Tuesday, August 14, 2018

Kaedah Menyimpan Daging Korban Yang Betul Agar Tetap Terjaga Kualitinya

Hi korang...

Sedar tak sedar minggu depan kita dah menyambut Aidiladha kan. Bila tibanya Aidiladha confirm ramai yang akan dapat daging korban dari masjid. So hari ni SA nak share dengan korang beberapa tips untuk menyimpan daging korban agar terjamin kualitinya..SA dapat dari group whatsaap dan terpanggil untuk share kat sini memandangkan ini adalah ilmu yang bagus untuk kita semua kan?Maklumlah...masa korban tu mesti banyak dapat daging..adakala kita lupa cara menyimpan dengan betul.





Jom kita tengok apa tipsnya

1. JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Sebelum disimpan, daging korban JANGAN dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apb daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 thn.

3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. Tips tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!!

Baarakallah
Semoga memberi manfaat

12 comments:

  1. terima kasih akak sbb sharing. Boleh praktik kan nnti. Senang kerja ni bila nak masak..:)

    ReplyDelete
  2. Nice tips kak SA.. Selalu main simpan je.. Kali ini boleh follow tips akak..

    ReplyDelete
  3. Itulah yang selalu dipraktikkan.. ;)
    Apa-apapun terima kasih di atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  4. thanx sharing SA..mmg tak tau cara simpan yg betul daging korban ni..selalu buat macam simpan daging biasa yg kita beli kat pasar tu...

    ReplyDelete
  5. Baik kak, terima kasih untuk tips ni. biasa simpan dalam bekas senang nak menguruskannya dan susun

    ReplyDelete
  6. asben selalu pesan jgn bg daging kena air

    ReplyDelete
  7. bila baca cara2 penyimpanan daging korban ni, teringat saya ada lagi baki daging korban 3-4 tahun lepas dalam freezer....aduihhhh

    ReplyDelete
  8. Good sharing SA.. Kak Sue kadang dapat banyak sebab kalau balik rumah mertua depa bagi daging suh bawak balik jadi banyak pula. Kat rumah mertua ramai pi tolong masa korban tu..

    ReplyDelete
  9. Ok boleh praktis lepas ni. Confirm byk dpt daging korban lepas ni.

    ReplyDelete
  10. Tq sharing kak. Bagus utk pengetahuan ni.

    ReplyDelete
  11. Memang bagus tips yang dikongsikan.. Terima kasih Kak SA.. LeYa share article ni ke FB LeYa ye..😁😁

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah