Wednesday, March 21, 2018

Alternatif Sarapan Sihat Untuk Pagi yang Sibuk

Yogurt Fernleaf baharu dengan kelazatan rendah lemak dan kurang manis 

Hi korang...sekali lagi SA diberi kejutan....hehehe...kejutan la sangat kan...surprise dari Fernleaf Malaysia pulak...tengah sibuk buat kerja dapat call dari wakil Fernleaf nak hantar barang...wah..seronok betul hati dapat cooler bag dan Fernleaf Yogurt. Memang ngam- ngam masa minum pagi SA...lepas ni dah boleh mulakan hari korang  dengan sihat dan ceria bersama Yogurt Fernleaf baharu, diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand untuk memberikan kebaikan tenusu kepada warga Malaysia yang sentiasa sibuk pada waktu pagi!Selain itu boleh juga ubah cara pemakanan rakyat Malaysia ke arah sesuatu yang menyihatkan, betul tak?






Yogurt Fernleaf merupakan keluaran terbaru dari jenama tenusu ini, yang mempunyai warisan dan dipercayai sebagai Trusted Goodness TM oleh para ibu di Malaysia untuk keluarga mereka. Semenjak 30 tahun yang lalu, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan produk susu yang berkhasiat untuk menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang. 


SA memang suka yogurt, tak kisah la apa jenama sekali pun dan semestinya Yogurt Fernleaf baru pertama kali SA cuba. Dengan tekstur lembut berkrim, rangkaian yogurt baharu ini merupakan pilihan yang lebih sihat dan lazat untuk seisi keluarga. Yogurt Fernleaf mempunyai logo ‘Healthier Choice’ yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memenuhi kriteria kesihatan yang telah ditetapkan, iaitu rendah lemak dan kurang manis. 


Yogurt Fernleaf kurang manis berbanding jenama-jenama yogurt yang lain. Ia begitu digemari ramai sehinggakan satu tinjauan pengguna mendapati bahawa 9 daripada 10 orang yang mencuba Yogurt Fernleaf akan menggantikan jenama yogurt yang biasanya mereka makan dan juga 99% pengguna akan menyarankan Yogurt Fernleaf kepada keluarga dan rakan-rakan mereka.

“Waktu pagi boleh menjadi waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan keluarga di Malaysia. Kebanyakan orang hanya sempat merias diri buat seketika sebelum bergegas untuk ke sekolah atau tempat kerja untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Oleh itu, mereka biasanya tidak mengambil sarapan. Namun kita semua juga tahu akan kepentingan sarapan dalam memberikan tenaga untuk memulakan hari.

“Dengan Yogurt Fernleaf, anda dapat memulakan hari anda dengan betul! Walaupun pada pagi yang paling sibuk sekalipun, yogurt merupakan sarapan yang mudah, lazat dan juga tidak mengambil masa yang panjang. Anda tidak perlu lagi mengalami rasa lapar pada waktu pagi! Alternatif yang mudah dan enak ini dapat membantu seisi keluarga menjalani hari mereka dengan penuh bertenaga,” kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia.



Perisa Strawberry


Perisa Asli


Perisa Mangga


Perisa Berry Campuran



Yogurt Fernleaf boleh dinikmati begitu sahaja, namun ianya juga enak apabila digabungkan dengan snek sihat yang lain. Contohnya, anda boleh mencampurkannya dengan oat, bijian, kekacang dan buah beri di dalam sebuah balang untuk menghasilkan oat semalaman yang menarik sebagai sarapan yang mudah dan mengenyangkan.

Atau, campurkan muesli yang rangup atau granola dengan Yogurt Fernleaf untuk sarapan yang memuaskan!

Pada waktu pagi di hujung minggu, apabila anda kurang sibuk, berikan keluarga anda suatu kejutan gembira dengan salad telur yang berkhasiat dan lazat, dengan menggantikan mayonis dengan Yogurt Fernleaf yang sememangnya lebih sihat. Sajikan salad tersebut di atas roti gandum penuh dengan taburan kacang walnut, dan ianya akan menjadi permulaan yang baik kepada hujung minggu yang menyeronokkan!

Yogurt lazat tersebut bukan sahaja sesuai sebagai sarapan, malah ianya juga sesuai sebagai snek sepanjang hari! Sebagai pemberi tenaga di waktu siang pula, anda boleh membuat smoothie yogurt dan buah atau sos celup untuk seleri, pisang, lobak, timun atau biskut gandum dengan yogurt. Anda juga boleh menjadikannya sebagai dressing bagi salad anda.


Yogurt Fernleaf boleh didapati dalam beberapa perisa yang lazat – asli, strawberi, beri campuran dan mangga, setiap cawan adalah seberat 110g dan berharga RM1.50.Mulakan hari anda dengan betul bersama Yogurt Fernleaf yang lazat dan mudah untuk gaya hidup anda yang sibuk! Ia boleh didapati di pasaraya dan kedai di seluruh negara. Macam- macam idea kita boleh buat dengan yogurt kan...selain makan begitu sahaja boleh aje dicampurkan dalam makanan lain..


Tentang Fernleaf
Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf memberikan khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand ke Malaysia, menyediakan susu yang berkhasiat bagi para keluarga agar mereka dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Dengan pengalaman dalam industri ini selama lebih daripada seabad lamanya, Fernleaf percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber. Hanya susu segar daripada lembu yang diberi makan rumput, digabungkan dengan sistem perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap langkah pengeluaran, dapat menjanjikan anda salah satu standard khasiat tertinggi dalam produk tenusu. 


30 comments:

  1. yogurt ni memang nampak sedap.. tapi Nurul kureng sikit.. hehehe.. tengok adik2 nurul makan, laju je.. kita nak habiskan satu tu pun bukan main payah lagi..

    ReplyDelete
  2. Yogurt ni bkn stakat untuk bfast SA.. nak buat masker pun helok... skin jd smooth..benda wajib ada kat rumah kak sha.. yogurt..tak pernah putus... buat lawas perut.. mmg 100% fav skeluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. masker. aida ada baca juga yogurt = masker, SA.
      just sendiri lom cuba lah.

      Delete
  3. takpernah try lagi. teringin nak rasa yang mangga tu. kalau yang asli tu sha letak kat muka buat mask hahaha

    ReplyDelete
  4. feveret aida la ni, SA.
    tak kira la sarapan ke, tea time ke :) ha ha ha...
    aida kalau uli doh roti, masukkan skit yogurt.
    so, yogurt memang ada la biasa nyer dlm fridge aida.
    brand ni aida lom try, will do in shaa Allah.

    ReplyDelete
  5. Dapat yogurt nih kak memang saya buat resipi baru lah.

    ReplyDelete
  6. nieyl kurang sikit...
    tapi anak0-anak buah nieyl klu letak 10 pun laju je abis..

    ReplyDelete
  7. Amboi kak!!! sedapnyaaaa yogurt! tapi sekarang ni since kita on diet, nak kena check kandungan gula & lemak dalam yogurt!

    ReplyDelete
  8. Laapr la pula bila tengok yogurt ni. Nanti Del nak cuba rasa. Kalau makan sejuk-sejuk best juga dapat hilang dahaga. Thanks for info huhu~ http://cakapsinilah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya dpt fernleaf. Sedap kan yogurt dia kak. Rendah lemak dan kurang manis.sesuai pada yg tgh diet. Makan dengan oat pun sedap.

    ReplyDelete
  10. Tak tau pulak fernleaf ni Ada keluar yogurt. Banyak flavour jugak ye. Sesuai la utk org the nak Ber keep fit macam saya ni.

    ReplyDelete
  11. Sedap sangat yogurt ni. 1st timrasa brand fernleaf. Terus jatuh cinta sebab rasa nya just nice. Anak-anak pon suka.

    ReplyDelete
  12. Wahh boleh cuba ni, kak! Saya pula memang suka yogurt cuma tak suka yang manis2 sangat. Lagipun tak elok kan. Dengan cuaca panas sekarang, makan waktu yogurt sejuk2 tu mesti best. 😃

    ReplyDelete
  13. My fav is yogurt kak. Tiap pagi kalau kena ni memang heaven. Tapi skrg kena elakkan makanan dalam peti ais. Tapi ada gak rasa sesikit jer...hihi

    ReplyDelete
  14. Pernah sekali je try yogurt ni, tak boleh pegi. My be seebab saya ni tak biasa kot. By the way, khasiat yourgut ni memang diperakui.

    ReplyDelete
  15. Bestnya dapat yogurt fernleaf..kak pun suka makan yogurt, kak campur yogurt tu dalam buah2 campuran dan tambah buah peaches sedapnya

    ReplyDelete
  16. Liez suka yogurt klau buat dgn overnight oat.. klau fernleaf ada flavour lagi senang nak buat overnight oat

    ReplyDelete
  17. Banyaknya minuman yogurt ni nak satu boleh hehehe setiap pagi satu mesti lepas ni kita akan slim melim hehehehe tapi kita suka perisa Mangga tu hehehehe....

    ReplyDelete
  18. Wah my feveret ni. Memang yogurt la satu benda yang I suka makan. Usually orang makan satu je sehari, tapi saya boleh habiskan 4 kot sehari. Sedap sangat

    ReplyDelete
  19. Bagus lah kalau macam ni. Memang saya fan dengan Fernleaf, dah ada yogurt pula boleh cuba brand ni.

    ReplyDelete
  20. LeYa pun suka makan yogurt.. Ni perisa baharu dari Fernleaf tak pernah cuba ni. Bagus juga untuk try ni.. Yummy! Sedapnya..

    ReplyDelete
  21. kena try ni. saya suka yogurt

    ReplyDelete
  22. Fernleaf is my favourite products. I love the milk powder. Have not try the yogurt products and it seems nice.

    ReplyDelete
  23. Sedapnyaaa airah memang peminat yogurt tapi tak pernah cuba jenama fernleaf lepas ni nak try yg ni pula la

    ReplyDelete
  24. Sedao kak..anak anak siao berebut lagi huhu

    ReplyDelete
  25. Nyumsss sedapnya! Kena cuba ni sebab dulu kecik2 yaya minum susu Fernleaf next time boleh try yogurt dia

    ReplyDelete
  26. Sedapnya sejuk2 dapat yougurt ni...
    Dah lama xmkn yougurt...nak kena cari yg fernelaf ni nk rsa tgk

    ReplyDelete
  27. Anak-anak Kak Sue suka la makan yogurt nie, boleh cuba jenama Fernleaf pulak lepas nie..

    ReplyDelete
  28. all this is my favorite and always use yogurt to make a healthy breakfast for myself. I wanna buy more of this and seems so nutritional!

    ReplyDelete
  29. favourite sgt yougurt :) hee sebab sedap. lagipun mudah nak dibawa kemana mana kalau dh lambat kan nak gi kerja

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah