Thursday, August 15, 2019

Dendam Tidak Baik Untuk Kesihatan

Hi korang...

Hari ni SA nak share tentang dendam..dendam merupakan penyakit hati yang kronik dan selalunya ianya berkaitan dengan sakit mental juga. Pernah korang berhadapan dengan situasi orang berdendam? atau korang sendiri pernah berdendam? Jangan kita terjebak secara langsung atau tidak langsung dalam dunia dendam ni...tak elok langsung..

Rasa dendam merupakan suatu kondisi dimana kita menginginkan orang lain yang melakukan kesalahan terhadap diri kita menerima balasan atau konsekuensi dari kesalahannya. Dibandingkan berusaha untuk mengawal emosi lebih baik dengan cara mengungkapkan kemarahan sewajarnya dan kemudian memaafkan, menyimpan dendam membuat kita menganggap orang tersebut sebagai suatu ancaman yang menimbulkan perasaan stress atau trauma berulang meskipun kejadian yang sesungguhnya sudah lama berlalu.

Sebetulnya, dengan memaafkan bukan bererti kita melupakan kesalahan seseorang dan membiarkan kesalahan tersebut terjadi lagi. Memaafkan merupakan suatu cara untuk melatih fikiran kita untuk tidak terus-menerus menganggap diri kita sebagai mangsa dan merasa tertekan akibat kesalahan yang telah dilakukan terhadap diri kita.

Sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit. Begitu kata pepatah, dan ini juga terbukti jelas pada rasa dendam dalam hati. Lama-kelamaan, menyimpan dendam mempengaruhi fungsi otak dan kesehatan mental keseluruhan yang akhirnya mengganggu kesihatan tubuh badan kita.

Gambar dari google

Apa Akibat Sekiranya Kita Berdendam?

  1. Mengganggu sistem hormon otak
  2. Mengganggu hubungan dengan manusia
  3. Mendorong Ke Arah Kehidupan Yang Tidak Sihat
  4. Meningkatkan risiko Penyakit Jantung
  5. Mempercepatkan Proses Penuaan
  6. Membuka ruang untuk Penyakit Kronik Singgah

2 Perbezaan Tentang Dendam 

“Dendam” merupakan suatu ‘Perasaan’ atau sesuatu yang dirasai. Bagi orang inggeris, perkataan “Dendam” hanya membawa maksud yang negatif. Berlainan pula dengan orang Melayu, perkataan “Dendam” menzahirkan dua keadaan yang berbeza:

1-“Rindu-Dendam” – ingatan yang didasari oleh rasa/perasaan rindu yang amat mendalam dalam berkasih sayang
2-“Dendam-Kesumat” – rasa/perasaan yang didasarkan oleh perasaan amarah dan dengki

Pertamanya dikatakan Melayu itu kerana dianya berugama Islam. Dan bukanlah menjadi sifat orang Melayu untuk menzahirkan sifat yang tidak baik kepada umum. Manakala sifat-sifat yang baik akan dizahirkan dengan penuh tersirat kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk.

Bagi orang Melayu yang merupakan bangsa Tauhid, Allah dan Rasul melalui jalan ugama Islam adalah segala-galanya dalam hidup. Oleh itu tiada yang terlebih tinggi dan mulia didalam hidup orang Melayu melainkan ingatannya selaku hamba kepada Yang Maha Pengasih walaupun dirinya adalah yang termulia di kalangan masyarakatnya.

Bolehlah dikatakan disini bahawa perkataan “Dendam-Tak-Sudah” adalah sebagai isyarat bagi menzahirkan ingatan si hamba terhadap Tuannya Yang Maha Pengasih kerana tiada yang dapat mengatasi keadaan ini (nikmat bagi segala nikmat adalah ingat bagi segala ingat). Oleh itu, perhiasan termulianya (Destar) yang diletakkan pada kedudukan tertinggi batang tubuhnya (kepala) adalah bagi mengisyaratkan hal keadaan dirinya yang sentiasa ingat kepada Tuannya yakni Allah Yang Maha Pengasih yang telah memberinya segala nikmat. Justeru itulah isyarat yang bernama “Dendam-Tak-Sudah” ini dizahirkan khasnya pada hari kebesarannya. Dan tujuan isyarat ini dizahirkan pula adalah kerana selaku pemimpin adalah menjadi amanahnya pula untuk mengajak seluruh pimpinannya sama-sama mengikuti jalan ini.

Gambar dari google


Justeru itu “Dendam-Tak-Sudah” adalah merujuk kpd rasa "Rindu-Dendam" (ingatan tanpa henti yang mendalam) tulus hamba si salik terhadap tuannya Yang Khalik serta menepati gelaran ‘Duli’ yang dipakai (debu ditapak kaki – hamba yang menghinakan diri terhadap Tuhannya).

Oleh itu, rujukan “Dendam-Tak-Sudah” terhadap sifat yang tercela seperti Dendam-Kesumat (amarah dan dengki) khasnya terhadap ketua bangsa dalam hal ini amatlah tidak bertepatan.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang BERAKAL; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”. (Ali Imran : 190-191)

Wallahu a'lam..apa pendapat korang?

Jom bincangkan....elok atau tidak kalau hidup berdendam...

14 comments:

  1. Cukuplah kita ingat pada suatu yang tidak baik itu untuk dijadikan ingatan dan pengajaran.. Jadikan sempadan. Bukan dendam yang menghancurkan.

    ReplyDelete
  2. memang ada kak orang yang berdendam. Kisah tu terjadi masa dorang kekecik..sesama adik beradik tapi sampai ke harini (umur masing-masing dah 60++) masih ada perasaan dendam dan mengungkit.

    Moga kita dijauhkanlah dari sifat dendam dan suka mengungkit ni kan.

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Memaafkan tidak bermakna kita melupakan apa yang orang lain buat pada kita.

    ReplyDelete
  4. Pernah juga ada rasa berdendam tu..padahal tahu sifat tu tak elok..syaitan sentiasa berusaha nak hancurkan anak Adam kan...moga kita sentiasa beringat2 supaya tak menyimpan sifat mazmumah ni..rindu dendam takpe haha

    ReplyDelete
  5. dendam akan buat jiwa kita tak tenang...semua kita semua dijauhkan dari sifat pendendam ni

    ReplyDelete
  6. lebih baik memaafkan daripada berdendam

    ReplyDelete
  7. Dendam buat orang lebih tak suka kita. Benar! Dendam merosakkan jiwa. Lebih baik memafkan demi menjaga hati dan perasaan daru dibelenggu kerosakan yg teruk

    ReplyDelete
  8. Abang Man cakap Kak Sue suka berdendam, tak tau lah.. sebab Kak Sue jenis cakap maaf tapi susah gila nak lupa kalau orang buat salah dengan Kak Sue.. Harap satu hari dapat memaafkan seikhlasnya..

    ReplyDelete
  9. bila berdendam yg teruk sgt akan membahayakan juga..sbb kita tktau apa tindakan jika tidak bole dikawal...walaupun kita marah kt org tu cuba la jgn smp berdendam..mayb kita susah nk lupa apa die dh buat tp selagi kita tk maafkan rasanya mcm kurang ketenangan

    ReplyDelete
  10. berdendam memang x elok..tp kalo tak boleh lupa ape yang dibuat tu camno..hehe

    ReplyDelete
  11. kemaafan pon dendam yang terindah... hu hu hu...

    ReplyDelete
  12. Bahaya tu dendam tu.. Kalau dendam tu dari masa kita kecik akan bawa hingga ke dewasa.. Nampak sendiri org berdemdam dengar perkara apa yg dia lalui tu..

    ReplyDelete
  13. dendam ni kalau tak padamkan dlm hati sampai ke mati ada perasaan tu.. dendam+masalah mental selalunya ada kaitan. dr masalah mental dan berdendam boleh sehingga ke membunuh

    ReplyDelete
  14. Kupasan yg jelas.

    Pd aida, dendam x baik.
    Even rindu dendam pun x baik lama2. Boleh mudarat.
    Better memaafkan. Melupakan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah