Friday, August 30, 2019

Konsep Boikot Yang Sebenarnya...

Hi korang...

Sana- sini ramai yang out spoken tentang boikot barangan kan...SA pun terpanggil untuk share kat blog ni tentang boikot memboikot ni..Pada SA boleh jer dan bagus je nak boikot segala tapi kena tau konsep boikot itu sendiri dan bukan membuta tuli kan. SA dapat banyak jer invite untuk join grup- grup support dan boikot product non muslim ni..dapat gak sms dari nombor- nombor yang SA tak kenali, siap text semua ayat yang kurang adab...sedih la..Islam tak macam ni kot..SA bukan nak pertikai usaha umat- umat islam..tapi ada jalan yang terbaik..Kempen- kempen ni semua bagus..tapi jangan sampai menimbulkan perbalahan antara kaum..Kita nak hidup dalam negara yang aman damai..takkan nak berpecah belah dan berperang untuk menegakkan keadilan..Tak mo la gaduh- gaduh kan..



Konsep boikot sebenarnya macam ni 

Dahulukan produk/perkhidmatan muslim dan jika tiada pilihan atau terpaksa, maka ambilah juga produk non muslim yang dijual di kedai Muslim, sokong peniaga kita sebab mereka pun bayar zakat, pilihan di tangan anda. Ingat perkataan DAHULUKAN. Walaupun, ianya sedikit mahal, tidak mengapa. Dan jangan beratkan otak fikir kedai-kedai runcit/pasaraya/mini market tu milik siapa. Itu tak penting pun..kena ingat banyak ke kedai- kedai muslim dalam area korang? Mall jugak yang kita semua jejak akhirnya..contohnya nak beli pakaian, product elektrik dan segala keperluan lain..Kena fikir semua tu..tak semua produk kegunaan harian kita ada keluaran muslim...

Contoh, di tempat kita hanya ada satu pasaraya, dan ianya kepunyaan non muslim. Masuklah jugak, dan cari produk muslim sahaja.  Tak perlu boikot barangan lain....bila dah takde product muslim kat pasaraya tu dan kita memerlukan sangat, tak salah ambil product bukan keluaran muslim Atau keluar dari pasaraya dan cari di tempat lain. Kan?





Pegang pada satu ayat ni :

"Jika belum mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua"walau sedikit, lama2 ianya akan tetap nampak hasil. Ini tak...orang suruh boikot kita boikot tapi at the end bila dah bosan cari balik barang keluaran non muslim. Kenapa nak susah kalau ada jalan mudah kan?

Semoga kempen yang kita semua nak buat ni berlangsung dengan aman dan dapat memajukan perniagaan Bumiputera kita. 

12 comments:

  1. better kita sokong produk muslim sebab depa bayar zakat dapat tolong ramai golongan asnaf

    ReplyDelete
  2. Betul SA..setuju sangat..skrg ni bukan senang nak cari kedai2 muslim..kebykan pasaraya mmg majoriti jual produk bukan muslim..apa pilihan kita masa beli tu..nak jugak cari produk muslim..sila la keluar, cari kedai yg jual barangan muslim..tapi kalau malas & renyah nak cari pulak kedai yg khas jual brg2 muslim, kita beli apa yg ada kat pasaraya tu..islam itu mudah..islam tak pernah suruh umatnya membenci bangsa-banga lain..apatah lagi konsep boikot ni..zaman skrg orang ni jenis mengikut je apa yg viral kat sosial media..jenis malas nak selidik...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun setuju sangat, jgn keterlaluan... kita hidup berbagai bangsa, takmo lah ada yang sampai buat bangsa lain tak selesa kan, berpada2 bg sya

      Delete
  3. Tepuk dada pandanglah sekeliling­čî╣­čî╣

    ReplyDelete
  4. dana setuju ngn SA, dana pun amalkan konsep gitu, ramai jgk yg ajak join grup2 boikot tu tp dana tolak sbb bila baca tu, rasa tak selesa dgn caraa dan perkataan yg di hamburkan... bg dana, dana akan cari yg keluaran muslim tp kalau takde selagi ia di yakini halal dana beli, tak nak la jadi fanatik sangat ....

    ReplyDelete
  5. setuju dengan SA. Dahulukan barangan keluaran Muslim. Tak perlu nak boikot tak tentu hala, panaskan line sana-sini. Pilihan di tangan kita.

    ReplyDelete
  6. sama la macam musim boikot produk israel dulu...utamakan produk bukan israel dulu, selagi ada alternatif...kalo memang terdesak sangat dan takde replacement, baru dibolehkan guna barangan israel tu

    ReplyDelete
  7. betul.. if ada produk yang muslim jual, kita beli. if takde, kena la juga beli yang keluaran lain. tak semua barang-barang keluaran muslim mudah didapati atau ada dikeluarkan so jangan membuta tuli nak boikot.

    ReplyDelete
  8. sy tak faham sbnarnya konsep boikot nie.. tp sy mmg lebih utamakan produk muslim atau peniaga muslim..

    ReplyDelete
  9. Well said kak.. Saya setuju part ni.. Nak boikot boleh... Tpi jangan la sampai boikot mbuta tuli

    ReplyDelete
  10. Sokong sangat dengan perkongsian akak ini.. Support produk muslim..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah