Friday, February 7, 2020

Sinopsis Novel Dia Punching Bagku ~Miz Amaryllis

Hi korang...

Jumaat dah hari ni...alhamdulillah hari ni SA masih kerja walau ada rasa kurang sihat sikit. Maybe sebab keletihan majlis semalam kan...so hari ni SA nak share sinopsis novel yang buat SA leka sampai lambat tido malam...hahaha..jalan cerita dia best sangat..kish dalam novel ni tak berat dengan penggunaan gaya bahasa yang sempoi membuatkan kita enjoy membaca. Sebab tu SA tak sabar nak habiskan sebab nak tahu kesudahan jalan cerita. 

Awas...sediakan tisu sekotak bila baca part pertengahan sampai akhir...bengkak - bengkak mata menangis sebab penghayatan tu..hahaha...rasa macam diri sendiri tengah melalui kisah tersebut...

Jom baca sinopsis..korang boleh dapatkan novel ni di pasaran atau boleh rujuk online...



Tajuk : Dia Punching Bagku
Penulis : Miz Amaryllis
Harga : RM21.00


Sinopsis

Sumpahan orang yang dah tiada. Wujud ke? Kalau tak wujud, kenapa hidup Delisha Armani tak pernah terisi sepenuhnya? Bahagia yang dirasa, kekosongan hatinya tetap ada.

Kerana setia dan sayangnya dia pada teman-temannya, dia sanggup buat apa saja. Pada mereka yang menganiaya sahabatnya, dia akan balas meskipun tanpa senjata. Namun, berlaku satu kesilapan kerana dendamnya dibalas hingga membabitkan nyawa.

“I'll love you till my last breath, Del. Till my last breath. Allah saja yang tahu hati Raz.”

Bertahun melangkah bersama rasa bersalah, Delisha cuba menerima kasih Qaiser yang sentiasa menjadi pendamping setia dengan harapan Qaiser mampu menghidupkan jiwanya dan melupakan kisah lama.

“Del, between laughing for no reason, stupid arguments, long talks and making fun of each other, I know I've fallen in love with you. Kita kahwin?”

Ketika bahagia hampir tiba, ada insan lain yang mahu melihat dia menderita sepertimana Harraz menderita hingga meninggal dunia. Ancaman yang diterima membuatkan insan-insan tersayang menjadi mangsa. Kemunculan DR yang disangkakan Hunter membuatkan dia hilang punca.

“Is this how you treat a guest? Hadiahkan sebiji penumbuk? How cool. By the way Cik Nurul Delisya Armani, you should learn macam mana nak kenal orang yang nak berkawan dengan orang nak ajak jadi lawan.”

Dia tertanya-tanya, siapa DR sebenarnya? Siapa Hunter yang memburunya? Mampukah cinta Qaiser melawan semua dugaan yang menimpa? Akan setiakah teman-teman di sisinya hingga ke akhir usia? Bagaimana pula dengan keluarganya?

“Kala kaki melangkah tanpa hala... mata celik namun buta… aku tersenyum pabila diri dilamar menjadi aurora cinta.”

10 comments:

  1. Akak kalau baca novel,takleh stop2...sambung2..kena habiskan dgn sekali baca..

    ReplyDelete
  2. Wah menarik cinta dalam dendam.

    ReplyDelete
  3. Dah lama xbaca novel.. entah bila nak start semula

    ReplyDelete
  4. lama x beli novel, selain dr fav writer. emm..ni dah balik, leh la start balik.. he he he...
    tunggu dah siap kemas2 nanti...

    ReplyDelete
  5. Macam best novel nih ... bolehlah nanti nak cari dan baca

    ReplyDelete
  6. seram pula baca tajuk dia tadi..hehe

    ReplyDelete
  7. Okay cerita ni bets. Nak cari jugak

    ReplyDelete
  8. Alahai...lama sangat dah tak baca novel nangis-nangis ni.. Mengundang nak minta cari ni.. Hahaha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah