Thursday, September 23, 2010

F.A.M.I.L.Y

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan
"oh maafkan saya, saya x perasan"

Katanya " Maafkan saya juga, saya x nampak saudari"

Kami amat bersopan dan saling menghormati
Kami saling melambai sambil berlalu pergi..

Tetapi dirumah berlainan pula ceritanya
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda

Lewat petang ketika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam diam

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh
Jerkahku, " Jangan buat kacau kat sini, pergi main jauh2"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku
Aku tak sedar betapa kasarnya kata kataku

Sedang aku berbaring di katil sambil membaca
Terdengar suara halus datang berbisik

" Bila bersama orang yang tidak dikenali
Begitu bersopan dan merendah diri
Tapi bila bersama anak sendiri Sering dimarah dan dicaci"

" cubalah kamu lihat di lantai dapur
akan kamu temui bunga2 berterabur"

"itu adalah bunga2 yang dibawa utk kamu
Dia memetiknya sendiri, kuning biru dan ungu"

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu
Kamu x pernah sedar airmatanya datang bertamu"

pada ketika ini aku merasa amat kecil sekali
airmataku mngalir ibarat air dikali

senyap2 aku menuju ke biliknya
"bangunla anakku..bangunlah sayang"

"apakah bunga2 ini dipetik utk ibu?
Dia tersenyum "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti Ibu
Ibu tentu suka terutama yang ungu"

Maafkan Ibu atas sikap ibu hari ini

Katanya "oh tidak mengapa ibu
saya tetap sayang ibu lebih dari segala

"anakku..ibu sungguh sayang kamu
dan Ibu suka bunga itu,terutama yang ungu"

Jadi apakah maksud tersirat?

FAMILY = (F)ather (A)nd (M)other (I) (L)ove (Y)ou

HARGAILAH KELUARGA ANDA..

4 comments:

  1. akak cayang amani...hahah tiba2 kan...:P

    ReplyDelete
  2. So sweet... hanya itulah harta buat kita dunia & akhirat

    ReplyDelete
  3. glurpp... tetiba rasa insaf.. owh anak-anak mama.. meh cini mehhhh

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah