Saturday, February 29, 2020

Menu Sarapan 29 February 2020

Hi korang...

Sape birthday hari ni? anniversary ke...tahun ni tahun lompat kan..Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.

Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac.

So..ada ke readers dan follower SA lahir hari ni? Rare kan.....

So apa aktiviti korang hari ni? SA biasa la pagi bangun pi jogging ..lepas tu buat sarapan...hari ni tema tema masakan untuk sarapan very the easy peasy...buat cekodok je..cicah dengan tempoyak cili dan left over kari ikam kembung malam tadi...huiiii sodap......


Cekodok ikan bilis


Tempoyak cili


Left over kari ikan kembung...

SA ada masalah buat cekodok ikan bilis atau apa cekodok sekali pun..tepung gandum sekarang ni macam xde kualiti...kejadiannya keras...korang perasan x? ke kena campur bancuhan tu dengan tepung jagung...baru dia lembut. Adakala SA campur telur kalau nak tekstur cekodok tu lembut. Tak pun SA letak mauripan skit...pelik tau...tapi dh buat...liat atau keras macam mana pun tetap kena makan la kan....takkan nak buang....ye tak?

Korang kalau tau cara macam mana nak lembutkan tepung cekodok share kat sini eh...bukan apa..Mak SA tu dh la xde gigi .guna gigi palsu..so x nikmat dia nak makan..kesian kat dia...

7 comments:

  1. selalu memang letak tlur je..kalau xletak telur rasa tak sedap

    ReplyDelete
  2. Kan. Tepung gandum sekarang tak macam dulu. Ingat kita seorang je perasan.

    ReplyDelete
  3. sapa biirthday hari ni memang rare lah! haha

    ReplyDelete
  4. Hari ni pergi kenduri kahwin.

    ReplyDelete
  5. bancuh tepung gamdum guna air panas

    ReplyDelete
  6. Bancuh dengan air panas. Atau letak kentang potong kecil2. Nanti boleh lembut, kak

    ReplyDelete
  7. selalunya kekdah letak telur je yg i selalu buat.. kalau u kata u letak telur pun masih keras.. tak pasti pulak apa masalah tepung tu hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah