Wednesday, February 12, 2020

Menu Lunch Hari Ini 12.02.2020

Hi korang....

Cantik tarikh hari ni kan...hari ni SA amik cuti ganti public holiday. Badan rasa tak sihat sebab kurang rehat..kurang tido dan kepala asyik pening je..lepas dah uruskan semua hal boss SA yang pencen..tu yang SA decided nak amik cuti ganti. SA sekarang kat Seremban..rasa macam nak demam tapi cepat-cepat makan ubat.. pagi-pagi abah dah pi memancing..saje buang masa katanya..dia mavam tu la..kalau duduk sesaje je tak buat apa kat rumah badan dia jadi lemah..so dapat la rezeki skit...

Walau SA cuti..aktiviti memasak memang tak tinggal la...ni ada la sikit SA masak...ikut selera mak SA la lauk pauk hari ni...SA masak aje...


Ikan kembung masak lemak cili api campur peria


Sayur kangkung + kobis goreng ikan masin


Tongkeng ayam goreng fav Dania


Ikan tilapia goreng


Budu....

Settle masak..tak tunggu lama lagi...terus siapkan meja untuk makan tengahari..tepat pukul 1 SA dah ajak mak abah makan dah..anak dara SA plak lambat balik sekolah...ni dh makan nasi..kejap lagi SA nak makan ubat ..nak rehat sikit la ..lately ni susah tido..so nak kaver balik tido yang tak cukup...

Eh korang masak apa hari ni...pada yg x kerja la ye...yang kerja tu...makan tengahari apa hari ni....

6 comments:

  1. Baru je lepas masak. Berlekit badan.
    Macam tak jadi je sambal saya buat.
    Selamat berehat.

    ReplyDelete
  2. Nengok gambar ikan kembong tu sedapnyaa...Sis nanti nak trylah masak peria macamtu, tak pernah plak try buat peria camtu...

    ReplyDelete
  3. sedapnya lahai. tadi lunch hour dah makan. ni tengok menu makanan ni terus rasa lapaq lagi. haha

    ReplyDelete
  4. get well soon SA..walau tk sihat masih bole masak..bontot ayam favvvvv

    ReplyDelete
  5. Semua sedap kecualiiiii tongkeng ayam sebab dak mimi tak makan tongkeng ayam.. Hahaha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah