Tuesday, March 27, 2018

Cuti Pun Kena Masak Tau......

Hi korang....

Sediakan tisu...cepat sediakan..hahaha..sekali lagi menu dari dapur Suriaamanda menghantui korang...haha..entry wajib kan..nak buat cane korang..SA memang minat memasak..so share la kat sini jugak selain instagram kan...at least korang seperti biasa bleh refer idea nak masak lauk apa..eleh...koang pun suka kan sebab tak yah nak fikir panjang nak masak apa..ting!!dapat idea dah..ye tak...
Balik dari Genting Highland bawak Dania jenjalan tu kan..abah amik kat Terminal 1 Seremban..ye..tak pergi bawak kereta de..tak kuasa nak naik genting bawak kereta..pergi naik bas je..senang..okey sambung balik..balik jer dari GH sampai kat rumah abah mintak masakkan sambal ikan bilis petai..bahan semua dah siap katanya...walaupun kepenatan SA masak jugak la...kesian plak kat abah...siang tu dia temankan mak pi cuci darah kan....

Jom tengok gambar.....


Sambal Ikan Bilis Petai


Singgang Kerang


Daging Cincang Masak Lemak Cili Api


Ikan pari kering ( abah buat sendiri)

Lepas tu Ahad lepas bawak Mak balik kampung SA singgah kat Terachi...beli itik salai seekor walau agak mahal...tapi berbaloi..seekor itik tu boleh masak rendang sekuali besar...sape masak? SA kalau dah sampai kat kampung SA la yang masak..sapa lagi kan?


Sebelum jadi rendang


Rendang Itik Daun Puding


Haaaa...itu jer la yang SA masak..tak campur yang masak rendang ayam masa birthday Dida dan Opick..bukan apa..tak dan nak amik gambar..semua tergesa2 nak potong kek..kebetulan hp buat hal plak..erm..macam tau2 je orang tgh ada duit handphone ni...ngek betul...

okey korang...sapa takde idea nak masak..bleh refer sini..usah ditanya menu rendang eh..hahaa..blom rajin nak up menu rendang..SA sibuk dengan tugasan hakiki...ada masa nanti SA up resepi rendang SA ok...insyaallah...

Dah..dah...pi lap air liur tu.....menjejes je SA nampak.....


35 comments:

  1. semua lauk tak nak kalah tuuu...sha suka sgt kalau daging cincang masak lemak cili api...kalau arwah ayah sha ada..blik kmpung wajib lahh..

    ReplyDelete
  2. nama je cuti kak SA tapi tetap kena masak kan. Banyak jugak lauk yang dimasak.buat terliur je tgk

    ReplyDelete
  3. sedap2 menu nya....masak sendiri lagi puas hati makan kan SA

    ReplyDelete
  4. Ya Allah kak SA. Sedapnya makanan2 ni semua. Mau bertambah nasi ni.

    ReplyDelete
  5. kalaulah saya jira kak SA kan best.. kihkih ada hati nak ngendeng lauk kak SA

    ReplyDelete
  6. Cuti tetap kena masak sebab tiada istilah cuti makan... melainkan bulan puasa tapi x cuti jugakkan kena makan berbuka puasa dan bersahur... sedap lauk-lauk tu terliur dan terpaksa lap air liur...

    ReplyDelete
  7. Akk kenapa akak rajin sangat masak. Huwarghhh kenapa sedap sgt2. Ada rendang itik ada sambal bilis petai. Aduhhh kak semua sedap haihhh...

    ReplyDelete
  8. SA nih, nnti klu dh bosan keje mkn gaji sila bukan kedai mkn ye.... tgk mskan SA mmg menggoda betul... msk utk cuti ke ujung minggu pun lahai sedap2nya sume.... tingin nk rasa airtgn SA

    ReplyDelete
  9. hahaha setiap kali lapa mmg g tgk blog kak tau..sebab dapat idea nak masak ape hehe

    ReplyDelete
  10. Allahu... Kejam nya entry ni. Semuanya sedap-sedap. Menjejes ailio dibuatnya. Sebelum ni kita tak makan itik. Tapi lepas try satu kedai yang jual itik salai masak lomak, terus rasa nak makan lagi. Sedap rupanya daging itik yer ☺

    ReplyDelete
  11. adoi lapar tgk menu2 masakan ni SA...yummmm

    ReplyDelete
  12. First impression sye bila tgok petai tu, amboi menyengat. Sodap boto tengok. Pandai akak masak.

    ReplyDelete
  13. I nampak petai! My favourite...

    Pandainya masak... tak pe la.. janji sekeluarga dapat makan sedap sedap belaka

    ReplyDelete
  14. Sedap sgt ni kak SA..lapo balik jadinya tengok lauk ni..tak pernah try rendang itik..teringin nak masak nnt..

    ReplyDelete
  15. Ala,. Akak tak makan petai,akak mesti kuis letak tepi. Tak pandai nak makan . Mungkin suatu hari nanti. Ikan pari kering buat sendiri. Mesti sedap goreng garing-garing.

    ReplyDelete
  16. Akak ni kalau masak mesti banyak menu ya. Terliur sungguh dibuatnya. Semua menu tu saya makan. Rendang itik pernah rasa baru 2x kawan dr Melaka buatkan. Bila nak masak untuk kita ni kak?? Open house ke??

    ReplyDelete
  17. Cuti ke tak , ada ja kan tanggungjawab nak kena dibuat. Akak nak cuti yang sebenarnya kena pergi jauh - ME TIME. Rajinnya masak macam-macam menu sis.

    ReplyDelete
  18. Benci sangat masuk kat blog akak ni sebab tengok masakan tradisional ni memang menggiurkan tengok yang rendang tu memang sedap tapi kita kurang makan itik hehehehe...

    ReplyDelete
  19. alahaiii akakkk. sambal petai tu tak boleh move on.. sedapnya tu boleh tambah nasi berpinggan2. haha

    ReplyDelete
  20. Kalau masuk blog SA nie memang lapar je manjang.. Lauk pauk semua sedap belaka..

    ReplyDelete
  21. Mana ada erti cuti ketika cuti sekolah, cuti peristiwa dan cuti sakit. Masak Wajib kena masak. Agar kita tak serabut ngan amukan orang lapar. Hahahaha

    ReplyDelete
  22. Fuhh sedap2 belaka ni kak! Menggiurkan! Rindunya nak makan balik rumah. Air tangan mak jugak yang tak boleh lawan kan. Terbayang mak saya kalau waktu cuti sekalipun selalu pening nak masa apa. Haha.

    ReplyDelete
  23. Rajinnya SA masak tiap-tiap hari. Kena tidur rumah dan berguru dengan SA macam ni.

    ReplyDelete
  24. kami pernah makan rendang daun puding.. sedap!

    ReplyDelete
  25. Untungnya lelaki mana yg dapat sa ni. Hehehe. Pndai masak. Especially masakan kampung mmg rare pompuan sikit blh masak

    ReplyDelete
  26. Sedapnya semua menu! Terliur betul eeeiiii kita dh la tak reti sangat masak best macam ni nak kena minta sape masakkan.....

    ReplyDelete
  27. Walaupun cuti tetap juga kena masak kan kak..menu akak masak memang terbaik

    ReplyDelete
  28. betul walaupun cuti tetap kena masak nak pula husband jenis suka makan masakan kita, malam dia dah requested nasi panas, sardin, telur dadar, ikan bilis goreng paling.... nampak ada kerang, semalam baru je makan kerang bakar. fuh...

    ReplyDelete
  29. Sedapnya ikan pari kering, kak biasanya masak asam pedas jer..rendang itik pun dah biasa masak, anak-anak memang suka itik panggang.

    ReplyDelete
  30. Oh goodness all of these look so good! The sambal ikan bilis is a fav. And yes completely understand that there is no breaks when it comes to any holidays- need to cook always for the family.

    ReplyDelete
  31. Wah ibu yang mithali. Pengorbanan ibu memang tidak dapat disangkal lagi. Terliur ika tengok menu yg sis suria masak

    ReplyDelete
  32. Wah ibu yang mithali. Pengorbanan ibu memang tidak dapat disangkal lagi. Terliur ika tengok menu yg sis suria masak

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum kak SA, terima kasih atas balas kunjungan ke blog onie nah, maaf sangat lambat memberi kunjungan di sini. Akak, singgang kerang tu, pertama kali dengar dan apa la rasa dia kan, nanti la nak try masak. Teringin nak rasa air tangan kakak kita sorang ni,hehe

    ReplyDelete
  34. Pergghhh.. rendang itik tu menawan hati..
    Moga mak dan abah SA sihat sentiasa hendakNYA.

    ReplyDelete
  35. tak pernah lagi try rendang itik. tak pernah terniat pun nak try hehe. rasa dia cm ayam la kan hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah