Thursday, August 1, 2019

Order Grab Food Lagi....

Hi korang...

Hari ni SA sedikit busy, rasa takde masa nak keluar...then macam biasa la order grab food, 2 kali order tau...ada kisah x tau la nak kata kelakar ke apa..SA mula- mula order Nasi Goreng Seafood, nasi goreng dia tak ok..sawi yang dia guna goreng hangus dan hitam, lepas tu dalam nasi goreng ada baby sotong sekor2..udang 2-3 ekor yang jenis kulit keras tu dan ada bau skit...lepas tu kan..paling x leh blah SA terkunyah plak bunga cengkih...omg....terus potong rasa nak makan tau...weird sungguh rasanya...haaaa..bukan SA nak mengada-ngada mengalahkan diva eh..cuba korang terkunyah bunga cengkih..stress ke tak....perut lapar ni...bila jadi macam ni memang SA stress giler..nampak x ..nak makan pun stress...tu la..padan muka sendiri sebab malas bawak bekal kan..then SA order lagi sekali grabfood..nak keluar memang x kuasa la kan..jam dh 1.30pm...bukak apps semula..tgok duit banyak lagi..then scroll lagi to order...nampak restoran Ali, Muthu dan Ah Hock. SA mmg suka makan kat sini dan biasa makan kat Ara Damansara. Then SA yerus je order..rupanya restoran ni dh ada 3 cawangan baru...paling dekat kat Petaling Street..order la Mee goreng Muthu.....Sebelum ni SA pernah review..makanan dia memang sedap...paling popular Nasi Lemak Ayam Berempah dia...memang best....tapi dah tengahri takkan nak makan nasi lemak kan?


Lama dah tak lepak kat restoran ni kat Ara Damansara..la ni senang..teringin jer order je kat Grabfood...


Macam biasa portion besar, bahan banyak, ada kuih cucur, udang dan daging ayam...sayur pun segar..best...memang puas hati...

Tak mahal ke guna Grabfood ni?

Mahal la sikit dari pergi makan kat Restoran tu...ala...SA nyer konsep senang je...asalkan perut kenyang, mahal sikit tolak ketepi..nak makan sedap tapi malas nak keluar kan...pas tu siap ada orang hantar lagi sampai depan office..apa ada hal, lagipun dengan cara ni je kita dapat bantu adik- adik grab rider yang ikhlas mencari rezeki kan..gigih tau diorang nak pergi pick up order dan hantar kat kita balik..berapa jer gaji diorang dapat kan..untuk diorang SA bagi la rate 5 star dan tambahan tips..itu jer cara nak tolong orang kan...untuk order ni SA redeem grab voucher RM5 dan SA hanya bayar RM13.00.. SA punya point grab pun dah banyak..so tolak situ jer untuk caj penghantaran..Seremban ntah bila nak ada Grab Food ntah...kalau ada kan senang..

Jadinya berbaloi ke tak guna Applikasi Grab Food ni?

Untuk manusia pemalas bawak bekal macam SA ni..ianya sangat berbaloi...hahahaha....

18 comments:

  1. Selalu nampak motor grabFood ni lalu, tapi tak pernah berkesempatan guna pun.

    ReplyDelete
  2. Kita kalau lapar biasanya order Food Panda. Grabfood tak pernah try lagi. Nanti bolehlah install tengok, apa restoran yang menarik dia cover

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak Restoran dia cover..semua ada tersenarai dalam apps tu...

      Delete
  3. Takmo try Food Panda lak ke kak? Haha. Suggest kat orang, tapi kita dedua tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah download apps, tp hp jadi problem sebab banyak pop up..

      Delete
  4. Sedapnya kak mee dia tu..Grab food ni bagi saya oklah. dri nk keluar cari parking, masa lagi kan..

    ReplyDelete
  5. Kat umah kita mcm xda lgi grab food. Yg ada eat deliver.. Mcm akak gak.. Kalau ni mmg bg tips lebih pun kt diorg.. Anggap sedekah... Moga murah rezeki diorg n kita gak kan. Mai dengan anak2 ni kdg2 malas nauuu nk kluar mngangkut tentera ni

    ReplyDelete
  6. Rumah Sis baru ada Food Panda je, Grab Food Sis tak install dan nengok lagi, pun belum test order lagi, balik JB ni nak try order hehehe

    ReplyDelete
  7. Semuanya di hujung jari sekarang
    Asalkan wallet penuh berisi

    ReplyDelete
  8. Samalah prinsip kita, Kak SA. Tak pe bayar lebih sikit asalkan kita puas hati dengan kualiti makanan yang dibeli.

    ReplyDelete
  9. pada aida, berbaloi, SA. makanan terus sampai ke muka pintu.
    tak perlu kita nak merayau mencari.
    kena kira kos tenaga, kos petrol kereta, penat, masa... kan?
    memang la mahal skit. servis dia lagi. kena la top up.
    setuju dgn semua yg SA kata. dia bantu dia. moga kita dan dia sama membangunkan ekonomi negara, kan.

    ReplyDelete
  10. Yeah... Teknologi hari ini. Tapi betul lah.. Memang kalau kita mudahkan uruaan org.. InsyaAllah, Allah mudahkan urusan kita. Tak salah kan sesekali bantu adik-adik GrabFood tu sikit duit poket dorang..😁

    ReplyDelete
  11. menariknya kak... suka nengok akak tunjuk makanan grab food, yelah kak kalau boleh mudah kn kerja harga mahal sikit pun takpe

    ReplyDelete
  12. bestnyaaa sekarang ada grabfood kan..

    ReplyDelete
  13. Grabfood tak masuk Pulau Indah. Huhu...

    ReplyDelete
  14. Sama SA..saya & asben pun kdg, makan malam order kat grab food la..food panda la..haha..dasar pemalas nak keluar...

    ReplyDelete
  15. Sama SA..saya & asben pun kdg, makan malam order kat grab food la..food panda la..haha..dasar pemalas nak keluar...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah