Sunday, February 8, 2015

Apakah Impian Anda Untuk Anak Anda?

Sticky post 24 hours, kindly scroll down for new entry


Semua orang ada impian kan...especially impian untuk anak kita sendiri...Tiada ibu bapa yang melahirkan anak tanpa sebarang impian di masa hadapan..semua inginkan kejayaan demi kejayaan diperolehi oleh anak kita dan pastinya kita semua tak mahu anak2 kita merasai perit getir kita semasa susah dahulu kan....video dibawah ini menjawab segala persoalan yang ada...

Pelbagai perasaan menerpa hati aku tatkala menonton video ini...sangat2 menyentuh hati....sebagai Ibu tunggal terlalu banyak aku berkorban terutamanya kesihatan, Keperluan untuk diri sendiri aku abaikan demi mengejar impian membesarkan Dania menjadi orang yang berguna...aku la Ibu..aku la ayah kepada satu2nya anak tunggal aku..Apa aje yang aku tak buat..sama seperti dalam video di bawah.

Sediakan tisu banyak2 sebelum menonton ye #DreamForMyChild memberi gambaran sebenar impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat masa depan anak2 kita yang cerah walau dalam apa bidang sekali pun..




Semasa menonton video ini berulang kali aku dapat melihat yang akulah sebenarnya yang berlakon dalam video itu...aku tak nampak pun orang lain sebaliknya hanya aku. Aku pernah melalui saat2 sebegitu ketika membesarkan Dania. Segala pahit getir sebagai Ibu Tunggal aku harungi hari demi hari untuk memastikan Dania membesar sempurna di depan mata.Bayangkan selama 10 tahun aku menjadi Ibu Tunggal aku menanamkan impian untuk melihat Dania berjaya di masa hadapan. Setiap keperluannya aku penuhi walau ketika itu aku kekurangan wang. Apa sahaja yang dihajati aku tunaikan. Aku bekerja keras hari demi hari untuk memenuhi semua keperluan hingga abaikan keperluan diri sendiri. Apa yang kerap bermain di fikiran adalah apakah aku mampu menyediakan Kewangan dan Pendidikan sempurna untuk Dania?Airmata ini bagaikan begitu murah sekiranya aku gagal menyediakan keperluan Dania..Airmata ini bagai tidak berhenti mengalir seandainya melihat dia didalam kesedihan.Oleh itu aku nekadkan semangat untuk bekerja keras serta berjaya bagi memastikan masa depan Dania sempurna.

Ainnul Dania Huda #DreamForMyChild mama hanya impikan kamu untuk menjadi anak yang berjaya bukan hanya pada mama tetapi di mata Dunia..satu2nya impian mama adalah agar kamu mampu buktikan kata2 sumbang  mereka terhadap kita dahulu yang mama tidak akan mampu membesarkan kamu adalah tidak benar, Buktikan bahawa  anak yang dibesarkan oleh Ibu Tunggal juga mampu berjaya dunia dan akhirat...I didn't set out to be a single parent but..I set out to be the best parent i can be and it doesn't change.

Hey follower Suriaamanda!!!berita baik untuk kamu semua..AmMetLife menawarkan hadiah yang menarik untuk anda. Anda hanya perlu menyertai segmen berikut..

Ceritakanlah Impian Anda dan Menang 

layari laman sesawang ini http://www.dreamformychild.com/my/bahasa dan kongsi #DreamForYourChild korang. Setiap ibu bapa tentu ada impian kan?jangan lupa berikan jawapan yang menarik penuh inspirasi serta pastikan korang akan membawa  pulang iPad Air 2 yang di lengkapi dengan sistem pembelajaran untuk anak korang ( 1 x iPad x setiap minggu bernilai RM1599, 10x iPad untuk dimenangi)

Kempen ini akan berlangsung dari 27th January – 3rd April 2015. 

10 minggu untuk korang memenangi sebuah iPad Air 2 setiap minggu. Bermakna 10 unit iPad Air 2 untuk dimenangi...wallaweiiii....siapa yang tak nak kan....Jom join...mana tau..ada rezeki korang menang...suarakan kepada dunia apakah impian korang untuk anak korang...luahkan isi hati...sharing is caring kan...

15 comments:

  1. Ohh kontest rupanya..BTW gud luck..mmg tak mudah jadi ibu tunggal

    ReplyDelete
  2. Banyak impian untuk anak-anak ni kalau nak diceritakan. Semuanya untuk diaorang jer. Boleh jugak nak try join ni.

    ReplyDelete
  3. sedihnya video tu akak .... all d best to u kak!!!!!! semoga Dania membesar dan menjadi anak solehah cemerlang dunia n akhirat :-)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  4. Ayah suka menipu :'( hakikatnya ayah nak bahagiakan anak nya , nak melihat anak nya gembira dan senyum :)

    ReplyDelete
  5. tak dek anak lagi. tak boleh lah join :(

    ReplyDelete
  6. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya... insyaallah dania akan menggembirakan ibunya kelak... :)

    ReplyDelete
  7. kalau cakap bab impian ..Banyak impian Lya untuk anak2 Lya ..Semoga impian akak untuk Dania tercapai ..InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. impain nak ada anak dulu hehehe...

    ReplyDelete
  9. semoga berjaya untuk semua yang join :)

    ReplyDelete
  10. Alah akak..sedih lak cik akak baca entri ini..teringat ibu yang membesarkan cik akak 10 beradik.....ibu cik akak ibu tunggal juga...tapi jadi ibu tunggal nie kak memang satu kemanisan sebab anak2 pemangkin semangat ibu.....

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah