Friday, October 30, 2020

Hiking Gunung Berembun, Jelebu NS Stadian Batch 95 > Paling Mencabar Setakat Ini Part 2

Gunung Berembun Jelebu NS Part 2 - Gua Kambing

Hi korang...

SA teruskan part 2 pendakian ke puncak Gunung Berembun Jelebu. Terhenti sekejap hari tu sebab takde masa nak buat..ada pun sebelum - sebelum ni entry yang simple- simple untuk tak nak bagi blog ni bersawang. Letih mencari ayat tau korang...bukan senang nak mengarang ayat...kena cool baru idea datang mencurah-curah.

PART 1 DISINI

Pendakian diteruskan ke Gua Kambing iaitu check point kedua. Trek ke gua kambing pacak landai. Kekuatan otot di bahagian betis sememangnya memainkan peranan yang penting. Langkah kaki perlu mengikut pace sendiri dan pastikan langkah dengan betul. Jika tidak otot di bahagian betis lebih cepat untuk 'cramp'. Kat sini la dalam pertengahan perjalanan kaki SA cramp. Nasib ada kawan hikers tolong. Mulanya SA dah decided nak lepak situ je tak nak teruskan..tapi takut pulak sorang- sorang kan...dan kalau boleh tak nak susahkan kawan- kawan yang lain. semua dah bersemangat nak naik sampai ke Peak..Gua Kambing sekejap jer dah sampai dari permulaan Lata Berembun tadi...










Perjalanan sekitar satu jam setengah untuk sampai ke gua kambing. Kami tiba di gua kambing sekitar dengan jayanya. Di gua kambing terdapat batu-batu besar yang dikatakan terdapat kambing hutan yang tinggal di sekitar gua dan sebab itu di panggil gua kambing. di sini terdapat satu waterpoint untuk refill air. Airnya agak segar dan sejuk. Sesiapa nak top up air boleh jer tapi SA tak berani minum air mentah sumber asli ni...takut perut terkejut dan tak nak amik risiko jugak..Nak plak SA masih under medication. 










Well tengok muka kawan- kawan semua masih bersemangat. Trek dari Lata Berembun ke Gua Kambing quite mencabar. Masing- masing ada yang kepenatan sebab ada yang first time kan...SA dapat berehat kejap ok la...minum air skit..tak minum banyak pun takut nak terkucil plak kang...Lepas kami berehat sekejap dalam 20 minit. Ambil gambar kenangan. Kami teruskan perjalanan ke Peak Gunung Berembun dimana ianya sangat mencabar...dari Gua Kambing trek adalah pacak. Masa ni nak nangis sangat..nampak sangat SA kurang fit kat situ..dengan kaki cramp masih sakit...tapi SA malas nak layan sangat.SA kalau boleh tak nak nampak macam manja sangat seperti diorang cakap hahaha....

Kalau korag perasan memang tak banyak gambar dari handphone SA sebab memang SA rasa stress mencabar kali ni. Dengan beberapa kali tergolek...masa nak naik peak SA tergolek ke bawah..dah naik agak tinggi gak kat laluan yang pacak tu...entah macam mana SA tergelincir...sakit tau...tapi tahan je la..dah itu yang kau pilih kan SA..belumkira serangan pacat kat SA lagi...peliknya orang lain tak kena plak pacat ni...semua tu buat SA stress dan rasa nak give-up. Tapi dah alang- alang...teruskan aje...mungkin ada kemanisan selepas tu kan...

Kita stop sekejap kat sini...sambung part 3 Peak Gunung Berembun..

Stay tune.

6 comments:

  1. Seronok aktiviti macam ni kalau ada geng 😁

    ReplyDelete
  2. ada geng hiking ramai2 camni seronok...kita hiking dlu2 masa join pengakap hehe...skarang tkde nk hiking...mau ketar lutut hehe...kita wakilkn bff je sbb die mmg ratu hiking

    ReplyDelete
  3. Bestnya..mencabar juga ye track tu..

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat riadah reramai macam ni.
    Penat pun tak terasa.

    ReplyDelete
  5. trail pacak tu dapat rasakan struggle dia bila licin waktu hujan. tergolek tu biasa..kenangan :)

    ReplyDelete
  6. pacat tu tengok kak SA paling cantik..sebab tu lahhh 🤣🤣🤣

    haah ek, kalau nak terkucil macam manaaa..adoiii

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah