Friday, August 9, 2019

Perkongsian 7 Senaman "Jawline Like Jolie"

Hi korang...

Awww...tajamnya jawline dia....... terus automatik raba jawline sendiri..tapi hampa sebab raba- raba..tak tirus macam Angelina Jolie...terasa lebih kepada pipi pau je ha..takpe masih belum terlambat...jom la kita hantar jauh pipi pau tu and follow 7 senaman simple untuk kuatkan otot pipi...ada yang tak tau ke jawline tu apa?jawline tu otot pipi yang macam Angelina Jolie tu ha...kan cantik kan kalau pipi tirus macam tu...


photo source IG 

7 Senaman "Jawline Like Jolie"

  1. Praktis menyebut huruf A, E, I,O,U setiap pagi dan juga malam sebanyak 40 kali. Kena rajin lakukan senaman ni kalau nak wajah korang atau bentuk muka korang jadi kurus
  2. Sebut huruf X dan O sehingga korang membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut. Kalau korang nak tau senaman X-O ni merupakan senaman yang sangat femes.
  3. Senaman tepuk dagu. Tepuk dagu korang dengan menggunakan belakang tangan setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Teknik ini untuk menghilangkan dagu berlapis.
  4. Ini dinamakan senaman Korea. Sebut MA ME MI MO MU sebanyak 10 kali. Teknik ini untuk menguatkan otot muka dan bibir
  5. Senyum lebar sambil menutup rapat bibir dan tahan selama 15 saat. Kemudian lakukan senyuman lebar dengan menampakkan semua gigi korang dan tahan selama 15 saat - ulang beberapa kali.
  6. Tutup mulut dan kembungkan kedua  pipi dan tahan selama 5 saat. Kemudian korang lakukan pada pipi kanan dalam kiraan sama diikuti pipi kiri. Ulang langkah ini beberapa kali.
  7. Bentuk bibir korang seperti huruf O. buat beberapa kali dan lepaskan perlahan- lahan hingga senyuman korang jadi selebar - lebarnya. Ulang beberapa kali..
Nampak macam bodoh- bodoh dan ntah hape- hape kan tapi buat lah secara konsisten untuk kempiskan pipi bulat korang dan hilangkan dagu berlapis tu...SA dah start dah senaman ni dan nak buat konsisten..kalau badan kurus tapi pipi bulat takde bentuk pun tak guna gak kan..so...untuk balance jom la kita buat senaman ni walau nampak senang tapi agak susah kalau tak konsisten..

Jom dapatkan pipi macam Angelina Jolie....

Selamat Mencuba...



8 comments:

  1. Kekekeke sambal baca sambil buat ni haaaa SA hahahahaa

    ReplyDelete
  2. Betul tu,Kak SA. Nak start buat senang tapi nak konsisten tu yang payah😅.

    ReplyDelete
  3. pernah dengar ... hehhe tapi tak pernah buat pun ..

    ReplyDelete
  4. Nak gelak pun ada baca ni. Walaupun nampak kelakar, mungkin boleh try kot nnt. Kot la dapat muka lawa macam Jolie ;)

    ReplyDelete
  5. Sambil baca sambil buat...rasanya boleh ni

    ReplyDelete
  6. good idea ni, SA.
    mcm boleh buat jer.
    skang ni byk naw naw naw masa kat ofis :)

    ReplyDelete
  7. Wow.. Thanks akak.. Baru tau ada seaman Muka mcm ni.. Kena rajin buat la mana tau pasni ada jawline ka😂

    ReplyDelete
  8. Fuyoo.. kalau rajin buat senaman ini boleh tirus dagu..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah