Thursday, August 8, 2019

Bermula Misi Menjaga Pemakanan

Hi korang....

Semalam mc kan...lepas balik dari hospital terus masak...masak pun menu yang sihat jer ha...sayur jer la sihat..menu lain tu macam tak sihat gak kan...tapi semalam memang SA makan sikit ikan tu..then lebihnya makan sayur...ulam mini timun tu siap ada sambal belacan kan..tapi cicah ala- ala jer la bagi rasa skit..hahaha...aci tak? kira sihat la kan..nasi dah tentu- tentu makan nasi basmati...kira dah sihat dah tu..

Ye la korang....semalam doktor dah bagi amanat dah...

Dr Surgeon: Parizan..untuk sementara ni awak jangan makan pedas..no chilli at all, no daging, no kambing and no seafood. Sementara sahaja ye..sampai dh betul2 elok..makanan pedas punca asid reflux banyak dalam perut.. perut you buat masa ni sihat dan takde masalah..jaga pemakanan je..

Dr Marina : Parizan tekanan darah awak cantik sangat...semua ok kecuali bad cholesterol dan uric acid sedikit tinggi. No kacang tanah, no makanan bergoreng, no fast food, less seafood, no red meat dan banyakkan daging putih, sayur serta buah...liver, kidney semua cantik, jantung takde masalah dan banyakkan senaman ye..awak nampak dah kurus tapi banyakkan senaman jugak...so saya jumpa awak semula Oktober nanti..

Bermula la semula peraturan baru dalam kehidupan...JAGA PEMAKANAN...sebelum ni jaga tapi tak cukup jaga rupanya


Sayur Bok Choy kukus soy sauce..senang jer nak buat, kukus bok choy tu dalam 4 min, then goreng bawang putih 2-3 biji sampai naik bau, soy sauce sesudu, masukkan sos tiram sikit dan tuangkan air..dah mendidih tutup api dan curahkan atas sayur bok choy tadi..no garam at all ye...


Ikan masak lemak cili api...ni pedas skit..tapi SA amik isi ikan je...


Timun mini belah 2 je..sedap timun ni buat ulam..crunchy dan lemak- lemak manis


Senget plak...malas nak rotate..sambal belacan...

Untuk minum petang SA goreng cucur badak dan karipap sardin yang SA beli Jumaat lepas..frozenkan..baru nak goreng semalam..SA makan seketul je each kuih...




SA masih sesuaikan diri untuk pemakanan yang sihat...ikutkan yang bergoreng tu x sihat ye...hahaha...entah macam mana la nak disiplinkan diri ni...SA ni jenis cepat plak terjebak..lepas ni makan tengahari kena pandai manage...maybe kena start bawak bekal semula ni...dan banyakkan lauk sayur dan ikan...no cili..bak kata doctor..tapi tu la...suram hidup tanpa makanan pedas..nama pun org Nogori kan...

Damn u bad cholestrol and Uric Acid!!!!....

Lepas ni kena google menu sihat selalu....

12 comments:

  1. Get well soon kak. Kena jaga makan tu kak

    ReplyDelete
  2. Sis pun sama, Doktor pesan jaga pemakanan tapi harini balik dr KPJ alhamdulilah semua elok, termasuk kolestrol jahat dan kolestrol baik sekalipun semua good! Alhamdulilah...
    Berkat dah hampir sebulan ni cut sugar...

    ReplyDelete
  3. nak taknak kena jaga kesihatan la kak, takpe sementara nak sihat balik :)

    ReplyDelete
  4. kena kawal nafsu sebenarnya ni...especially nanti bila kawan-kawan ajak gi lunch sesama kan. You can do it SA!!

    ReplyDelete
  5. Memang susah nak kawal pemakanan.. U can do it kakak..

    ReplyDelete
  6. Singgah sini 🙋 jmpa blog ni di fb..

    ReplyDelete
  7. Takpe kak. Sementara je kan. Nanti dh ok boleh lah makan pedas blk tp kena kawal juga la kan.

    ReplyDelete
  8. nak start tu yg becinta.. tape SA. nti biasa tu, nak mulakan payah.. caiyokkk SA

    ReplyDelete
  9. Saya yg gumuk bilalah nak start..

    ReplyDelete
  10. moga terus istiqomah dlm amalan makanan sihat, SA.
    mudah2an kesihatan beransur ok ye.
    aida pun now, weekdays, cuba utk amalkan pemakanan sihat & kurang makan.
    not so IF la. just lebih kurang IF.
    puasa isnin khamis. num air putih secukupnya.
    kena jaga pemakanan bila dah 40-an ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah