Friday, August 9, 2019

Koleksi Makanan Yang SA makan 2 Hari Ni..

Hi korang....

Masih slowly SA mengamalkan pemakanan yang sihat..walaupun ada antaranya sebenarnya tak sihat pun...bukan cheating tapi lebih kepada tak tau nak makan apa dan main belasah jer order..lepas ni takleh la nak main belasah je..kena ikut betul- betul kalau nak betul- betul sihat...sejak takde cili dalam kehidupan SA 2 hari ni kan...ya allah perut SA ni behave betul..cuma SA tak leh makan terlalu kenyang dan tak leh jugak terlalu sikit..macam mana tu kan...so kena pandai- pandai sendiri la...lepas ni korang tak kan nampak la masakan SA yang biasa SA update tiap kali balik rumah Seremban..hahaha..takde la..aktiviti memasak tu tetap ONZ...kalau bukan SA yang makan pun SA akan update untuk korang. Nanti SA share la masakan SA untuk bekalan ke opis..lepas ni kena bawak bekal sebab makanan sihat ni boleh tahan gak mahalnya...


Morning bowl ni sebenarnya tak sihat ye..SA belasah jer order hari Khamis semalam..tapi selera takde..makan sikit je..bowl ni cos me RM10.75


Puas fikir dinner nak makan apa...kul 6.30pm SA pi makan kat The Chicken Rice Shop order single plate tu ha..selalu sampai dengan cili dia..SA reject cili..


Amik steamed chicken..


Sarapan pagi ni..tuna sandwich wholemeal toast

Kat bawah ni...adik masakan adik SA...si lisa..dia tengah nak diet la kononnya...


Grilled Salmon..


Ayam halia +timun...

2 menu adik SA tu sebenarnya dia tunjukkan dan bagi idea kat SA nanti...dia suruh pi beli Salmon kat Mydin sebab situ biasanya ada less. Kadang sampai sekeping RM5 katanya..bleh la SA pi cari..kat Jusco mahal giler...SA takde la tukar pemakanan secara drastik..slowly la SA tukar..tak nak sampai badan jadi terkejut kan...nak ubah bukan senang kan..SA sekarang banyak follow coach kat IG, bukan daftar masuk ahli pun..lebih kepada tengok menu makanan sihat diorang..senang untuk SA follow...Semoga SA terus bersemangat untuk 3 bulan ni...

8 comments:

  1. pelan-pelan kayuh SA... nak terus buat Clean Diet tu ibarat macam kena buang je semua barang kat dapur rumah tu ganti baru.

    ReplyDelete
  2. Grilled salmon tu nampak mengancam. Tumpang food adik je lah SA. Orang diet ni makan healthy food.

    ReplyDelete
  3. Clean diet bagus.. Tapi kena mula step by step.. Yang penting berterusan.. InshaAllah SA boleh.

    ReplyDelete
  4. Oohhh tengah diet ke.. Gud luck, kuat kan semangat 💪💪💪

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap ja semua makanan kalau kat entri SA nie.. pelan-pelan SA atur diet baru, Kak Sue doakan SA sihat-sihat ja selalu ya..

    ReplyDelete
  6. Fulamak menu dah sedap dah.. bila Lah Saya nak Mula ni

    ReplyDelete
  7. betul tu SA. mydin memang murah jual salmon.
    aida dah gi few times. murah!
    just aida tak beli lah.
    tak brape makan salmon.

    ReplyDelete
  8. Grilled salmon tu nampak best.. Boleh cuba nanti..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah