Friday, February 13, 2015

Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia

Innalillahiwainnailaihirajiun.....

Gambar sumber google

Nik Abdul Aziz dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.

SUMBER 


20 comments:

  1. teringat lagu dato' siti khas untuk beliau...Moga Arwah tenang di sana..Al-fatihah

    ReplyDelete
  2. Innalillah.. sangat mengagumi beliau..

    ReplyDelete
  3. Al fatihah. Kehilangan yg besar buat malaysia.

    ReplyDelete
  4. innalillahi wainnalillahi rojiun hmm :((( al fatihah!!! :(((( !!!

    ReplyDelete
  5. Mcm mana laa masa zaman Rasulullah dahulu.. perasaan para sahabat meratapi pemergian nye Nabi Muhamad SAW ketika itu.. sedangkan pemergian Allahyarham TGNA sebagai ulamak tersohor dh cukup hebat nye kesan bg ku..
    Al-Fatihah buat Allahyarham...

    ReplyDelete
  6. Innalillah... itu yg termampu oleh kita SA
    Moga rohnya tenang di sana
    Semua terasa sedih atas kehilangan beliau.

    ReplyDelete
  7. alfatihah... mmg bergenang air mata ini bila tiap kali baca tentang arwah. moga rohnya tenang di sana...

    ReplyDelete
  8. Saya menangis smpi bengkak mata kerana kehilangan ini...selama ni tgk kematian ulama' dari negara luar, xberapa terkesan, tp bila ulama' dari negara sendiri meninggal dunia...sy baru faham bagaimana rasa sedihnya kehilangan seseorang yg berperwatakn sbg sahabat nabi ini.. :'(

    ReplyDelete
  9. Bukan sedikit yang bersedih atas kehilangan arwah.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah