Saturday, August 24, 2019

Hong Leong MSIG Takaful Menganjurkan Majlis Qurban Amal Bersama ILPKB dan Kemudi


Hi korang....
Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) telah menjayakan Majlis Qurban Amal bersama Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu (ILPKB) dan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi).

HLMT telah menyumbangkan dua ekor lembu untuk sesi penyembelihan dan disusuli dengan sesi melapah daging secara beramai-ramai. Daging tersebut diagihkan kepada masyarakat setempat.
Acara bergotong-royong memasak jamuan tengah hari untuk 300 orang tetamu yang hadir ke majlis itu telah dilaksanakan oleh HLMT bersama badan-badan organisasi tersebut.

Sempena majlis ini juga, HLMT turut menyumbangkan sumbangan berjumlah RM5000 yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Asri bin Omar kepada Rumah Kanak-Kanak Mini Kelantan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan pengurusan rumah tersebut.
Majlis Qurban Amal ini adalah anjuran kali ke-2 oleh HLMT. Pada tahun lepas, dua ekor lembu telah disumbangkan dan diagihkan kepada Rumah Anak Yatim Yayasan Ar-Rahman, Pasir Puteh.
Upacara Qurban Amal ini adalah salah satu usaha HLMT untuk bersama-sama di dalam program pembangunan masyarakat di samping menunaikan tanggungjawab sosial korporat syarikat.

3 comments:

  1. alhamdulillah...usaha yang baik...HLMT ni company husband ni...tapi husband HLMT KL...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..satu usaha yg murni..:)

    ReplyDelete
  3. Bagusnya program macam ni. Sumbangan yang dilakukan memang sangat bermakna untuk mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah