Wednesday, February 4, 2015

Spanish Food @ Corona Del Mar The Strand Kota Damansara

Sabtu lepas selepas selesai sessi makeover kat Ridzokumura Saloon, aku  bergegas ke The Strand Kota Damansara untuk sessi food review di Corona Del Mar yang menyajikan Spanish Food. Lebih kurang 20 orang blogger terlibat untuk sessi food review ni...pada aku la...Corona Del Mar merupakan tempat yang agak menarik tetapi x berapa sesuai untuk family yang ada anak kecil dan jumlah yang besar memandangkan kapasiti tempat duduk yang disediakan, maaf cakap la...environment yang aku perhatikan dalam restoran ni lebih sesuai untuk couple dengan decoration yang agak sentimental dan ala2 romantik kan...

Jom tengok review simple aku ...yang seronoknya kat sini sambil menunggu makanan yang agak lambat dihidangkan aku dapat jumpa kawan2 blogger yang dah sedia kenal dan yang baru...bab rakan2 blogger aku up next entry eh...panjang berjela plak entry aku ni kang ha....


ni sign board restoran...senang korang cari nanti..


Antara blogger dan keluarga yang datang untuk review


benda wajib aku shoot kalau pi Food Review


Antara menu baru yang diperkenalkan untuk tujuan pomosi dan akan launching beberapa hari lagi...




tuan blog yang agak bosan tunggu lama..hahahaha....selfie dulu...


Menu pertama yang diperkenalkan...TAPAS OLIVE MARIDAS > Marinated Green and Black Olives, Marinated in Mediterranean Herbs and Olive Oil..Tapas merupakan menu pembuka selera....


Seafood Bisque Soup > sedap...aku suka...


Robo De Toro


Paela De Marisco


Zoom skit Paela...untuk watak utama


pose before makan...


Macam yang aku cakap kat atas tu tadi..Corona Del Mar memang menarik...bukan senang nak cari makanan Sepanyol kat KL ni kan...bagi aku menu kat sini not bad walau ada yang x kena dengan selera aku...cuma pihak restoran kena perbaiki bab service..masa review ni service agak lambat dan banyak miss communication...apapun pada korang yang inginkan kelainan dalam menikmati pelbagai jenis makanan...boleh cuba makan di Corona Del Mar ni....makanan Sepanyol tu beb....lain dari yang lain...
Corona Del Mar
8, Jalan PJU 5/20,
The Strand, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 
Tel : 03-6151 0050

more details about Corona Del Mar


27 comments:

  1. feel spanish eat spanish gitewwww, ha ha ha, bakal tempat lepak kita kan kak kan? *_^... office masa adik buat business event management company dulu memang sewa di the strand... so memang arif sangat dah kawasan ni... #ehhh jom lepak kat sini?

    ReplyDelete
  2. makanan dia sedap jugak tapi betul la macam akak kata...kawasan dia terlalu kecil utk family...tapi kalau couples tu okay..

    ReplyDelete
  3. seronoknya tengok blogger buat food review..nyummy la makanan dia tu..

    ReplyDelete
  4. bestnya dpt jumpa geng blogger...btw all foods look so yummy :)

    ReplyDelete
  5. Service dan menu perlu seiring.. kalau salah satu tu kureng.. eeemm.. memang tak pergi dah..

    ReplyDelete
  6. Makanan dah bagus,service kena bagus jugak kan..bestla dapat rasa makanan sepanyol gitu

    ReplyDelete
  7. Nice to meet u SA...yeyyyy dpt juga berjumpa dgn suria amanda ni...cantik org yer...wpun julia dtg lambat...mmg boleh terasa sistem reserve tu tak berapa bagus...patutnya awal2 lg dh reserve nama blogger tu di meja...hmmmm agaknya pertama kali incharge cm ni la bak kata rayyan...anyway seronok jumpa u SA...mmuahhhhhhh

    ReplyDelete
  8. mak oi..terbelit lidah nak menyebut nama makanan..tapi semuanya nampak menarik tu..wana belum penah try makan lagi..

    ReplyDelete
  9. bestnyer,,
    leh jumpa ramai kenalan blogger..
    lya x pernah join event2 dn blogger ni..

    ReplyDelete
  10. Heee kalau tak dah jumpe akak dekat event ni. Ade salah faham sikit, nama saya tak tersenarai. :D

    ReplyDelete
  11. Nampak menyelerekan. Mujur jauh dari kl. Kalau tidak sudah ku sambar :)

    ReplyDelete
  12. Yeapp.... yang seronok dan happy time buat food review aritu adalah dapat jumpa kengkawan sahaja.... lain tu memang totally buat ramai yang hilang selera.... nak pose dengan menu pun tak de feel.Hope pihak management take note hal ni kalau teringin nak buat sesi food tasting....coz ramai je tak nak ceritakan kisah sebenar sebab mungkin takut dapat dipanggil food review in future.... Maafkan HF memang agak emosi skit bila sebut pasal restoran nie....

    ReplyDelete
  13. err x reti nk menyebut menu makanan di akak oi. . heheh

    ReplyDelete
  14. best nyer dapat buat review makanan ;)

    ReplyDelete
  15. Wah macam best je menu menu yang dipesan tu.. InsyaAllah, kalau ada kesempatan nanti cuba.

    ReplyDelete
  16. hai sis SA..

    selamat berkenalan dari mrspuex n family.. kene baiki lgi serbisnya.. iols la orang paling lastt dapat makan main course.. sib baik anak anak menten sebab dah selesai santap TAPAS dan soup.. but overall deco yang cantik utk romentik romentik kan?? sib baiklah x ckp spain lepas makan..hahahahaa...

    xoxo,
    mrspuex

    ReplyDelete
  17. ramai blogger turut serta..seronok buat food review ni..makan² paling best :)

    ReplyDelete
  18. hari tu baca kat blog sapa entah..pun dia kata lambat service nya..

    ReplyDelete
  19. Untungnya akak..seronok tengok akak dapat event macam.nie..

    ReplyDelete
  20. Susahnya nak menyebut nama makanan ni.
    Seronoknya dapat buat review makanan.
    Yummy

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah