Friday, February 14, 2020

Masak- Masak Dengan Housemate..

Hi korang...

Ini cerita last week kot rasanya..hahaha...lupa plak nak share...sebenarnya last week ada main masak- masak ngan housemate..kami dah dah tinggal 3 orang kat rumah..housemate yang sebelum ni dah pindah dah..ada lagi sorang budak baru juga tapi SA tak pernah jumpa lagi..ye la SA pi kerja pagi matahari tak keluar lagi..balik kerja plak dia pun tak balik kerja lagi...so tak sempat nak berkenalan..so tinggal la kami bertiga..so SA sempat la masak 2 jenis lauk dan housemate dah masak lauk lain...Kalau SA balik lambat memang diorang makan berdua je la...housemate plak memang jenis masak sebab dia pun bawak bekal pi kerja kan...


Lauk kami malam tu


Tumis air kobis ngan carrot


Telur dadar SA masak


Ikan selar goreng SA yang goreng


Kicap cili dan bawang perah limau nipis untuk cicah ikan goreng SA buat


Ikan selar bakar housemate masak..

Rasanya kejadian ni masa hari Rabu minggu lepas...SA plak x masak lebih sebab SA ada makan- makan sempena farewell boss SA yang pencen tu..sekarang kami jarang makan sama sebab SA balik lambat selalu..kadang sempat masak untuk bekal je..lepas tu SA tak makan dah sebab dah makan pukul 6 petang..tak tau la bila dapat makan sama- sama semula..semalam SA balik pun dah lambat..sempat basuh baju je..lepas tu housemate dah tido dah...itulah kehidupan SA kat rumah sewa..takde yang menarik pun..excitement pun takde..dulu boleh gak tengok tv...la ni masing2 tgok netflix je la kat handphone..

Ingat nanti nak masak lagi la makan sama- sama..minggu depan kot kalau tak busy kat department baru...

13 comments:

  1. seronok dapat makan sama2 dapat merapatkan ukhwah sesama housemate :)

    ReplyDelete
  2. seronok jugak masak dan makan ramai2 ni kan SA, cuma tulah kekangan masa pulak kan... masing-masing masa kerja tak sama

    ReplyDelete
  3. menu simple but nampak sedap je...

    ReplyDelete
  4. Masak sama-sama boleh eratkan silaturrahmi. Kenal dapat ketika borak.

    ReplyDelete
  5. best ada housemate sekepala macam ni. Kalau Cik Nor dlu..yg sbilik jer sekepala..yg lain tgk muka mcm nak marah..huhu

    ReplyDelete
  6. wah makan ramai2 ni memang lah sangat best. sebab makan berebut. jadi bertambah2 nasi ^_^

    ReplyDelete
  7. dapat housemate yang sekepala memang best

    ReplyDelete
  8. Wak kalau takde lauk, telur dadar pun cukup.

    ReplyDelete
  9. Dapat rumate yang sekepala best SA.

    ReplyDelete
  10. Kalo di negeri awak itu ikan tongkallah

    ReplyDelete
  11. aida ada gak memori masak2 dgn housemate.
    dulu time berkelana keje di jb.
    serumah ada 5 org. semua para isteri yg jauh dari suami :)
    seronok.
    sempat la merasa sebulan Ramadhan. masak2 utk berbuka dan bersahur.
    best!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah