Thursday, June 1, 2017

Pesawat MH128 Tidak Dirampas

PESAWAT MH128 TIDAK DIRAMPAS


Alhamdulillah lega rasa bila dapat berita tiada cubaan merampas atau MH128 terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan. SA betul-betul terkejut bila kisah ni tetiba memenuhi timeline. Syukur takde apa2..cukup la 2 kapal terbang kita terlibat dalam kemalangan. Tak sanggup lagi rasanya nak baca atau dengar berita tentang sebarang malapetaka.

Dibawah merupakan kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan berhubung kejadian ini.

Penumpang warga Sri Lanka yang berjaya dikawal sehingga kapal terbang mendarat ke lapangan terbang semula.


_31 MEI 2017 | 11.45 malam_

*Datuk Ab Aziz Kaprawi*
Timbalan Menteri Pengangkutan

Saya ingin memaklumkan bahawa pesawat Malaysia Airlines, MH128 yang  melakukan penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne disebabkan oleh kejadian penumpang mabuk.

Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa anak-anak kapal telah berjaya mengawal penumpang tersebut dan apabila pesawat itu mendarat, mereka telah segera menghubungi pihak keselamatan lapangan terbang.

Ketika ini, saya masih belum terima maklumat sama ada pesawat akan berlepas semula tetapi suspek dipercayai merupakan seorang warga Sri Lanka.

Saya ingin menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai sebagai kejadian yang melibatkan aktiviti keganasan.

Kenyataan lanjut akan menyusul kemudian.

*TAMAT*

15 comments:

  1. Alhamdulillah...segalnya berakhir dengan baik walaupun mungkin penumpang telah 'kehilangan' masa mereka...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semua selamat. Ni yg susah kalau dah mabuk. Menyusahkan org je.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tapi kan jue jadi fobia dan takut since MH370 dulu tu sampai la sekarang tak berani naik flight hahahhaa

    ReplyDelete
  4. Ha...ha....nasib baik den takde...kalau tidak...lutut den bagi....nyusahkan org jaaa....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tak dak apa2..risau jer dengar

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdullilah.. Terkejut jugak dengaq pagi2 tadi..huhu

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah. harap harap org ramai tak sebar berita palsu dah

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..tiada apa2 yang melibatkan nyawa..

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah, Kak Sue terkejut juga dengar

    ReplyDelete
  10. tak pasal pasal menyusahkan semua orang.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah semua selamat. Takot pulak nak naik kapal terbang ni. Perkara yang kita tak jangka berlaku

    ReplyDelete
  12. Masa tgk berita nih cuak jugak sy

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah