Wednesday, February 26, 2020

WW: Apa Itu Cinta?

Hi korang..

Cinta..

Apa itu cinta?Satu perkataan yang dieja dengan tiga huruf konsonan dan dua huruf vokal. Dengan lima huruf, percaya atau tidak, perkataan inilah yang dibicarakan oleh setiap manusia di seluruh dunia. Semua orang perlukan cinta. Semua orang mahukan cinta. Bagaimana dengan SA? Adakah SA juga perlukan cinta? Bagi orang selain SA, jatuh cinta sesuatu yang sangat mudah. Hanya digerakkan dengan naluri dan sedikit nafsu tanpa perlu adanya alasan dan dan ulasan. Yang ada hanya kegembiraan dan harapan. kata orang cinta itu datang dengan sendirinya dalam hati. Datangnya membawa bahagia dan kegembiraan dalam hidup.



Namun adakalanya cinta perlu dicari. Ringkasnya untuk bahagia kita perlukan cinta. Jadi haruskah SA mencari? Bagaimana nak mencari sedangkan SA tidak tahu rupa bentuk cinta. 

Apakah cinta itu Mitos?

SA tak percaya ke pada kewujudan Cinta?

Maaf..pada SA cinta itu hanya mitos. Mungkin disebabkan SA gagal dalam bercinta ia memberi impak yang besar. Cinta memberi harapan palsu kepada yang berharap, memberikan nama pada rasa teruja, rasa  yang didorong oleh hormon dalam suatu jangka masa tertentu.

Tetapi, sekiranya Cinta itu mitos semata, mengapa ada yang berbahagia kerana cinta? kenapa masih ramai yang berharap pada kewujudan dan keajaibannya?


Nukilan insan yang pernah terluka kerana CINTA.....Suria Amanda

11 comments:

  1. Sayang,rindu dirangkum menjadi cinta..letaknya dijiwa.Rasa cinta sentiasa ada cuma cintanya itu menjurus ke arah mana..berat dan condongnya ke titik fokus yang mana satu..ada orang cinta kerjayanya..hobinya..ada orang boleh bagi-bagi cinta tu untuk semua..cinta ni sukar diterjemah cuma boleh dinikmati kerana sentiasa ada.

    ReplyDelete
  2. Fobia jugalah dengan cinta lelaki.

    ReplyDelete
  3. Cinta...smp bila pun tak terungkai kerana setiap dari kita punya tafsiran yg berbeza..

    ReplyDelete
  4. Cinta pada Allah... Cinta pada rasul... Bahagia...

    ReplyDelete
  5. cinta itu subjektif bagi dana kak, disulam dengan sayang dan tanggungjawab... sebab kalau setakat cinta tanpa ada komitment atau tanggungjawab, cinta buta je tuh takde apa makna

    ReplyDelete
  6. Tak apa SA.. InsyaAllah satu hari nanti pasti ada cinta yang ikhlas dan membahagiakan untuk SA..

    ReplyDelete
  7. interpretation masing-masing tentang cinta berbeza. Cinta itu terlalu luas tapi apapun cinta pada Allah yang akan kekal abadi.

    ReplyDelete
  8. cinta definisinya berbeza-beza bagi setiap orang...kerana hati masing-masing tak sama...

    ReplyDelete
  9. setiap orang punya pendapat mengenai cinta yang berbeza beza

    ReplyDelete
  10. nak suka seseorang atau sesuatu tu mudah je. tapi nak cinta tu, kena kenal dulu sebaik-baiknya baru wujud erti cinta tu. tak kenal maka tak cinta hehe

    ReplyDelete
  11. Cinta tak semestinya sesama manusia.
    wak juga cintakan pokok2 yang wak tanam dan ternakan2 yang wak bela.
    Cinta yang berhasil masyul

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah