Monday, October 30, 2017

Keenakkan Lauk Pauk Kenduri Arwah Cacat Kerana Migraine

Hi korang...

Hari Isnin yang lemau sebab masih lagi migraine..sebenarnya dah makan pain killer..dah ok cuma ada rasa sengal2 skit..ikutkan nak pi klinik kat area office ni ha...tapi malas plak..kang doktor ingat SA suka2 je cakap migraine sebab hari ni Isnin kan...

So hari ni sambil2 nak amik mood blogging SA nak citer pasal kenduri arwah sepupu SA yang meninggal last year...semalam genap setahun arwah tinggalkan kami...alhamdulillah majlis berjalan lancar..makcik SA masak sendiri je..SA sampai ngan family tgok semua dah siap..tolong la dia hidang letak kat meja buffet..biasa kenduri arwah makcik buat kat surau cuma kali ni buat kat rumah...rasa sedih sangat semalam sebab SA sangat rapat dengan arwah...arwah dah macam adik sendiri...tapi semalam rasa macam arwah ada je dikalangan kami...entahlah..bila terasa macam tu terus cepat2 istighfar..dah setahun arwah pergi dan ketiaadaan arwah sangat buat kami rasa kehilangan...

Jom la tengok gambar makanan yang sempat SA capture semalam...sebenarnya SA memang takleh nak move on...makanan semua sedap..cuma SA yang tgh migraine tak dapat menikmati dengan tenang...sampai hari ni rasa takde mood dengan migraine. Biasanya kenduri- kenduri ni lauk pauk kalau tak katering sure masak sendiri..dan family SA selalunya pilih untuk masak sendiri...macam tu jimat kan..walau agak penat..tapi kepuasan kat situ...


Masak Tempoyak Daun Kayu


Pajeri Terung


Rendang hati ayam dan pedal campur kacang panjang


Ayam masak kicap


Sayur campur


Mak Jemah yang tengah migraine


Alhamdulillah majlis berjalan lancar...walau tak ramai saudara mara dapat hadir tapi meriah...nanti nak buat lagi kenduri kat kampung..kali ni kenduri arwah atuk dan uwan dan jugak kenduri doa selamat..insyaallah tak lama lagi dan tengah cari tarikh yang sesuai...kalau boleh nak satu keturunan berkumpul..lama tak berkumpul ramai- ramai...

21 comments:

  1. betul tu sis...kalo tgh migrain..ape yg best semua jd x best... potong mood...semua tergendala..camtu la bile kene migrain ni...kdg2 yg kita plan awl2, last2 x jadik sebab x blh nak gerak gi mana2.. kang paksa diri jgk, menyusahkan orang lain plak...pastu x nak la tunjuk muka xde mood sbb migrain kat org lain...mana yg selalu kena tu, faham la..yg x kena, kang org ingat kita saja ngada2 walhal time migrain tu ape pun xblh.. cuma nak mandi, basah kepala, lumur minyak angin aromaterapi, telan ubat & tido..tu jer

    ReplyDelete
  2. kenapalah time kenduri pulak kena migrain kan SA...hihi...lauk2 tu memikat hati sungguh..

    ReplyDelete
  3. Migraine ni la paling tak best kan kak SA. Makan painkiller pun taknak hilang. Makanan sedap mana pun tak lalu nak makan kalau dah kena sakit ni. :/

    ReplyDelete
  4. Bila migrain memang satu kerja pun tak jalan. mood pun swing 360 darjah.

    Al Fatihah untuk arwah sepupu akak

    ReplyDelete
  5. Mak jemah ... migrain migrain pun menten lawa...

    Al fatihah utk arwah Sepupu SA

    ReplyDelete
  6. Sedapnya lauk pauk tu. Memang penat sikit kalau masak sendiri tapi mana nak dapat lauk macam tu kalau order katering kan. Al-fatihah untuk arwah sepupu SA.

    ReplyDelete
  7. Adooii dapnyaaa pajeri terung.. sama laa kalaunkenduri lebih suka masak sendiri walaupon penat.,dengan kecah lagi kan., 😂😂

    ReplyDelete
  8. kesian nye migraine, semua makanan tu nampak sedap2. ><".. buat kenduri lagi, hehe.

    ReplyDelete
  9. Awal-awal pagi nie tengok pajeri terung - terus rasa nak makan tengah hari tau. Hahaha. Pecah liur tengok juadah gini.

    ReplyDelete
  10. Mood terus down bila kena migrine kan . Alih-alih kena attend kenduri . By the way laup-pauk semuanya sedap belaka .teringin tengok pajeri terung tu

    ReplyDelete
  11. Sedapnya SA. Terliur tengok walaupun takde selera sebab pms. Migrain mmg sakit SA. Tak tertahan tau. Semua pun tak mau buat. Huhuhuhu... Apa-apa pun semoga SA cepat sembuh

    ReplyDelete
  12. Sedapnya semua lauk-pauk tu. Terpaling saya suka tempoyak daun kayu. Dah lama tak makan. Susah nak jumpa kat kedai makan. Nak buat tak reti...huhuhu...

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaaaa terus rasa lapar tengok menu makanan semua lagi lagi dengan nasi panas hujan2 ni hee

    ReplyDelete
  14. Sis kalau maigrain mmg tak leh dah keluar rumah, mmg kena duduk je dlm bilik..langsung x leh dengar bunyi bising.
    Lauk2 kenduri tu nampak mengancam sangat, lama rasanya x makan sedap2 cam tu, masak pucuk ubi tempoyak gan hati dan pedal tu..perghhhh terlioq dibuatnya

    ReplyDelete
  15. Tengok masakan kat blog SA ni memang tak pernah mengecewakan. Membuka selera lagi. Take care tau.

    ReplyDelete
  16. Aduhhh lauk dah sedap. Sekali migraine plak. Hahahaha. Redha lah sis. Nanti cari majlis lain. Hahaha

    ReplyDelete
  17. daun kayu? ke daun ubi kayu?

    Kalau migrain, elok jangan makan pucuk ubi... Memang azab la jawapannya....

    ReplyDelete
  18. Adui kebetulan bukak blog kak SA memalam gini, berkeriukk perut berbunyi haha.
    Get well soon akak.
    Ubat migrain paling mujarab bagi Annur, so far..tido je haha

    ReplyDelete
  19. Menu masakan kampung paling syok untuk di layan kalau pergi kenduri.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah