Thursday, February 12, 2015

Perginya Suara Emas Datuk Haji Hasbullah Awang...

Innalillahiwainnailaihirajiun.......


Malaysia hari ini kehilangan seorang ikon sukan serta suara emas Datuk Haji Hasbullah Awang yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur hari ini.
Mengikut maklumat yang diterima dari sahabat seangkatannya Rizal Hashim, Allahyarham menghembus nafas terakhirnya di IJN kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi.

Jenazah dijangka dibawa pulang jam 3 petang ini sebelum disemadikan selewatnya awal pagi esok.

Allahyarham yang dilahirkan pada 9 September 1952 di Teluk Intan, Perak yang bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian sukan Astro Arena sejak Januari 2014 memulakan kariernya sebagai juruhebah radio di Radio 1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum berhijrah menjadi pengulas sukan terkemuka tanah air.

Nama Dato' Haji Hasbullah Awang sememangnya sudah sinonim dengan arena sukan tanah air kerana sering saja suaranya menjadi peneman peminat sukan tanah air yang menonton acara sukan yang sedang berlangsung di kaca televisyen.

Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

Boleh dikatakan, hampir kesemua peminat sukan tanah air tertarik dengan cara penyampaiannya yang berinformasi termasuk latar belakang keluarga atlet.

Jika ditanya siapakah pengulas sukan yang diminati, pasti nama Datuk Haji Hasbullah Awang akan menjadi sebutan.

SUMBER

14 comments:

  1. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman :)

    ReplyDelete
  2. belum ada lg pengganti pengulas sukan sepertinya. Al Fatihah...

    ReplyDelete
  3. Innalillahhiwainnailaihiroji'un.
    Saya pun terbaca ni kat tv pagi tadi.
    Ulasan beliau memang padat & mantap.
    Belum jumpa yang setanding beliau.
    Saya yang x minat sport ni pun boleh duduk sat bila dgr ulasan beliau.

    ReplyDelete
  4. Salam, ini pun aku xpercaya pada mulanya..semoga roh beliau dicucuri rahmatNYA..aminn :(

    ReplyDelete
  5. Setakat ni belum ada yang mampu menandingi beliau.
    Rasa ralit bila dengar suara arwah bila menjadi pengulas sukan.. ;)

    ReplyDelete
  6. Al fatihan.....memang icon pengulas sukan terbaik dia nie kak...cik akak suka dengar bila dia mengulas

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah