Friday, February 14, 2020

Tips Agar Bihun Tidak Hancur

Ramai kata tak pandai goreng bihun dengan alasan hasil kejadian tak seperti diharapkan. Bihun yang digoreng hasilnya keras atau lembik, memang potong selera makan. Tapi korang jangan risau akan masalah ini kerana kalau kena gayanya, goreng bihun sangat mudah. Tak percaya korang baca info ini dan cuba buat, harap hasilnya tidak mengecewakan.SA seringkali hadapi masalah ni..rupanya ada cara untuk bihun tu tak hancur dan tak putus2 macam biasa tengok orang jual kan...SA memang failed kalau buat bihun goreng...

source from google


Semasa membeli bihun, pastikan berkualiti dan keadaan bihun itu dalam keadaan baik. Contohnya pastikan bihun dalam keadaan bersih, warnanya jernih dan tidak kusam. Hanya bihun yang berkualiti dan dalam keadaan baik saja  jika dimasak ia masak sempurna dan tidak hancur.

Rendam bihun dengan air panas dengan alasan cepat lembut, ia adalah SALAH.Jika rendam bihun terlalu lama, ia boleh sebabkan bihun mudah hancur bila digoreng. Sebaiknya rendamlah dengan air biasa, dan rendam sekurang-kurangnya 30 minit. Baru bihun yang digoreng cantik kejadiannya.


source from google


Semasa menggoreng pastikan anda menggunakan api sederhana, jika hampir masak, kecilkan api. Walaupun ia ambil masa sikit tetapi hasil bihun yang digoreng cantik, tak hancur mahupun keras. Gerenti mengundang selera bila dihidangkan.

Seperkara lagi, semasa menggoreng bihun, jangan kerap kacau kerana ia boleh sebabkan bihun mudah hancur atau patah. Kacau sekali sekala untuk memastikan bihun sebati rata dengan bahan penumis. Tambahkan sedikit air atau minyak ketika memasak bihun agar bahan tumisan lebih mudah meresap dan sedap semasa dimakan.

Harap info ini dapat membantu korang sukses memasak bihun goreng untuk suami dan anak-anak atau boleh dijadi hidangan untuk tetamu yang datang berkunjung.

So lepas ni boleh praktikkan tips-tips diatas..SA pun kadang- kadang tak puas hati dengan hasil bihun yang SA masak sebab adakala lembik dan hancur...rupanya tak perlu rendam lama pun bihun ni...punya la SA rendam bihun semalaman...no wonder la dia jadi hancur dan putus- putus...lepas ni boleh la cuba...yeay..harap perkongsian ini dapat membantu korang...bukan apa..kadang- kadang frust kan sebab hasil tak cantik macam orang lain masak..mula la SA cakap jenis bihun tu tak bagus padahal cuma cara tu yang tak betul...

Sumber Rasa.my

16 comments:

  1. kan..i tak guna air panas. guna air biasa aje...lawa mihun guring tu

    ReplyDelete
  2. Baru tahu juga tak elok rendam dengan air panas.

    ReplyDelete
  3. nice sharing. sy failed masak meehon. kalau kuehteow n mee kuning, ok je masak. meehon kadang keras, kadang hancur, kadang berketul lekat kat telur..

    ReplyDelete
  4. mmg tk guna air panas..guna air biasa..mmg pernh tgk org guna air panas lps tu meehoon jd hancur

    ReplyDelete
  5. Kadang ada brand yg jenis bila goreng hancur SA.. especially supermarket punya housebrand. So far i suka beli brand chap bintang je :)

    ReplyDelete
  6. PC tak berapa suka rendam dengan air panas nanti bihoon cepat basi pun ya juga..dah tumis bahan msukkan bihoon masukkan air sikit..kalau bihoon masih keras pun inshaAllah nanti dia lembut sendiri..kalau dah rendam lama..masa goreng tak perlu banyak sangat air pun ok..PC belajar daripada pengalaman.

    ReplyDelete
  7. akak selalu rendam waktu malam guna air biasa. Goreng dengan api sederhana dan tak selalu kacau. So far okay alhamdulillah jadi elok.

    ReplyDelete
  8. dana memang tak pernah rendam dengan air panas, rendam dengan air biasa je... cuma masa masak tambah air sikit lepastu tutup kuali tu masa masak dengan penutup nanti mehun cepat empuk dan tak hancur...

    ReplyDelete
  9. betul3x...rendam air sejuk je.

    ReplyDelete
  10. good sharing kak..nak boleh praktikkan kalau nak goreng bihun..:)

    ReplyDelete
  11. selalu goreng bihun mesti fail nak kacau dia sebab rasa macam melekat habis hahahhaha

    ReplyDelete
  12. saya pernah rendam bihun air panas pastu kena marah dgn mak terus tak buat macam tu dah..hahaaha

    ReplyDelete
  13. Tios yg bagus kak. Saya suka makan bihun panjang2 tak suka yang pendek2

    ReplyDelete
  14. aida x pandai goreng mihun.
    tang kelembutan nyer tu yg fail!
    kakak aida sgt bagus when it comes to mihun goreng.
    dia akan rendam dgn air biasa je.

    ReplyDelete
  15. once aida pernah buat mihun goreng.
    guna pressure cooker :) ha ha ha ha...
    confirm la lembut. tapi, tang bawah nyer hangus.
    so, better goreng guna kuali jer.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah