Friday, February 21, 2020

Bila Hati Tersentuh...

Hi korang...

Tajuk hari ni macam sesuatu plak kan...bab hati tersentuh ni bukan boleh dibuat main...ye hati SA sedang tersentuh atas beberapa kejadian yang menimpa..apa kejadian tu tak perlu la SA jelaskan kat sini...cuma sebagai seorang wanita, ada masa kita perlukan perhatian, perlukan kawan- kawan sekeliling untuk berbual mesra, berkongsi cerita sehingga la sampai satu ketika kawan yang dikatakan baik dengan kita walau tak lama kenal cakap kita macam- macam dan kata- kata nya sangat menyentuh hati...itu yang terjadi pada SA...rasa sedih sangat...rasa macam kau kawan dengan aku hanya nak menyakitkan hati aku ke...aku ni tempat kau lepaskan masalah aje ke sampai bila aku ada masalah dan cuba berkongsi aku kau kata poyo...mungkin pada dia ayat tu hanya satu gurauan tapi ada lagi ayat yang menyentuh hati yang dia lemparkan tanpa sedar atau dalam sedar...allahu...nampaknya kalau itu pandangan dia terhadap SA...baik SA jauhkan diri...sebab SA tak perlukan negative vibes dalam hidup SA. Takde kawan pun takpe..SA tak kisah...



SA malas nak rasa sedih sangat..SA nak lupakan dan malas nak ambil pusing..rasanya macam dah banyak SA bazir masa sejak mengenali dia...mungkin ada sebab dia kawan ngan SA...zaman sekarang susah kita nak percaya dalam bab berkawan..tak kisah la lelaki atau perempuan...kita cuma perlu lebih berhati- hati...luar sana ada ramai je yang cuba ambil kesempatan, ada je yang cuba menyakitkan hati..tak ada yang jujur dalam berkawan..ada keperluan dia cari la kita..takde keperluan dia sakitkan hati kita dan berlalu pergi...sifat manusia macam ni memang ramai...

Serius SA bangun sedikit lewat pagi ni...biasa pukul 6 pagi SA dah automatik bangun dah..pagi ni tersedar dah pukul 6.35 pagi...memang kelam kabut la bersiap...SA sempat pakai foundation je...selebihnya SA touch up kat office, nasib ada bag mekap kat office. SA pergi kerja pakai mask muka so orang tak perasan sangat SA tak mekap...

So korang...bila kita baik orang dekat..orang nak sangat berkawan..tapi tak selamanya...sebab kita tak tau tujuan orang tu...bila dah lama berkawan baru nampak tembelang...kita ni hanya dijadikan tempat untuk meluahkan masalah..bila kita pula ditempat dia..kita dikatakan macam- macam...sedih betul hati...ikutkan tak boleh terima apa yang dia katakan pada SA...tapi takpe la..SA dah biasa di didik untuk sentiasa memaafkan...SA maafkan dia..terima kasih sebab dia sudi menjadi kawan sekejap dalam hidup SA...elok la SA jauhkan diri..sebab pada SA dia menjadi kawan hanya untuk kepentingan...

SA  bukan antara wanita yang kuat, apabila diuji dengan kata- kata yang menyakitkan...SA hanya mampu MENANGIS untuk SA luahkan rasa itu...

Insyaallah....i'll be ok....

14 comments:

  1. Saya kalau terasa hati memang pendam je. Mengadu pada Allah.

    ReplyDelete
  2. utk Ayu, ada perkara yg kita nak luahkan, nak share...
    but ada certain things..yg kita nak pendamkan..to ourself
    and selebihnya...hanya luahkan pada Yang Maha Esa...
    caiyok caiyok!

    ReplyDelete
  3. Memang simpan dalam hati je kalau terasa. Kadang-kadang kita diam sebab malas nak bergaduh. Semoga kita semua sentiasa dikelilingi dengan orang yang ada positive vibes.

    ReplyDelete
  4. i Feel u SA...
    Sis kalau terasa hati atau sakit hati, Sis akan mula diam, sepatah pun tak bercakap..tapi nak mula ceriakan balik, memang susah..

    ReplyDelete
  5. Semoga semuanya baik-baik sahaja buat akak..

    ReplyDelete
  6. salam jumaat sis suria...

    mugo adalah hikmah disebalik kejadian tuuh

    ReplyDelete
  7. Maafkan semua orang, biarpun mereka dah berjaya buat kita tersentuh hati. Serah semua urusan kepada Maha Pencipta kerana kasih sayang Allah takkan pernah berhenti utk sekelian hamba hambaNya. Insyaallah..

    ReplyDelete
  8. Be strong okew...
    Kita kawan awak🌹🌹
    Kita pon sama... Ada kawan tue ckp dia cuma jawan biasa jew... Padahal dah tidoq sebantal kot😭 cikbunga sedih sebab kita dah story hal kita pada dia😭sbb kita believe dia kawan kita..
    Susah nak baca isi hati org tue...

    ReplyDelete
  9. salam Jumaat SA. Lama tak jumpa SA kat KL Sentral. Bersabarlah ye. orang yang kita nampak baik tu tak semestinya baik. Berhati hati dalam memilih kawan. Kalau baik sangat pun tak boleh cerita semua sbb bila dia dah jadi musuh kita sume cerita kita dijajanya. Itulah adat kehidupan.

    ReplyDelete
  10. stay strong dan ingat Allah selalu..insyaAllah hidup kita bahagia..:)

    ReplyDelete
  11. Sabar ye kak... semoga tenang² selalu. Nnt bp naik

    ReplyDelete
  12. kuat kak! moga Allah jaga akak baik2...

    ReplyDelete
  13. jenis saya kalau saya terasa saya diam je kak...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah