Monday, August 5, 2019

Kaum Adam Tidak Emosi? Betul Ke?

Hi Korang...

Macam SA cakapkan dalam entry sebelum ni yang SA nak buat entry- entry perkongsian dan berbincang dengan korang kan...so hari ni SA dah dapat satu tajuk yang kita boleh share pendapat bersama-sama.SA terpanggil nak ajak korang berbincang tentang.......

Ramai pekerja wanita lebih cenderung atau suka bertugas di bawah seliaan boss lelaki kerana menganggap kaum adam tidak emosi..betul ke?

Ada yang cakap betul berdasarkan pengalaman. Macam SA plak..ini first time SA bekerja di bawah seliaan boss wanita. Untungnya SA adalah..SA dapat boss wanita yang baik dan disayangi ramai. Sebelum- sebelum ni SA bertugas di bawah seliaan boss lelaki yang bermacam- macam ragam. Ada yang terlampau baik dan ada yang terlampau strict. Semua SA dah lalui...Nak tackle boss lelaki bukan semudah tackle boss wanita tau..kalau boss wanita kita kena memahami mereka. Insyaallah boleh jadi teman rapat dan silap haribulan dah boleh jadi teman shopping plak kan..

source from google

Ada yang berpendapat emosi lelaki boleh dikawal...ye betul..boleh di kawal tapi sebaliknya nanti tarik muka atau muncung sedepa..haaa...SA pernah alami..hahaha...

SA terbaca satu artikel ( nanti SA bagi kredit kat akhir entry ni) dan SA terpanggil untuk share dengan korang jugak..benarkah Lelaki lebih beremosi?

LELAKI LEBIH BEREMOSI?

Suatu mitos yang selalu dipercayai bahawa sebenarnya yang beremosi ialah lelaki, bukannya wanita. Meskipun dikurniakan sembilan akal berbanding hanya satu bagi wanita, tetapi dalam banyak keadaan, lelaki lebih lebih kuat mengikut emosi dan hawa nafsunya manakala wanita pula lebih tenang dan rasional.

Andai ini betul, ternyata ia satu tamparan buat lelaki yang selalunya dilihat pada kredebiliti mereka selain perwatakan yang tenang dan matang di mata para wanita terutamanya gadis-gadis. Lelaki juga sebenarnya pelakon paling berjaya di pentas kehidupan manusia di dunia ini berbanding wanita kerana mereka mampu memanipulasi akal fikiran wanita untuk mempercayai sesuatu perkara dan wanita pula lebih banyak menerima berbanding berusaha memikirkan hal-hal yang dipercakapkan oleh lelaki.

Dalam sesetengah kes, jelas sekali dua kelebihan ini, iaitu emosi dan manipulasi minda oleh lelaki, telah banyak menguntungkan kaum tersebut. Misalnya, kes-kes penipuan yang melibatkan sesetengah pasangan di mana mangsanya lebih banyak wanita, berbanding kes-kes terpencil yang melibatkan lelaki sebagai mangsa.

Emosi kaum lelaki sebenarnya  berbahaya kerana mereka cenderung menggunakan tindakan fizikal berbanding wanita yang lebih halus dan sentimental. Lelaki yang beremosi pula selalunya tidak berupaya menggunakan kesemua daya akal yang dimiliki, atau dalam erti kata lain, tak sampai ke tahap yang sepatutnya ketika mereka menimbangkan sesuatu perkara.

Misalnya, dalam kes hilang dara sebelum kahwin, sesetengah lelaki melihat perkara ini dengan pandangan emosi yang lebih tinggi berbanding memikirkannya secara rasional. Sesetengah lelaki tidak dapat menerima wanita yang ‘rejek’ akibat zina sebelum kahwin manakala sesetengah yang lain masih boleh menerimanya dengan hati yang terbuka kerana menganggap ‘dara’ itu hanya satu lapisan nipis dalam kehidupan wanita yang tidak perlu diperbesarkan  sehingga meruntuhkan suatu ukhuwah.

Keadaan menjadi parah apabila lelaki-lelaki tersebut menggunakan pertimbangan emosi untuk menghukum wanita-wanita yang hilang dara sebelum kahwin, melabel dengan pelbagai istilah seperti jalang, rosak dan kotor. Namun adakah mereka sedar akan perasaan wanita-wanita tersebut? Bagaimana dengan hak mereka mendapatkan kehidupan yang lebih baik seandainya mereka sudah insaf dan berubah?

Emosi lelaki juga amat koheran dengan ego tetapi percayalah, tidak ada lelaki yang terlalu kental dan keras jiwanya. Pada masa-masa tertentu, mereka juga sebenarnya boleh disentuh dan tersentuh. Inilah titik misteri yang seharusnya dicari oleh setiap wanita supaya mereka juga boleh memanipulasi lelaki!

Justeru dakwaan umum bahawa lelaki juga beremosi sebenarnya tepat dan wajar. Emosi di sini bukanlah bermaksud lemah jiwanya tetapi lebih merujuk kepada pertimbangan halus dalam juzuk-juzuk perasaannya, sama ada ia legap atau boleh lut dengan asakan-asakan tertentu yang menimpa dirinya. Lelaki juga tidak harus malu untuk menangis, tetapi bukanlah lelaki yang hebat jika memilih jalan menangis sebagai proses melegakan tekanan.


Apa pendapat korang?

Ada pengalaman di bawah seliaan bos lelaki?

Jom kongsi....

11 comments:

  1. setakat ni selesa bekerja dengan both lelaki dan perempuan.
    tapi saya pernah buat 1 entry few years back pasal bos lelaki dan perempuan. Rasanya kalau bab mengambil berat bos lelaki saya lebih caring kot. Mungkin tu cara dia dibesarkan. Kena selalu ambil berat pasal orang sekeliling.

    ReplyDelete
  2. hmmm....ada lebih dan ada la kurangnya...
    bos lelaki marah masa tu je..lepas tu dah hambur semua...dah habis...
    Bos perempuan...hmm...kes yang dah settle 3 bulan lepas pun dia ungkit balik bila dia tak puas hati kat benda lain...hahaha

    ReplyDelete
  3. Ju banyak pengalaman dengan bos lelaki dan wanita...kedua-duanya ada pro dan cons...ikut rezeki kan, kadang ada yang sporting, terkadang ada yang pelik2...apa-apa pun kita buat kerja ikut SOP dan landasan yang betul...kalau arahan bercanggah dan tidak betul pun kita sebagai pekerja ada hak untuk bersuara secara rasional dan tidak menjatuhkan air muka sesiapa...

    Mcm juju, juju amal respect dan SOP kerja...kalau kedua2 itu mereka tak amal, juju pula yang bertegas haha. Kerja2...tang bila main, mainlah puas2.

    ReplyDelete
  4. bos atas ana perempuan dulu. sporting dan sangat memahami. berbeza dengan top bos lelaki yang bossy.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi ada pengalaman kerja dengan bos lelaki dan perempuan sebab masih belajaršŸ˜…. Tapi berdasarkan pemerhatian saya, bergantung pada individu tu sendiri. Lebih kepada personaliti atau environment seseorang tu dibesarkat kot.

    ReplyDelete
  6. betul jugak..emosi lelaki ni kdg tu berlebihan..kita pmpuan sllunya lebih cool

    ReplyDelete
  7. saya pernah kerja bawah bos laki, mudah nak bincang, mudah slow talk, byk ajar apa yg saya tak reti... boss perempuan pulak sebalik nya. Hummmm

    ReplyDelete
  8. dana pernah kerja di bwh boss perempuan tp lama dulu, skrg mmg boss lelaki jelah... dh jaga 4 org bos lelaki mmg mcm2 kerenah, n cara ... mmg ada yg cool mmg ada yg jenis ikut emosi, bila bt pertimbangan ikut emosi tu yg payah

    ReplyDelete
  9. Pembawaan diri masing2.
    Tak kira lelaki r perempuan, masing2 berbeza karenahnya.
    Nasib baik wak kerja sendiri, sendiri boss, sendiri kuli.

    ReplyDelete
  10. pernah keje ngan dua2 bos lelaki & pompuan...ok dua2 tp yg bos pompuan kdg2 emosi lebih la skit dr bos lelaki

    ReplyDelete
  11. personal opinion aida yg bekerja bwh bos pompuan & bos lelaki.
    aida prefer bos pompuan, SA. memang cerewet, rumit, tapi logik.
    and if kita boleh folo cara dia, amik ati dia, we can be bestfriend.
    but, dpt bos lelaki yg cerewet, Allah, sukar.
    emosi diorang mcm ntah hape-hape. arahan tak rasional. kekadang perli tak bertempat.
    then, tak ikut arahan dia. abis lah kita.
    kita ni dah le kakitgn kerajaan. nak lari ke mana, SA. nanti prestasi abis kena tenyeh!!!
    compare dgn bos pompuan, boleh bwk bincang. boleh kautim.
    janji follow je cerewet dia. she will b ok.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah