Friday, February 13, 2015

Perkongsian Buat Semua..


Dan (Aku, Allah (a.w)) telah memerintahkan kamu jangan kamu sembah selain Allah (a.w) [yakni, jika disembah selain dari Allah (a.w) maka syiriklah kamu dan tinggal di Neraka selama-lamanya di Akhirat kelak] dan hendaklah kamu (kepada) kedua-dua ibu bapa berbuat baik. Jika salah seorang diantara kedua-duanya atau kedua-duanya sampai lanjut usia dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada kedua-duanya perkataan ‘oof’ (yakni, bercakap atau berbahasa kasar atau menggunakan kata-kata bermaksud buruk, keji atau meninggikan suara, bahkan, bercakaplah dengan mereka akan perkataan yang mulia (yakni, bercakap dengan sopan santun dan hormat dan lembut bahasa dengan kata-kata yang baik-baik belaka) dan janganlah engkau membentak (mengherdik) kedua-duanya dan ucapkanlah kepada kedua-duanya perkataan yang baik-baik.
[Ayat 23, Surah al-Isra’]

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."رَب

Al Israa Ayat 24


Sama2 kita ingat mengingati...sharing is caring....



9 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah