinta pada suaminya sendiri atau kembali kepada Eddie? Eddie pula muncul dengan membuat pelbagai onar di kampung untuk merebut semula Lily daripada Rizal. “Aku dah gagal mendidiknya. Aku gagal menjadi suami yang baik. Sepatutnya aku bimbing dia supaya dia tahu dan mengerti. Seharus aku kurung dia dalam sangkar cintaku!” – RIZAL. Apabila Allah mengampuni kesalahan hamba-Nya, apakah akan lahir seorang perempuan tanpa dosa?


8 comments:

  1. Tengok kat tv je. tak pernah baca novel dia.

    ReplyDelete
  2. Selamat membaca kak. Saya geng tengok drama. hihi :)

    ReplyDelete
  3. nak tgk habis drama tu baru nak cari novel baca :)

    ReplyDelete
  4. tak tgk la cite ni tapi sana sini org citer ade saya terjebak juga nanti ni

    ReplyDelete
  5. gituhhh ayat rizal ekk..macam boleh bayangkan scene2 dalam sinopsis ni dalam kepala semua..

    ReplyDelete
  6. Liez suka tgk drama ni.smp encik suami terjebak sama sbb kena paksa hahahha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah