Tuesday, August 27, 2019

WHO Sarankan 12 Sudu Kecil Sehari...

Hi korang...

SA nak share perkongsian dari Dr Erna Nadia dalam artikel beliau di FB tentang saranan pengambilan gula. Ianya sangat membantu korang yang sedang menjaga pemakanan dan sedang cut sugar. Korang tau kan dalam amalan pemakanan kita seharian memang banyak terkandung gula dan kadar bacaan gula sangat tinggi. Yelah..sebelum ni kita main belasah je makan macam- macam kan..tanpa fikirkan pun jumlah kandungan gula dalam makanan kita..SA rasa artikel ni sangat- sangat membantu dan berguna buat kita semua..Siapa lagi nak jaga kesihatan kita kalau bukan kita sendiri kan....So korang..mulakan langkah dari sekarang....



Gula
Tak kiralah putih atau koko atau merah
Tetaplah tak bagus

Apa apa yang ada unsur manis pasti ada gula, hatta buah buahan sekalipun.

Fruktosa, sukrosa, maltosa.
Semua adalah gula.

Untuk gula putih/perang, hadkan kepada cuma 12 sudu sehari sahaja.

Untuk buah buah , jumlah yang diperlukan cuma 2-3 hidangan sahaja sehari bagi mereka yang sihat.

Bagi mereka yang ada penyakit, jumlah buah perlukah bertanya pada doktor yang merawat atau dietitian di tempat anda ambil rawatan.

Sama juga seperti madu atau kurma, tetap juga mempunyai gula. Bukan tak boleh makan, tapi biarlah bersederhana.

Sebab itu, untuk makanan yang sudah siap dibungkus, boleh periksa kandungan gula banyak mana.

Terlebih gula memang boleh menyebabkan banyak penyakit dan menyebabkan kenaikan berat badan.

Tips lain adalah dari minum jus buah, lebih baik makan buah. Jus buah, walau tiada gula tapi jumlah buah yang diguna biasanya lebih dari tiga untuk dapat segelas air buah piyor.

Untuk pesakit kencing manis, lagilah kalau boleh elak minum air buah/jus buah.

Tips lain adalah, bila bancuh minuman 3 in 1, boleh buat separuh pagi, separuh petang.

Menambahkan air yang banyak dalam minuman manis tidak mengurangkan kandungan gula di dalam minuman tersebut atau di dalam darah. Ianya cuma mencairkan gula/air sahaja.

Sebab apa kena hadkan gula yang nampak sebagai gula?

Kerana itu belum campur lagi ‘gula’ di dalam makanan lain, contohnya nasi,pasta,mi, bihun,megi,laksa,roti,capati yada yada yada.

Janganlah tak makan pula ya.

Semua benda boleh dimakan, seeloknya yang fresh & berkhasiat, tapi seperti biasa bersederhanalah.

Yang sedap itu pasti bersebab dan penyebab kepada banyak masalah kesihatan pada jangka masa lama.

Yang tawar itu biasanya penawar

Nota kaki : Tiada herba/suplemen/makjun/sayuran yang boleh mengurangkan kandungan gula dalam badan.

Dr. Erna Nadia
Terlebih manis kata kata juga adalah bahaya. Bersederhanalah hatta senyuman sekalipun

20 comments:

  1. Betul lah. Makan tu boleh tapi berpada-pada. Kesihatan diri kena jaga jugak

    ReplyDelete
  2. dana kurang minum manis, tp kdg banyak mkn buah, lebih prefer air kosong tp kdg masalah lain lak huhuhui... drh tinggi lak yg masih tgh nk control nih

    ReplyDelete
  3. Buah pun kena pilih-pilih..
    Pendek kata kena bersederhana dalam makanan.
    Air manis sehari sekali boleh la kut

    ReplyDelete
  4. Betul tu, atuk saya kencing manis tapi dia bukan hari-hari minum minuman bergula. rupanya beras yang atok makan tinggi kandungan "gula". terpaksa tukar beras lain.

    ReplyDelete
  5. Betulah orang kata Gula racun yang sedap bila terlebih binasa badan

    ReplyDelete
  6. saya memang tengah cuba kurangkan sugar intake. dah masuk 40s ni kena jaga2.

    ReplyDelete
  7. i dah lama cut sugar dan eat clean. Kadang-kadang buat IF...tiba masanya dah.

    ReplyDelete
  8. Ramai warga Malaysia yang terlebih 'manis' dalam darah.

    ReplyDelete
  9. Kurangkan manis dlm minuman lebihkan dalam senyuman ❤

    ReplyDelete
  10. kena control gula juga kan.... tq SA atas peringatan ini...

    ReplyDelete
  11. Sangat bagus info ni..
    Alhamdulilah Sis masih lagi sambung untuk cut sugar dalam minuman, buat pelan-pelan, kalau dah okay, kita cut pulak dalam makanan...

    ReplyDelete
  12. ok mulai sekarang, saya nak cut sugar!!!

    ReplyDelete
  13. susahnya nak elak gula ni..penawar dia minum air masak je lah..itupun kena cut off segala gula..huhu

    ReplyDelete
  14. tq akak atas prkongsian.. jom amalkan pemakanan sihat!

    ReplyDelete
  15. good sharing SA..betul, bersederhana yg terbaik..

    ReplyDelete
  16. kurang gula dalam kehidupan.. tambahkan manis dalam senyuman.. hehehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah